Demonstrasi Bebaskan Anwar 901 bakal berlangsung pada Hari Isnin 9 Januari 2012. Pasti kesesakan Lalulintas yang teruk juga terpaksa ditempuhi oleh pekerja-pekerja termasuk aku. Memang merimaskan kerana aku pernah mengalami perkara sedemikian rupa sebelum ini. Satu permulaan pada tahun 2012 yang agak mengecewakan.
Seperti yang dilaporkan didalam media masa sebelum ini Pihak Polis telah memberi kebenaran kepada Pihak Penganjur untuk menganjurkan demonstrasi pada kali ini tapi dengan bersyarat. Namun Pihak penganjur telah menolak 10 syarat yang telah dikenakan. Memang tampak mereka berkuasa sampai boleh menolak Syarat yang dikenakan .
Sebagai rakyat yang cintakan keamanan aku harap tiada perkara yang tidak diingin akan berlaku. Kalau terjadi perkara yang tidak diingini sudah pasti banyak pihak yang kerugian. Aku cukup tertarik dengan entri Hilang Sahabat Kerana Bebas Anwar 901 dan Bebaskan Anwar 901. Sesuatu yang wajar difikirkan secara logik.
Hanya disebabkan berbeza fahaman Politik, persahabatan, persaudaraan, cerai berai boleh terjadi. Perlukah ini berlaku? Siapakah yang akan mendapat keuntungan? Tunggu sahaja keputusan dan pastinya akan berlaku sesuatu yang bakal menggugat keamanan sekiranya keputusan yang tidak memihak kepada individu bernama Anwar Ibrahim.
Entri sekadar luahan peribadi tentang situasi Politik Negara. Sentiasa Kecoh bila semakin hampir kepada Pilihanraya.