Pengumuman Kadar Dividen KWSP Sebanyak 6.00% bagi Tahun 2011 telah diumum. Kenaikan sebanyak 0.20 berbanding tahun 2010 iaitu 5.80%. Kalau ikutkan ia merupakan kadar yang agak tinggi dalam tempoh 10 tahun. Para Pencarum KWSP boleh menyemak Penyata kira-kira masing-masing pada keesokkan harinya sama ada melalui Kiosk KWSP, Kaunter mahupun i-Akaun.
Peningkatan yang bagi aku cukup baik daripada tak dapat apa-apa.Perancangan dari KWSP secara teratur menyebabkan pencarum dapat menikmati Dividen yang berterusan. Apa yang diharapkan agar Dividen akan berterusan meningkat dari tahun ke tahun hendaknya dengan perancangan dan susunan rangka pelaburan yang memberi pulangan yang seimbang. Apa pendapat anda mengenai Dividen tahun 2011 ini?
No comments:
Post a Comment