Adakah dendam kesumat menjadi punca penculikan dan pembunuhan kejam Arwah Nurul Nadirah Abdullah 5? Itu adalah antara kemungkinan yang dijelaskan poleh pihak polis mengenai kes ini. Sesuatu yang sungguh menyedihkan sekira kemungkinan semuanya angkara membalas dendam. Anak kecil yang tidak berdosa menjadi mangsa. Memang tidak berperikemanusian betul. Bila akal dah dirasuk oleh Syaitan segalanya menjadi gelap baik mata mahupun hati.
Menurut dari satu sumber yang aku baca Seorang suspek telah mengaku mencekik dirang sampai mati dan mayat kanak-kanak tersebut dimasukan ke dalam lubang dan dibakar di Kawasan perumahan terbengkalai di Nusa Damai masai pada hari beliau diculik dan puncanya adalah disebabkan dendam dengan nenek mangsa yang telah menghina dan memandang rendah beliau.Adoiiyai apalah salah anak kecil ni.
Semakin lama semakin teruk rasanya masalah manusia sekarang ni.Setakat ni empat suspek telah ditahan untuk membantu siasatan termasuk bapa kepada dirang. Diharap sesiapa yang melakukan pembunuhan yang tidak berperikemanusiaan ini dapat ditangkap dan diadili dan dijatuhkan hukum seberat-beratnya hukuman. Kepada sesiapa sahaja termasuk diri aku sendiri ingin diingatkan supaya berikan lebih tumpuan kepada anak-anak kita sebelum apa-apa terjadi.
Sekali terjadi menyesal tak sudah.Serius memang aku cukup sedih dengan kisah Nurul Nadirah Abdullah sebab kanak-kanak baru berusia 5 tahun dan tidak tahu apa-apa menjadi mangsa pembunuhan kejam.Sememangnya sesuatu yang sukar untuk dimaafkan kepada sesiapa jua yang melakukan pembunuhan ini.


Semoga Allah SWT memberi pembalasan yang setimpal dgn apa yg 'syaitan' tu lakukan . Tak boleh bayangkan macam mana kesakitan adik dirang :(
ReplyDeleteSedih bila tengok kanak² yang tak berdosa menjadi mangsa keganasan .. :(
ReplyDeletewww.anastasyea.com
assalamualaikum...betul tu kanak2 yg sekecil ini yg menjadi mangsa pada nafsu dendam manusia yg tak berperikemanusian moga dp balasan yg setimpalnya pada yg melakukan perbuatan ini...:(
ReplyDeletepembunuh adalah syaitan yang rosak jiwanya.. mental pon ada tu..
ReplyDeletemoga adik dirang berada dikalangan yang dijanjikan syurga..
melampau betul lah
ReplyDeletedendam kesumat yang membawa bencana.. huhuhu
ReplyDeleteastagfirullah
ReplyDeletejahat lagi kejam si pembunuh itu
ReplyDeletememang teruk betul manusia...
ReplyDelete