Segmen Pelik tapi Benar kali ini berceritakan Kisah Kapal Terbang Kertas terbesar pernah dibuat. Korang mesti ingat kisah zaman kecik-kecik dulu, permainan membuat kapal terbang kertaslah yang menjadi kegemaran. Lagi tinggi terbang lagi syiok.Macam-macam jenis dibuat termasuk yang berbentuk roket.
Di Arizona, satu sejarah telah tercipta bila sebuah kapal terbang kertas gergasi telah berjaya dibuat. Kapal Terbang kertas seberat 363kg sepanjang 45 kaki dan lebar 24 kaki yang digelar Arturo Desert Eagle telah berjaya diterbangkan pada ketinggian 4000 kaki dan memiliki kelajuan selaju 98km sejam.
Dari apa yang dibaca, kapal terbang ini berjaya membuat penerbangan selama 6 saat sebelum mendarat. Rasa tergantung pulak cerita sebab hanya terbang selama 6 saat? Mungkin selepas 6 saat kapal terbang ni terus menjunam kut..hehe. Apa-apa pun memang menarik sekali kerana bukan mudah untuk menerbangkan kapal terbang kertas gergasi ini.



masa kecik2 habis buku aku aku buat kapal terbang kertas ni... he2
ReplyDeleteHahaha..paling best kalo guna buku baru syiokkk worrr..hehe
Deleteperghh! stylo~xde vid ke bro?
ReplyDeleteAda tapi tak tunjuk kapal terbang kertas ni terbang. Cuma dinaikkan menggunakan helikopter
Deleteaku suka lagi kalau orang boleh duduk kat dalam tu.. tapi mesti pakai parachute laa
ReplyDeleteHahaha..must be a stuntman yang berani buat bro..hehe
Deleteassalamualaikum Jai...menarik juga kapal terbang kertas ni boleh terbang 9 saat je...:)
ReplyDelete