Pokok Belalai Gajah atau dalam bahasa saitifik Clinacanthus nutan (Burm.f.) Lindau. Acanthaceae atau dalam bahasa english Sabah Snake Grass yang juga dikenali dengan pelbagai nama seperti Tarum Siam , Pokok Mulut Buaya antara Pokok Herba yang dikatakan dapat mengubati macam-macam penyakit antaranya Menurunkan panas badan, meredakan sakit, radang paru-paru, sakit jaundis, hepatitis, tulang patah dan anti-kanser.
POKOK BELALAI GAJAH YANG MATANG (TEMPOH MATANG 2 KE 3 BULAN)
BENTUK SEPERTI ULAM ULAMAN
Aku berkesempatan pergi ke Kebun YPL Healthcare Product Sdn Bhd yang terletak di Pantai, Jelebu Negeri Sembilan dan berjumpa dengan Mr. Khoo yang sudi memberi penerangan tentang tanaman yang terdapat di Kebun mereka. Tujuan adalah mencari ubatan Alternatif. Dan apa yang diterangkan oleh Mr. Khoo kepada aku cukup membantu dan aku cukup berterima kasih atas segala penerangan yang telah diberikan.
PROSES MENGASINGKAN DAUN DARI BATANG SECARA MANUAL
Memang terdapat bermacam-macam pokok herba yang ditanam disini dan bermacam-macam Pokok yang biasa kita lihat boleh dijadikan makanan seharian. Banyak Ilmu yang aku pelajari disini. Tahukah korang bahawa bunga kertas pun boleh dijadikan makanan dan untuk memasaknya korang ambik bahagian bunga dan buangkan bahagian debunga dan goreng bersama telur menjadi telur dadar. Khasiat aku kurang pasti tapi memang ada khasiatnya.
PELBAGAI POKOK HERBA TERDAPAT DISINI
kalau nak tahu lebih lanjut mengenai Pokok herba ini, aku sarankan korang follow blog Mr.Khoo DISINI kerana bagi aku sharing is caring. Mungkin satu hari nanti korang akan memerlukannya nanti. Tak pun mungkin saudara mara , rakan taulan dan sesiapa sahaja mungkin memerlukannya satu hari nanti. Dari testimoni yang aku baca memang banyak khasiat mengenai Pokok Belalai Gajah ni. Tolong SHARE entri ini. Mungkin ada yang memerlukannya nanti.
Alamat Kebun dan Kontak
Yik Poh Ling Herba Farm (Seremban)
Pusat Pertanian Pantai Baru,
Jalan Pantai Batu 7,
71770 Pantai Negeri Sembilan
Pusat Pertanian Pantai Baru,
Jalan Pantai Batu 7,
71770 Pantai Negeri Sembilan
Hubungi : Encik Khoo Kiang Lin
012-6773693




Ya memang betul.. Ada banyak pokok herba yang mempunyai banyak khasiat sebenarnya.. Harap2 biotechnologists di Malaysia akan research more on pokok2 herba yang memang banyak di negara kita ni dan ekstrak compound2 penting untuk perubatan.. Dan jika ada sakit2, memang haruslah kita berusaha bukan saja dari segi science medical tapi juga dari segi tradisional kerana berusaha itu kan perkara yang baik.. Kita berusaha, berdoa dan bertawakal.. :)
ReplyDeleteaku memang minat jugak pokok2 herba ni,
ReplyDeletemakan bunga kertas - ilmu baru
Bella - No doubt about it. Memang banyak Pokok herba di Malaysia Boleh dikaji Khasiatnya.Namun ia tidak dapat dipetankan atas sebab ia hasil semulajadi maka ia tidak dapat menembusi kebanyakan Hosiptal di Malaysia disebab dasar tertentu. Diharap dengan entri ini dapat membantu orang ramai mencari penawar untuk pelbagai penyakit.
ReplyDeleteDenaihati - Diharap Tuan dapat memberikan tumpuan terhadap khasiat Pokok Herba ini terutama belalai gajah. Memang banyak khasiatnya yang masih samar-samar.