31 December 2011

Selamat Tahun Baru 2012 | Tahun 2011 Dengan Nuffnang Terhasil RM5,674.90 ,Tahun 2012 ?

Apa yang ingin aku kongsikan adalah lebih kepada niat aku untuk menaikkan semangat para blogger yang inginkan peningkatan dalam menghasilkan pendapatan dengan NUFFNANG. RM5,674.90 itulah yang dihasilkan oleh aku dengan NUFFNANG . Pasti ada yang akan mengata "Alah nak menunjuklah tuhh". YES!! Memang nak menunjukkan kat sesiapa yang masih sangsi dengan NUFFNANG. Inilah berkat Hasil keyakinan aku dengan NUFFNANG.


Tak perlulah aku tunjukkan secara terperinci tapi cukuplah dengan ringkasan pendapatan aku dengan NUFFNANG. Harap jangan ditanya dengan terperinci. Apa yang ingin aku nasihatkan kepada para blogger diluar sana yakinlah dengan apa kamu lakukan dan jangan cepat putus asa (pernah gak terasa..) bila berblogging. Pendapatan ini kalau ikutkan amatlah jauh dari OTAI ni Lagi Jauh dengan BLOGGER ni.

Namun aku tetap berpuashati sebab atas teguran dan nasihat yang bertubi-tubi dari MAMAT ni akhirnya aku mampu juga menghasilkan pendapatan yang bagi aku cukup lumayan. Banyak lagi yang perlu dipelajari dan masih jauh lagi perjalanan berblogging aku ini. Terima Kasih juga kepada NUFFNANG yang memberikan aku peluang untuk mencari pendapatan melalui blog. Yang pasti Tiada ragu lagi kalau bersama NUFFNANG.

Dari pengamatan aku ramai blogger yang aku lihat memiliki follower yang lebih banyak dari aku tetapi sayang, ia tidak digunakan dengan sebaik mungkin. Kepada golongan ini, nasihat aku BELAJAR,BELAJAR, BELAJAR selagi mampu. Pelajari teknik yang banyak dari Blogger INI dan INI dan INI. " Be Smart". Oklah cukuplah setakat ini yang dapat aku kongsikan. Sempena kemasukan tahun 2012 aku ingin ucapkan :

SELAMAT TAHUN BARU 2012 KEPADA SEMUA.

Selesai Santai di Pinggir Sungai Bersantap Pula di Bukit Ampang

Setelah selesai Majlis Santai di Pinggir Sungai tempohari, Aku sekeluarga tak balik terus. Sebaliknya sempat lagi makan malam diatas Bukit Ampang lagi iaitu sekitar Kawasan Hulu Langat Batu 14. Tak pernah mencuba makanan disini menyebabkan aku sekeluarga singgah untuk mengalas perut untuk ke destinasi seterusnya.

INSAN YANG DISAYANGI

Setelah seharian bersantai memang semuanya kelaparan..hehe. Nak taknak singgahlah dulu untuk menghilangkan dahaga dan kelaparan.Salah sebuah Gerai yang kami singgah adalah gerai yang menjual Makanan Timur dan Barat. Jadi dengan tanpa banyak cerita 4 Chicken Chop dan 1 Nasi Goreng USA dipesan.

BLACK PEPPER CHICKEN CHOP RM10.00

Chicken Chop bersalut tepung dan dicampur dengan Sos Black Pepper yang dipesan. Dari rasa bolehlah aku katakan biasa sahaja. Nak bagi rating pun tak pasti berapa nak bagi, tapi bolehlah tahan gak rasanya sebab dah lama tak pekena Chicken Chop. Cuma kalau kanak-kanak nak makan kena sediakan sekurang-kurangnya air berais. Boleh tahan pedasnya tapi taklah pedas sangat.

NASI GORENG USA RM6.50

Nasi Goreng USA pula adalah untuk si Kecik iaitu NAJUMA. Agak mengecewakan kerana Daging agak liat sedikit. Jadi nak taknak aku yang jadi tukang perabiskan. Sebab itulah pesanan Makanan hanya untuk 5 orang sebab aku tahu ada yang tak habis punya. Namun keseluruhan semua kenyang sebab semuanya lapar..hehe. Lepas tuh barulah bergerak ke destinasi seterusnya iaitu melihat Beruang..

