30 November 2011

Mee Kolok Fajaria Lutong Miri

Baru hari ni nak bercerita tentang Makanan yang terdapat di MIRI, keadaan aku kat sini agak terganggu sampai nak update blog pun Malas dek deman dan batuk yang melanda. Dah dekat tiga minggu batuk tak hilang lagi adeyy. Apa-apa pun layan dulu Mee Kolok Fajaria yang terletak di lutong ni. Kedai ni terletak di belakang sebuah lagi kedai Mee Kolok yang tak kurang hebatnya iaitu Pak Wan Cafe.


Aku sempat layan Mee Kolok dengan Mak, bapak dan abang aku. Aku sorang jer makan me kolok, mereka pulak makan Roti Kahwin. Memang tangkap lentok Mee ni. Kalau setakat aku sorang, 2 pinggan pejam mata aku boleh habiskan. Tapi aku kenalah coverline. Kang Apa pulak kata orang makan tak henggat orang..hehe


Mee Kolok ni jenis kering dan juga basah. Kalau nak basah cuma tambah sup yang disediakan. Toping dia pulak kita boleh buat pilihan sama ada nak letak daging ker atau Ayam. Memang terbaik. Bungkus 6 untuk anak-anak aku makan dan extra satu untuk aku..hehe. Seriously banyak kedai menjual Mee Kolok kat Miri dan rata-ratanya sedap.


Nantilah ada masa aku update pula kedai lain yang menjual Mee Kolok ni. Memang mantap,aku kalau hari-hari sarapan Mee Kolok pun takpe. Memang boleh tahan..hehe. Harga taklah mahal sangat iaitu sekitar RM4 keatas kalau tak silap aku.Kalau datang ke Miri Fajaria antara tempat yang aku rekomenkan makan selain kedai Pak Wan Cafe. Ada satu lagi betul ditengah bandar Miri iaitu Restoren D'Dapur (Nantilah aku ceritakan).

29 November 2011

Lokasi Barangan Cenderahati Di Miri

Dua tiga hari ni hanya satu entri sahaja aku kemaskinikan. Kesihatan agak terganggu dengan keadaan badan terasa deman jer dan tak menentu. Berkesempatan singgah beberapa tempat menjual barangan kraft dan sempat membeli apa yang patut. Ikutkan hati memang nak sambar jer apa yang ada didepan mata. Harga boleh tahan gak.


Antara Lokasi yang aku tujui untuk mencari barangan cenderamata dan barang makanan Sarawak seperti tabaloi iaitu sebuah tempat atau lebih kurang macam Pasaraya yang dinamakan e-MART disekitar Permyjaya. Disini macam-macam barangan dijual. Selain daripada barangan cenderamata,disini juga boleh didapati segala barangan seperti sayur,buah-buahan dan banyak lagi.


Memang kawasan ini cukup dikenali oleh orang ramai terutama pelancong dari Brunei. Aku tengok harga boleh tahan dan barangan pun boleh ditawar.Di kawasan ini memang aku sarankan kepada sesiapa yang ingin membeli belah terutama untuk membeli barangan cenderahati.


Selain dari e-Mart ada sebuah lagi kedai yang bagi aku harga taklah terlalu mahal kalau ingin membeli barangan cenderahati yang terletak di Bintang Plaza. Kedai ini dimiliki oleh Kong Hong Enterprise yang terletak ditingkat 2. Kalau kat Miri Bintan Plaza ni cukup dikenali kerana terdapat Parkson terbesar dibandar Miri.


Disini terdapat pelbagai Kraftangan tempatan, Ukiran Kayu, Ceramik dan macam-macam lagi boleh didapati dikedai ini. Harga yang ditawarkan pun boleh tahan gak murah dia dan korang juga boleh cuba dapatkan potongan sekiranya korang membeli barangan disini. Aku cukup suka dengan Pasu yang terdapat di Kedai ini, tapi ada beberapa kedai Pasu Sarawak di Miri namun aku tak berkeempatan nak singgah..huhu

28 November 2011

The Secret Life of Nora Zain (Junior) Agak-agak boleh dipentaskan tak?

