DG Smart Plan and My Android Phone. Mesti korang tertanya-tanya kenapalah aku buat Entri ni. Sebenarnya aku sendiri tak pasti..hehe. Tetapi disebabkan niat aku ingin belajar sesuatu yang baru maka keluarlah entri ini. Sebenarnya aku ingin menghadiri Fandroid Day yang dianjurkan DiGi dengan usahasama Nuffnang pada bulan March Nanti.35 Bloggers yang bertuah bakal menghadiri Majlis ini nanti.
Aku ingin mengetahui lebih lanjut mengenai Android Ice Cream Sandwich 4.0 yang mana ia merupakan Platform Android terkini untuk Smartphones dan tablets. Seriously aku memang kurang arif mengenai Android ni sebab aku lebih kepada penggunaan OS (Blackberry). Terima Kasih kepada DiGi kerana menganjurkan Majlis FANDROID ini (Sekurang-kurangnya aku dapat belajar mengenainya).
Sekiranya aku diberi peluang memilih Smartphones atau tablet di DiGi Website, yang mana satu ingin aku cuba pada FANDROID day itu nanti, dah tentu pilihan aku adalah SAMSUNG GALAXY NOTES. Kenapa? Bagi aku ia Smart iaitu gabungan Smartphone dan Tablet.Terbaik tuhh.
Memang sekarang ini, aku teringin sangat untuk memiliki Smartphones Android. Namun belum mampu untuk memilikinya lagi.Walaupun aku tidak memiliki Smartphones platform Android, namun aku percaya sekira aku ada Android Smartphones dah pasti pilihan aku adalah Perkhidmatan dari DG Smart Plan. Kenapa?
Selama ini sebagai pengguna DiGi Turbo Broadband, aku cukup berpuas hati dengan Perkhidmatan yang diberikan. Jadi dengan adanya DG Smart Plan yang ditawarkan dah pasti pelbagai perkhidmatan yang menarik bakal diberikan kepada para pengguna. Cer tengok Cer tengok Plan kat Bawah ni. Menarik bukan.
Bagi aku DG Smart Plan adalah plan yang terbaik setakat ini. Sesuai digunakan untuk segala peringkat umur. Ini termasuklah anak aku si NAJIHAH yang sekarang ni tengah sibuk dengan aktiviti terkini iaitu mengemaskini Status di FACEBOOK.




Bila guna android,tak mau yg lain dah :)
ReplyDeleteAndroid beri lebih kebebasan. iOS juga bagus, tapi seakan ada sekatan.
ReplyDeleteHehehe... Galaxy note adalah pilihan i juga....
ReplyDelete