30 December 2011

Hotlink Prepaid Data Roaming dan IDD Menjimatkan

48 Hours Sponsered Post, Scroll down for latet Entries


Ingat lagi dengan kisah pengembaraan yang telah saya lalui dahulu? Sebuah projek NOWYOUCAN Bloggers without Borders. Selain mengembara ke Manila, Saya berpeluang untuk mengunakan perkhidmatan Hotlink Data Prepaid Roaming ketika berada disana. Cukup membantu bila saya dapat menghubungi dan memaklumkan kepada keluarga, bagaimana keadaan saya disana dengan menggunakan Hotlink Data Prepaid Roaming.


Secara Keseluruhannya menggunakan perkhidmatan roaming yang ditawarkan oleh Hotlink ini cukup terbaik. Apa yang perlu anda lakukan sebelum membuat roaming adalah anda perlu memahami beberapa perkara asas untuk roaming seperti no sambungan, Kod negara yang anda lawati dan sebagainya agar ia dapat memudahkan anda melakukan Roaming dengan selesa. Contoh kadar untuk roaming adalah seperti gambar dibawah:


Dengan kadar yang berpatutan dan kerjasama antara Hotlink dengan rakan telekomunikasi antarabangsa, sudah pasti ia merupakan sesuatu yang cukup membantu sekiranya kita berada di Negara luar. Dengan jalinan telekomunikasi ini, ia akan memudahkan sesiapa sahaja yang berada diluar Negara untuk membuat panggilan dengan lebih mudah dan cepat dengan hanya mengikut arahan yang telah ditetapkan.


Terkini terdapat promosi khas iaitu Tweet, Kemaskini Facebook dan Kemaskini Blog pada kadar yang cukup menarik iaitu pada kadar RM0.10 untuk 10kb. Ia memudahkan kepada sesiapa sahaja untuk mendapatkan liputan yang lebih luas pada kadar harga yang berpatutan. Sesuai sangat untuk blogger dan penguna twitter dan Facebook. Maklumat lanjut anda boleh lihat DISINI


Selain daripada menggunakan Hotlink Data Prepaid Roaming, anda juga boleh membuat panggilan IDD ( International Direct Dialing) ke luar negara pada kadar yang cukup istimewa menggunakan Hotlink IDD.Jadi kepada sesiapa yang ingin membuat panggilan ke Luar Negara dengan kadar yang berpatutan, sudah tentu ia menjadi satu panggilan yang cukup berharga untuk menghubungi rakan, keluarga dan sesiapa sahaja.


Jadi kepada sesiapa yang ingin melancong ke Luar Negara jangan lupa untuk menggunakan Hotlink Data Prepaid Roaming kerana sememangnya ia cukup berbaloi sekali sekiranya anda berada diLuar Negara. Begitu juga Sekiranya anda ingin menghubungi sesiapa sahaja di Luar Negara dengan menggunakan Hotlink IDD, dengan harga promosi yang ditawarkan oleh Hotlink, sudah tentu menjimatkan perbelanjaan anda.

Sesi Orientasi Persekolahan Darjah Satu Najuma

Akhirnya keterujaan NAJUMA nak masuk sekolah tercapai juga akhirnya. Hari ini merupakan hari Orientasi dan Hari Peperiksaan bagi menentukan Kelas mana yang akan diduduki pada 4hb January 2011 untuk sekolah Agama. Kebetulan hari ini adalah hari aku kena pergi Check Up kat SJMC jadi sempatlah hantar NAJUMA.


Bersemangat betul. Pagi-pagi dah siapkan Bag nak pergi kesekolah. Bila dah sampai kesekolah lain pulak halnya bila ternampak ada kawan beliau dah siap letak lencana sekolah. Dah tangan sibuk cover tudung sebab lencana tak letak lagi. Bila ternampak rakan-rakan beliau yang lain ada yang tak guna lencana baru lega..adoiiyaii.


Sampai awal jadi tempat duduk hadapan sekali aku siap book lagi sebab orang tak ramai. Hari ini sekadar membuat Ujian Peperiksaan dan mendengar taklimat dari Guru Besar. Temujanji dengan doktor agak lewat ,jadi aku cuma gerak setelah segalanya selesai. Macam-macam ragam aku tengok budak-budak baru masuk Darjah Satu ni..hehe

Selamat Berpencen Dato' Megat Hisham Megat Mahmud

Semalam 29 Disember 2011 adalah hari terakhir, Boss @ CEO opis kitaorang iaitu Dato' Megat Hisham Megat Mahmud berkhidmat dengan Syarikat tempat aku bekerja. Beliau telah pencen dengan cemerlangnya setelah berkhidmat 22 tahun dalam Industri kewangan. Kenapa aku kata cemerlang? Disebabkan orang akan bercerita tentang segala kebaikan beliau sepanjang perkhidmatan beliau selama ini dan pastinya beliau bakal dikenang dan di rindui..hehe..