The Secret Life of Nora Zain Junior...hehe. Bakal dipentaskan sikit hari lagi. Korang tengoklah gaya dan aksi pelakon utama untuk Nora Zain Junior ni. Macam-macam, lepas ni mengamuklah adik aku NANA yang bekerja sebagai DJ di RTM Kuching sebab harta karun dia telah diselongkar oleh anak buah dia si NAJUMA.


Riuh rendah rumah orang tua aku dengan gelagat anak bungsu aku nie adoiiyaiii. Dua tiga hari gak deman dan batuk-batuk hari tuh dan sekarang dah sihat cuma batuk masih ada lagi.Masih cuba berusaha bercakap bahasa sarawak, siap guna iphone buat note bahasa sarawak. Anak-anak.


Agak-agak Kalau Datin Tiara tengok dia nak ambik tak anak aku nie berlakon..hehe. Ini baru Gaya The Secret Life of Nora Zain Junior. Belum lagi gelagat beliau menyanyi lagu Fallin in Love dari Dato Siti Nurhaliza dengan loghat beliau sendiri..adeyy. Apa yang aku dapat dengar hanyalah ayat "What you Say, What you say? Ada ke lagu fallin in Love lirik nie? Adooiiyaiii

27 November 2011

Malaysia Vs Bahrain Live Streaming Perlawanan Kelayakan Olimpik London 2012

Perlawanan Kelayakan Olimpik London 2012 antara Malaysia Vs Bahrain bakal berlangsung hari ini kira-kira pukul 8.45 Malam Di Stadium Nasional Bukit Jalil. Pasti mamat INI bersuka ria di Bukit Jalil dengan pemenang-pemenang peraduan yang telah dianjurkan..hehe. Cemburunya aku. Kalaulah dapat pergi sekali mesti best sebab dapat tiket VIP tuhh terima kasih NUFFNANG.



Live Streaming sudah pastinya dapat ditonton DISINI. Pastinya malam ini aku akan menonton di TV1. Perlawanan terdahulu antara Malaysia Vs Syria aku tak berkesempatan nak tonton disebabkan kedai Mamak kat Miri ni Layan CD Hindustan. Hampeh betul. Tengoklah kalo ada kaki nak lepak kat kedai kopi malam ni, mungkin aku akan layan kat kedai kopi sambil minum teh tarik.

Pastinya perlawanan pada Malam ini, para penonton ingin menyaksikan kemenangan Harimau Muda setelah mereka dikalahkan oleh Syria tempohari. Tengoklah nanti kalau aku rajin aku akan buat live blogging sambil buat ulasan..hehe. Itu pun kalau aku rajinlah. Lebih seminggu kat MIRI ni badan memang asyik nak demam jer, seksa rasanya adeyyyy. Kepada Skuad Harimau Muda Selamat Berjuang!!

  • Minit awal perlawanan aku lihat serangan banyak dilakukan oleh Skuad Harimau Muda. Beberapa percubaan telah dilakukan namun Skuad Harimau muda belum mampu menghasilkan jaringan. Dari segi bentuk fizikal antara pemain Malaysia dengan Bahrain agak seimbang.
    • Goal Pertama Malaysia pada minit ke 29. Jaringan cantik diluar kotak penalti oleh Nazmi Faiz Mansor. Terbaik. Memang jauh tendangan yang dilakukan. Aku anggarkan dalam jarak 25 meter.Tahniah Harimau Muda. Teruskan.
    • Perlawanan Separuh masa pertama aku lihat keadaan agak seimbang dengan serangan dari kedua-dua pasukan.Malaysia hampir berpeluang untuk mendapatkan goal kedua. Diharap pada Separuh masa kedua Pasukan Harimau Muda dapat melakukan serangan yang lebih mantap lagi dan seterusnya memenangi perlawanan ini.
    SEPARUH MASA PERTAMA
    MALAYSIA - 1 VS BAHRAIN - 0

    • Kesilapan dari Penjaga goal Bahrain pada minit 68 telah memberi ruang kepada pasukan Malaysia untuk menambahkan goal.Penyudah dari pertahanan pasukan bahrain menyaksikan goal sendiri telah dilakukan. Nampaknya Pasukan Harimau Muda banyak menguasai perlawanan separuh masa kedua ini.
    • Goal cantik dari Pasukan Bahrain pada minit ke 80. Jaringan Akrobatik telah mengalahkan Penjaga Goal Malaysia Khairul Fahmi Che Mat. Jaringan yang tidak dijangkakan, memang cantik. keadaan menjadikan Bahrain semakin mengejar pasukan Malaysia.
    • Sekali lagi Goal telah dijaringkan oleh pasukan bahrain pada minit 84 dan dalam tempoh seminit Jaringan bertambah sekali lagi gawang goal Malaysia ditembusi. Apa sudah jadi Malaysia??? Dalam tempoh singkat Bahrain telah mendahului Pasukan Malaysia..adeyy

    SEPARUH MASA KEDUA
    MALAYSIA  - 2 VS BAHRAIN - 3

    FRUST!!

    KEPUTUSAN AKHIR
    MALAYSIA - 2 VS BAHRAIN - 3

    Kek Lapis Miri Sarawak | Lokasi Penjual yang terkenal di Miri

    Semalam aku sempat singgah disebuah tempat yang menjadi tumpuan penduduk di MIRI dan orang luar iaitu Pasar Malam di Saberkas. Tujuan sekadar mencuci mata dan melawat saudara aku yang menjual Kek yang cukup terkenal di Sarawak iaitu Kek Lapis Miri Sarawak. Korang jangan risau Butter yang digunakan untuk membuat Kek Lapis Miri Sarawak tidak menggunakan Butter Golden Churn.

    BERSAMA ROHAYA BIN ALI SALAH SEORANG PEMILIK GERAI KEK LAPIS MIRI

    Harga yang dijual cukup murah iaitu bermula dari RM10 sehingga RM15. Saudara-saudara aku yang menjual Kek Lapis Miri Sarawak ini juga ada menerima tempahan dari luar termasuk Semenanjung Malaysia dan juga dari Brunei. Tapi segala Kos Penghantaran ditanggung oleh pembeli. Inilah antara punca kenapa Kek Lapis Sarawak terutama dari MIRI menjadi mahal disebabkan kos penghantaran hampir sama dengan harga Kek Lapis itu sendiri.

    PELBAGAI CORAK KEK LAPIS MIRI SARAWAK

    Kesedapan Kek Lapis Miri Sarawak memang dijamin sedap. Kalau datang ke MIRI terutama kalau singgah ke Pasar Malam Saberkas jangan lupa untuk singgah ke Gerai Saudara aku ini. Tak salah aku ada empat gerai yang menjual Kek Lapis Miri Sarawak dan semuanya Milik Saudara aku. Mereka ini memang cukup terkenal sehingga Salah seorang dari mereka pernah masuk di dalam Utusan Minggu gara-gara Kek Lapis Miri Sarawak ini.

    KEK LAPIS MIRI SARAWAK PUAN FATIMAH BINTI ALI

    Pelbagai jenis Kek Lapis dari Miri Sarawak  yang dijual oleh saudara aku ni. Kalau nak sebut satu persatu memang susah untuk aku "recall". Tapi apa yang pasti, rasa kek Lapis buatan saudara aku ini antara yang terbaik di MIRI. Kalau pada musim perayaan tempahan memang menggalakan, memang tak menang tangan. Memang gerai-gerai mereka sibuk semasa musim perayaan.

    KEK LAPIS MIRI SARAWAK TERBAIK!

    Untuk memudahkan kepada sesiapa yang nak order atau membuat tempahan,disini aku letakkan sekali Maklumat bagaimana nak hubungi saudara aku ini.Memang pelanggan tak akan menyesal kalau membeli Kek Lapis dari Miri sebab rasanya cukup sedap sekali dan murah. Cuma sayang yang menyebabkan harga Kek Lapi Miri Sarawak ini mahal adalah kos penghantaran.

    Puan Rohaya Binti Ali
    Lot 4488 Bandar Baru Permyjaya
    98107 Miri Sarawak.
    Tel : 012-8764488

    Puan Fatimah Binti Ali
    L3641, Jalan Maigold, Taman Desa Senadin
    PH 2C 98100 Miri Sarawak
    Tel : 016-8757245

    26 November 2011

    Inspirasi Satay Cafe & Catering Miri

    Kalau nak rasa Satay di Miri, salah sebuah tempat yang aku rekomen adalah Inspirasi Satay Cafe & Catering yang terletak di Permyjaya. Terbaik seh. Satay Ayam, Satay Daging, Satay Kambing memang sedap. Ada banyak perbezaan Satay Miri dengan Satay yang terdapat di Semenanjung terutama dari segi rasa.

