Masyarakat sebagai Keluarga. Menarik bunyi topik " Hilang Nilai Kemanusiaan" yang dibincangkan dalam WHI terbitan TV3 ni. Kepekaan Masyarakat dengan keadaan sekeliling mungkin dapat membantu membenteras kejadian Culik yang kini semakin berleluasa. Aku cukup bersetuju dengan apa yang dibincangkan. Dengan kerjasama dan kepekaan masyarakat sekeliling aku rasa keadaan mungkin bertambah selamat.
Apa yang dibincangkan ada kebenarannya. Setiap individu kalau memiliki semangat kejiranan dan kemasyarakatan yang tinggi aku rasa sikit sebanyak dapat membantu. Satu lagi aku rasa pihak berkuasa perlu bertindak membenteras pemerdagangan manusia dengan lebih agresif. Mungkin Kempen bersama dengan Rakyat perlu diwujudkan. Agak-agak boleh tak dipraktikkan di Malaysia. Kalau diluar negara boleh berjaya kenapa tidak dinegara kita.


setuju tp xtau nak komen apa...
ReplyDeleteSetuju... Nurul ade pengalaman..
ReplyDeletedulu nurul stay blog yg ade ramai budak2 bujang.. masing2 buat hal sendiri..
sekrang ni nurul stay block yg ade ramai rumah family.. dapat rasakan satu kelainan.. semangat kejiranan tu ade..
diulangi kawasan yg sama cuma block lain..
mungkin org yang dah bekerluarga ni fikiran dia lagi matang & sikap kejiranan tu tebal berbanding dengan yang bujang suka buat hal masing2..