MACAM KUMPULAN ROCKLAH PULAK (GAMBAR BERWARNA DATO' MEGAT HISHAM)

Untuk pengetahuan semua inilah antara Boss @ CEO yang paling sempoi pernah aku berkerja. Memang Sporting. Teringat lagi masa Dinner ala 70s tergelak bila beliau mengenakan rambut afro dengan baju lip lap sambil mencucuk langit..hehe.Belum lagi kisah beliau jadi Chief Red Indian. Banyak sangat kenangan nak diceritakan kat sini. Kang diceritakan mau korang muntah darah nanti.

SWEET COUPLE...DAH MACAM PENGANTIN BARULAH PULAK AKU TENGOK

Wife beliau lagilah. Memang Sporting Women. Sempoi gak. Overall majoriti Staff opis aku akan mengenangkan jasa beliau selama ini. Seorang yang cukup pemurah bila tiba bab BONUS..namun zaman itu dah berlalu..huhu. Sekarang beliau bakal meneruskan Hobi beliau atau lebih kepada bakat semulajadi beliau iaitu bermain DRUM..jangan tak percaya DRUMMER tuhhh..hehe. Kepada Dato' (Kalo beliau baca blog ni (beliau baca gak blog cap kambing Gurun wehhh)). Seluruh Warga Kerja mengucapkan:

SELAMAT PENCEN SEMOGA SENTIASA DIBERKATI DAN DILINDUNGI SELALU HENDAKNYA..



** Kalo dah terkenal jadik DRUMMER nanti jangan lupa jemput kitaorang datang gi Konsert..hehe

29 December 2011

Pesta Jom Makan Durian @ Muzium Telekom 2011

Pesta Durian sedang berlangsung di Muzium Telekom Kuala Lumpur. Baru semalam aku perasaan kat Mstar Online pasal Event makan-makan Buah Durian ni tapi informasi terbatas. Jadi hari ni aku pergi ke Muzium Telekom nak tengok sendiri apa yang sedang berlaku kat sana. Lagi pun KAKI DURIAN ni nak tahu lebih lanjut pasal makan durian ni nak belanja aku kut..hehe..

TIGA MODEL BUAH-BUAHAN..HEHE

KHEMAH DIPENUHI DENGAN DURIAN

DURIAN MOUSANG KING SEKILO RM13.00

HANYA DURIAN D24 SAHAJA UNTUK PAKEJ MAKAN SAMPAI PUAS (SEKILO RM6.00)

TEMPAT UNTUK MAKAN DURIAN DISEDIAKAN

SENARAI HARGA - HANYA UNTUK DURIAN D24

Pesta Jom Makan Durian @ Muzium Telekom ini rupanya berlangsung dari 28 sehingga 30 Disember 2011.  Ia dibuka dari pukul 10.00 pagi sehingga 7.00 Malam. Geram aku tengok durian kat sini, memang superb, tapi aku kena kawal diri aku sebab nanti mabuk durian pulak nanti. Kepada yang nak datang tuh dan jangan lupa belanja aku makan Durian, Roger-rogerlah yerr..hehe..

** Aku tunggu gak MAMAT ni kat Muzium Telekom tadi tak nampak pulak bayang beliau..hehe

Sitizoner's 8th Anniversary Bash 26.12. 2011

Cukuplah rasanya entri pasal Sitizoner's 8th Anniversary Bash yang berlangsung di Sungai Congkak tempoh hari. Kalau disambung mahu termuntah korang nanti. Entri ini Sebagai penutup cerita Event hari tu. Memang seronok sebab berpeluang bersantai dengan Artis yang cukup dikenali iaitu Datuk Siti Nurhaliza. Dah tentu yang paling suka Orang rumah aku..hehe


Kalau ada rezeki, mungkin akan join lagi sebab banyak aktiviti santai yang berlangsung. Dari acara ala-ala Amazing Race sehinggalah acara Sukaneka. Keseluruhan acara memang tidak membosankan sebab kebanyakan masa di isi dengan pelbagai acara. Korang lihat jerlah gambar kat bawah sebagai bukti.

