Buat pertama kali pada tahun ini, Giveaway Wang Kertas Baharu @Sharinginfoz ingin aku miliki..ketepi..ketepi semua Pokcik Jejai nak menang nie..hehe. Apa tunggu lagi, kepada sesiapa yang tak tahu lagi baik Sergah Blog Abe Sharinginfoz sekarang sebab beliau tengah menganjurkan Giveaway menarik ni.
Apa yang perlu dilakukan hanyalah letakkan gambar seperti diatas. Kemudian korang kena fikirkan Slogan yang boleh membuat hati abang Sharinginfoz cair secairnya(korang kena usaha lebih sebab abang Sharinginfoz ni susah nak cairkan hati beliau..hehe). Jadi dibawah adalah Slogan terbaik dari aku.
"Saya Mahu Wang Kertas Baharu kerana ia adalah sesuatu yang boleh disimpan untuk tatapan generasi saya."
Sesuatu yang menarik kalau kita renungkan sejenak. Sesuatu yang cukup berharga pada suatu hari nanti terutama untuk tatapan Generasi kita pada masa akan datang.Sesuatu yang seharusnya disimpan untuk dijadikan kenangan buat tatapan anak cucu kita nanti. Koleksi yang pada pandangan aku cukup menarik keluaran Bank Negara Malaysia.