Sajian Malam Santapan Penamat MasterChef Malaysia telah dapat dirasai. Gabungan Timur dan Barat telah disajikan. Bila tiba bab makan,inilah saat-saat yang aku nantikan bukan sahaja ingin menikmati rasa masakan yang disajikan tetapi juga persembahan Sajian Hidangan yang dipersembahkan sebab bab Masakan dan Persembahan Sajian memang aku cukup berminat.
NASI NENAS, IKAN SNAPPER & GREEN CURRY CHICKEN
Sayang sekali aku tidak sempat menghafal nama masakan @ Sajian yang terhidang. Hanya beberapa makanan yang sahaja yang sempat aku ingati. Mungkin disebabkan leka dengan Persembahan makanan sebab itu aku mudah lupa (bukan disebabkan faktor USIA seperti yang diperkatakan oleh MAMAT ni.) Memang cukup teruja untuk mencuba sesuatu yang menyelerakan.
SPICY ZUCCHINI ON TOAST, SAUTEED MUSHROOMS IN CREAM & SALAD
Dari pemerhatian aku Persembahan Makanan pada Malam Santapan Penamat MasterChef Malaysia agak biasa sahaja. Jadi tak dapatlah aku menceritakan tentang persembahan makanan dengan lebih lanjut. Namun Makanan @ Sajian yang dihidangkan tidak menghampakan citarasa aku terutama makanan barat seperti Mashed Potato, Ikan Snapper dan yang sewaktu dengannya. memang menyelerakan.
GABUNGAN MASHED POTATOS, SALAD DAN MIXED VEGE
Nasi Nenas bolehlah aku katakan sedap namun sesetengah orang mungkin tidak suka disebabkan potongan nenas yang agak besar. Green Curry Chicken cukup rasa tetapi rasanya jika kuahnya pekat sedikit pasti terangkat. Blackpepper Lamb juga disajikan, namun aku rasa aku kerugian kerana aku tidak makan kambing. Keseluruhan Makanan Memang Sedap dan menyelerakan.