ORANG RUMAH & THE GANG SABAR MENANTI DATUK SITI SAMPAI

TEAM "CINTA INI" ACARA AMAZING RACE BERLANGSUNG DISEBELAH PAGI

DATUK SITI SAMPAI PADA SEBELAH PETANG (LAWA EK BEG DIA...)

ACARA SUKANEKA BUAH-BUAHAN..

 
TEAM "CINTA INI"

BERGAMBAR BERKUMPULAN DENGAN DATUK SITI

Penat memang penat tapi puashati sebab dapat bertemu dengan rakan-rakan baru semasa berada disana dan yang paling best dapat lepak santai dengan Datuk Siti Nurhaliza. Ada gak beberapa orang blogger yang turut hadir sebagai ahli Sitizoner's. Sekali lagi kepada pihak penganjur @ AJK Sitizoner's, aku ingin ucapkan tahniah kepada mereka kerana telah menjalankan acara dengan jayanya.
 

Sungai Congkak Tempat Bersantai Untuk Semua Terutama dengan Keluarga

Semangat anak-anak aku untuk datang ke Sungai Congkak berkobar-kobar, terutama si NAJUMA. Tak heran derr dengan Datuk Siti Nurhaliza. Dalam kepala dah terbayang-bayang Sungai Congkak yang dah siap diservey namun terpaksa aku dengan keputusan aku, iaitu hanya mandi selepas Zohor. Kalau dah budak-budak, tahu jerlah perangai diaorang.

MERENUNG MACAM NAK MAKAN ORANG..HEHE

Korang tengok jerlah..renungan tajam ke arah kamera seolah-olah nak ditelannya kamera bila keputusan VETO dalam tangan aku. Memang si NAJUMA ni ada keras sikit hati. Kena pujuk pelan-pelan baru ok. Setelah diterangkan kenapa lepas Zohor barulah beliau terima kenyataan..hehe. Jenuh memujuk.

BUKAN MAIN SUKA LAGI..

MAIN PASIRLAH PULOK..

Bila dah diberi pelepasan apa lagi. Dah macam ikan aku tengok dengan mengayakan renangan yang tak semengah..hehe. Sempat gak berposing tuhh. Lepas penat mandi, main tepi sungai pulak, kononnya nak buat sand castle.Adoiiyaii.

SIDEBAB YANG CUN..

NAJIHAH ok sikit sebab faham apa yang aku katakan jadi tak susah nak memujuk. Tapi dia punya bedek-bedek bukan main lagi. Nak pergi masuk kaki jer kat dalam air katanya. Macam-macam.


Buat Pertama kali lepak kat Sungai Congkak ni aku rasa macam nak pergi lagilah. Kalau dapat gi ramai-ramai sambil berkelah pun ok gak ni. Mungkin GengTalibarut boleh mulakan dengan tema "Berkelah di pinggir sungai" pulak. Blogger lain, kalau nak turut serta pun boleh. Ingat nak suruh BOSS  ni sponser ok tak..hehe..Amacam boleh menjadi kenyataan tak?

** Tunggu Gak kut-kut MAMAT nie Boleh Payung Gengtalibarut dan rakan-rakan blogger..hehe
 

28 December 2011

Wordless Wednesday #19 - 2 Gadis Comel, Najuma & Siti Nurul Mashitah (Anak Siti Saida)


Sambutan Sitizoner's 8th Anniversary di Sungai Congkak | Bila Datuk Siti dan Datuk Khalid Masuk Sukaneka

Suasana di Majlis Sitizoner's 8th Anniversary tempoh hari telah dimeriahkan dengan acara Sukaneka dan apa yang menariknya ia juga turut disertai oleh Datuk Siti Nurhaliza dan juga suami beliau Iaitu Datuk Khalid @ Datuk k.Memang Sporting suami isteri ni. Kemeriahan jelas kelihatan bila masing-masing cuba memenangi Sukaneka dan ini termasuk Datuk Khalid dan juga Datuk Siti. Korang Layanlah gambar sekitar acara sukaneka ini.
 













 
Keseluruhan Acara Sukaneka cukup menarik sekali. Pelbagai Gelagat Ahli Sitizoners beraksi, begitu juga dengan Datuk Siti Nurhaliza dan juga suami beliau Datuk Khalid. Kedua-dua mereka memberikan tentangan yang cukup hebat kepada lawan masing-masing. Bersesuaian dengan tema pada kali ini iaitu " Santai di Pinggir Sungai " cukup santai sekali.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails