22 March 2012

Isu Kes Lari Dari Rumah dan Kes Culik

Memandangkan isu Kes Remaja lari dari rumah dan Kes Culik semakin hangat aku rasa elok juga kalau dapat dibincangkan. Itu pun kalau ada yang sudi nak membincangkan perkara ni. Berdasarkan Statistik dari alexa ranking untuk blog aku ni yang aku tengok kebanyakan pembaca adalah dari golongan yang masih bersekolah jadi elok juga aku bangkitkan perkara ni kat blog sebagai peringatan kepada aku dan juga kepada semua.


Banyak sebenarnya perkara yang terlibat. Tak semestinya hanya remaja dipersalahkan. Antaranya mungkin kesilapan didikkan dari Ibubapa sejak dari awal lagi dan juga pengaruh persekitaran seperti pergaulan yang tidak dipantau menjadi punca dan penyebab.Memang aku sebagai bapa cukup risau dengan Trend remaja sekarang terutama kes Lari dari rumah. Sejahat mana pun Ibubapa, kasih sayang kepada anak tetap tidak berbelah bagi.Kena ingat tuhh.

Setiap masalah terutama yang beremosi tuh, fikirkanlah wahai anak-anak sebelum membuat keputusan yang mungkin akan membuat anda menyesal dikemudian hari. Setiap masalah ada penyelesaiannya dan setiap penyelesaian pasti ada tempatnya.Jangan ambil jalan singkat sebab ia akan menambahkan lagi pemasalahan yang sedia ada. Kembalilah kepada yang ESA kerana setiap doa yang dipohon dengan ikhlas Insyallah akan dimakbulkan.

Kepada ibubapa juga perlu diingat dengan Kes Culik yang aku lihat semakin menjadi-jadi sekarang ni pasti membuat ibubapa risau. Langkah berjaga-jaga seperti nasihat kepada anak perlu diberikan. Sekurang-kurangnya kita beringat sebelum apa-apa terjadi. Namun sekira ditakdirkan terjadi juga banyakkan bersabar dan berdoa. Mungkin ia ujian dariNYA. Setiap kejadian mungkin ada hikmah disebaliknya..

Aku rasa pihak berkuasa juga perlu mengambil lebih perhatian tentang pemasalahan ini. Tingkatkan langkah-langkah keselamatan terhadap orang awam. Benteraskan Pemerdagangan Manusia dengan lebih agresif agar keselamatan orang awam terutamanya lebih terjamin.Sekiranya tiada langkah-langkah tersebut atau hanya melakukannya sambil lewa maka padah besarlah nanti yang bakal dihadapi. Apa pula komen korang?

4 comments:

  1. Assalam, inilah masalah remaja zaman skang... nak salahkan ibubapa pun tak guna juga sebab anak2 itu sendiri yg cari masalah. tetapi peranan ibubapa itulah yg paling penting.

    ReplyDelete
  2. disebabkn kurang didikkan agama mereka jadi mcm ni..

    ReplyDelete
  3. risau sungguh dgn cabaran dunia skrg. bg dn, didikan awal itu penting supaya mereka bersedia utk menghadapi cabaran yg sgt mencabar kini. moga kita dijauhkan dari masalah ini...

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum Jai...berikanlah kasih sayang n didiklah anak2 dgn didikan agama yg baik moga semuanya ini tidak akan terjadi pd anak2 kita...insyaAllah..:)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails