24 March 2012

Jussulin Potong Gula Jangan Potong Kaki

Tagline Jussulin menarik perhatian aku "Potong Gula, Jangan Potong Kaki". Untuk pengetahuan semua, Booth Peniaga Produk Jussulin antara booth yang sempat aku jengah pagi tadi Sempena MOA(Kementerian Pertanian dan Industri asas Tani Malaysia) Bersama Rakyat. Memang Strategi pemasaran menggunakan tagline Potong Gula, Jangan Potong Kaki berjaya menambat hati aku.Seperti biasa aku hanya ingin mengetahui khasiat Jus ini.


Dari apa yang diterangkan mengenai Jussulin ini, ia merupakan minuman alternatif bagi pesakit Kencing Manis dan beberapa penyakit yang lain. Dari penerangan oleh Peniaga tadi cukup menarik pulak rasanya. Testimoni mengenai air jussulin ni pun ada disertakan tadi. Mungkin kalau ada sesiapa yang mengidap penyakit Kencing Manis dapat pulih sepenuhnya setelah meminum jussulin ini. Harga yang ditawarkan adalah RM25 Sebotol.


Aku sempat merasai air jussulin ni dan rasanya aku takde masalah dengan rasa air ini. Keberkesanan mungkin dapat dirasai setelah minum air ni selepas 2 hari. Hari ketiga boleh dapatkan bacaan kandungan gula dalam badan. Aku saja kongsikan beberapa maklumat ni kerana ia merupakan minuman alternatif buat Pesakit Kencing Manis. Mana tahu kalau serasi dapat meringankan kesakitan pesakit. Ada yang pernah cuba minum air ni tak?

8 comments:

  1. Memang tak henggat..hehe tapi effektif sebab berjaya menarik pelanggan

    ReplyDelete
  2. Abg Jejai.. Ad detail atau info tentang air ni lagi tak.. Air dia rasa ape?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok..nanti buat entri ek, rasa tawar. Menurut peniaga bila 2 cawan kertas yang cinonet diletak kat dalam pepsi, kemanisan air tuh boleh hilang dalam masa setengah jam..

      Delete
  3. menarik ni... boleh bagi kt ayah. abg jai cuba berkesan x? update nanti boleh? tq...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk pesakit kencing manis ok kut sebab air pun takde campur manisan. Ayah ada Kencing manis ker? Ok nanti buat review berdasarkan pamplet yang diberi. Saya takde kencing manis

      Delete
  4. Kena jaga pemakanan apabila umur meningkat terutama mengambil minuman dan makanan yan manis.

    ReplyDelete
  5. Saya pernah merawat pesakit kencing manis melalui cara rawatan islam atau dengan kata lain rawatan secara batin.Alhamdullillah hanya sekali rawatan dengan izin Allah s.a.w,pesakit itu telah sembuh sepenuhnya dalam masa lebih kurang sebulan.Kita kena ingat setiap penyakit ada ubatnya kecuali mati.tidak salah kita beriktihar untuk sembuh.saya adalah orang perantaraan,tapi yang menyembuhkan Allah yang maha esa.sesiapa yang ingin beriktihar bolehlah email saya shams374@yahoo.com.my

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails