10 March 2012

Kesesakan Melampau Di Kuala Lumpur Semalam

Kesesakan Melampau Di Kuala Lumpur semalam memang memeritkan kaki kalau sesiapa yang memandu kenderaan gear manual. Termasuklah aku yang tersangkut sewaktu mengambil anak aku dari Negeri Sembilan dan terus menghala ke Kuala Lumpur nak ambik orang rumah pulak. Aku rasa kesesakan semalam adalah yang terburuk dan yang mendukacitanya aku menghadapi kesesakan dari pagi sehinggalah ke Petang..Hadu Hayy

DARI JALAN TUN RAZAK MENUJU PWTC

Selepas mengambil anak kat juasseh aku ingat nak elak kesesakan jadi aku tak ikut Tol Batu 9 Cheras. Jadi dari lekas aku masuk ikut Tol Bangi/Semenyih. Solat jap kat Masjid lepas tuh terus gerak menuju Kuala Lumpur. Lepas tol sungai besi aku dah agak dah mesti sangkut punya dan memang betul aku tersangkut dek kesesakan melampau sampai kaki aku naik "Cramp". Hanggin satu badan.

Lebihlah jugak dua jam baru sampai KL. Tu pun aku lencong ikut jalan menuju ke PJ/Midvalley nak masuk KL ikut jalan klang lama. Lepas tuh mengadap kesesakan dalam kawasan Kuala Lumpur pulak. Hadu Hayy nak pitam dibuatnya.Macam-macam faktor yang menyebabkan kesesakan semalam. Antaranya Lori Treler Rosaklah dan juga penutupan Smart Tunnel untuk kerja berkaitan dengan Banjir tak silap aku.

Aku rasa Keadaan kesesakan semakin hari semakin buruk lebih-lebih lagi masa nak pergi ke Pejabat berbanding dahulu. Mungkinkah tahun 2020 nanti orang berjalan kaki lagi cepat sampai berbanding orang naik kenderaan? Aku rasa sewajarnya pihak tertentu kena lihat keadaan @ Situasi kesesakan secara lebih serius lagi. Sistem aku tengok dah kelam kabut. Begitu juga cara pemanduan pemandu malaysia yang aku tengok semakin agresif.

Sekira tiada perancangan yang betul dah pasti ia akan menimbul kesulitan kepada para pengguna Jalan Raya yang menuju ke tempat kerja terutamanya. Satu tindakan perlu diambil segera demi kepentingan semua pihak. Aku rasa Peruntukan untuk semua ini mesti ada punya tapi tak nampak apa perubahan pun. Memang boleh buat ramai orang tension. Tindakan Segera Perlu dilaksanakan demi kesejahteraan semua.

7 comments:

  1. aku dengar dari semalam jam teruk kl ek? sbb banjir ek bro?

    ReplyDelete
  2. ada tgk gmbr yg dekat plaza tol Sg besi dekat akhbar.sangat teruk.

    ReplyDelete
  3. Ni banjir punyer hal la ni kan..kena bnyk sabar bwk keta kat KL sekarang ni

    ReplyDelete
  4. Semalam, mak amik anak kat KL, jai amik anak kat josseh, so patutnya, kita buat sistem barter la Jai. Hi hi hi..

    Tp smlm, taim hala ke KL, mak gunakan laluan jln kuala klawang - KL. Kuar kat ampang. So mmg kurang la sesak sket. Tp bila hala balik ke seremban, mak ikut tol sg besi mmg gila jem wlupun dah pkl 5 ptg.

    Haiyakkkk..

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum Jai...masalah jem ni mmg kita tak boleh nak buat apa lagi ..setiap masa mmg ada je masalah jem ni nak2 kalau ada berlaku sesuatu perkara lg lah susah dibuatnya...:)

    ReplyDelete
  6. hari sabtu jem gila kat mrr2 sebab ada tembak-menembak antara polis dan penjenayah

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails