Entri Minuman Jussulin Potong Gula Jangan Potong Kaki Untuk Pesakit Kencing Manis terdahulu pernah aku buat tetapi agak ringkas penerangannya. Disebabkan ada permintaan dari para pembaca disini aku kongsikan beberapa maklumat tambahan mengenai Jus ini untuk kebaikan bersama. Mungkin kalau serasi boleh menyembuhkan penyakit yang dihadapi dengan izin Allah.
MINUM JUSSULIN DALAM BOTOL 1 LITER
Produk minum kesihatan ini telah aku ketahui ketika Karnival MOA hujung minggu lepas. Mengikut maklumat yang diberi, minuman ini merupakan minuman warisan turun temurun yang telah dirumuskan dari herba-herba yang terpilih. Apa yang diceritakan minuman ini merupakan minuman nenek moyang kita dahulu secara tradisional untuk mengurangkan kandungan gula dalam badan kita.
Apa yang terkandung didalam Minuman Jussulin ini adalah daun misai kucing, tebu tebrau, daun pandan dan beberapa herba terpilih. Dari apa yang diterangkan, Minuman Jussulin ini mampu menurunkan kadar kandungan gula dalam badan dalam beberapa hari sahaja bergantung kepada ukuran paras kandungan gula dalam badan(rujukan berdasarkan maklumat dari peniaga).
Rasa sukar nak dibandingkan dengan air lain. Nak kata payau takdelah sangat namun bagi aku masih boleh terima. Testimoni mengenai kemujaraban Minuman Jussulin ini aku takleh nak bagi sebab aku takde Penyakit kencing manis. Mungkin korang boleh dapatkannya (Testimoni) dari Pengedar Produk Kesihatan ini. Hari tuh dia ada tunjuk gambar kaki seorang pesakit yang semakin sembuh. Siap suruh aku hubungi atau jumpa pesakit tersebut.
Aku sekadar berkongsi maklumat, aku bukan nak berniaga okeh sebab aku takde syarikat berdaftar.Niat aku sekadar ingin berkongsi dengan semua mungkin minuman ini mampu mengubati orang yang anda sayangi. Apa salahnya mencuba demi untuk kebaikan. Tak rugi pun sekiranya mencuba mana tahu dengan izin Allah, kesihatan kembali pulih seperti sediakala. Sekira korang ingin tahu lebih lanjut korang boleh hubungi pengedar terus. Maklumat seperti dibawah.
RIDZUAN
Damansara Damai Sungai Buloh
HP - 017-3287791


daun misai kucing.. antara herba yang bagus...
ReplyDeleteYup..memang telah diketahui ramai khasiat misai kucing ni
Deletebagus juga ni..
ReplyDeletelebih baik mencuba dari membiarkan ..
ehehee
Betul tuhh prevention penting sebelum terkena
Deleteye.daun misai kucing tu memang bagus sangat..
ReplyDeleteMemang Misai kucing antara ubat alternatif yang cukup baik..jangan Misai AE dah ler yerr..miahaha
Delete