Semalam berkesempatan Singgah ke Karnival Sempena MOA 2012 Bersama Rakyat kat Sementa. Ia berlangsung sehingga hari ni (25.3.2012) dan pelbagai aktiviti dijalankan kat sana. Dua anak kembor tak balance aku NAJIHAH dan NAJUMA dibawa sekali sebab diaorang yang bersemangat nak pergi tengok karnival ni.Layan jelah, lagi pun takde apa pun plan hari semalam.
GERBANG UTAMA KARNIVAL
Pergi awal jadi orang tak ramai lagi. Aku ingat ada acara memancing semalam rupa-rupanya acara memancing cuma dibuat hari ni.Tak dapatlah nak tengok aksi pemancing dengan hasil pancing diaorang. Jadi semalam semua booth telah dikunjungi. Memang menarik dan pelbagai barangan IKS dijual pada Karnival ini. Penat juga berjalan dan anak pulak taknak balik..adoiiyaii.
KEMBAR TAK BALANCE
HAUS DEK KEPANASAN
Pergi merayau-rayau sekitar Booth setakat dalam dua jam. Tak tahan Panas sangat cuaca semalam. Memang kalau sesiapa yang berminat untuk memulakan perniagaan dalam bidang Penternakan, Pertanian mahu pun Perikanan, korang boleh pelajarinya dan dapatkan maklumat kat Karnival MOA ni. Seronok pulak tengok barangan yang dijual kat sini.
RENUNG-RENUNGKAN
Komen aku tentang Penganjuran Karnival MOA ni adalah, Lokasi agak tersorok jadi agak sukar bagi mereka yang tidak biasa dengan kawasan ini.Perbanyakkan Booth agar dapat menarik perhatian orang ramai untuk mengunjungi Karnival ini. Lokasi biarlah dikawasan yang lebih dikenali. Secara keseluruhannya, penganjuran Karnival MOA di Sementa cukup dialu-alukan. Cuma lebihkan Promosi.





hehe sempoi je tagline dia
ReplyDeleteHahaha..membuat gua terfikir nak tanam sayur..hehe
Delete