    KEDAI INSPIRASI SATAY CAFE & CATERING

    Satay Miri selain rasa manis dan pedas, Satay Miri juga terkenal dengan rasa rempah pada Satay. Satay diperap agar segala rasa rempah sebati dengan daging dan ini dapat melembutkan daging pada Satay. Serius memang sedap Satay dari Inspirasi Satay Cafe & Catering ni.Aku ingat kalau duduk minum kat sini memang tak henggat nak balik..hehe

    SATAY AYAM DAN KAMBING

    KUAH KACANG

    Aku kat sini asyik makan jer kerja. Lepas ni memang naiklah badan nampak gayanya. Aku sorang jer dah berapa cucuk Satay dibedal..hehe. Kalau sesiapa yang cuba bolehlah singgah disini nanti. Aku sertakan alamat dan No.talipon pemilik Cafe ini. Mungkin satu hari nanti ada yang nak tempah bolehlah call mereka.

    Inspirasi Satay Cafe
    Lot 5599 Ground Floor,
    Phase 1, Bandar Baru Permyjaya,
    98008 Miri Sarawak

    Hubungi :Encik Abdul Rahman / Rubyana Abdul Rahman
    No. Tel : 010-9820876 / 014-5984181 / 014-6910614

    25 November 2011

    Hasad Dengki Orang Kita Sejak dari Dahulu Lagi. Berubahlah Wahai...

    Entahlah dah sikap Sestengah Orang Melayu kut kaya dengan PHD. Bukan nak menghina Melayu membabi buta tetapi itulah hakikatnya. Aku rasa sejak dari dahulu lagi kut dah tertanam disesetengah orang Melayu dengan sifat PHD.Sekadar berkongsi luahan dari seorang peniaga disini yang mengadu yang kedai beliau telah dijampi..adeyyy.

    Aku ingat dah takde dah perkara sebegini, rupa-rupanya masih wujud lagi sifat dengki mendengki kerana tidak mahu pesaing lebih maju. Si pengadu mengadu orang tak nampak kedai beliau, kawan beliau yang datang mencari kedai beliau pun boleh tak nampak kedai beliau..adoiiyaii. Rupa-rupanya kedai beliau telah ditabur tanah kubur dan macam-macam lagi.

    Bilalah hendak berubah? Terutama sesetengah melayu yang terlalu dengki dengan kejayaan seseorang. Ada yang dengki tak bertempat pun ada dan tak difahami motif pun ado. Bukan setakat diluar rupa-rupanya penyakit PHD ini dah merebak ke platform Internetlah pulok..adeyyy. Nantilah jangan sampai aku dapat tangkap. Ada yang menyesal nanti. Jadi renung-renungkanlah..

    Aku hanya sekadar Blogger Cap kambing gurun pun nak kena libat gak ker..huhu. Tak kesian ker, nanti kambing gurun aku sapa nak bagi makan..hehe. Aku no hal, sesiapa yang jeles dengan blog kambing gurun aku boleh bagitahu aku dengan segera sebab ada giveaway ni, hadiah boleh claim dari mamat INI..miahaha

    Our mission in blogging is all about friendship, don't play-play with us or else we'll play you..kekekeh. Moral of the Story Friendship is stronger than PHD (Perasaan Hasad Dengki).My Advice hati-hatilah jangan diamalkan selalu. Hidup didunia mungkin lepas tapi pernah terfikir tak hukuman diakhirat? Silap-silap kat dunia nanti tuhan tunjukkan.

    Kawasan Sekitar Rumah Mak Aku berada didalam Wilayah...

    Dari jauh aku dah terpandang sewaktu menghampiri kawasan rumah orang tua aku pada hari pertama aku sampai di MIRI. Tu dia terpampang besar SINI Wilayah Celcom. Besar betul Signboard yang terletak berhampiran Permyjaya ni.Ingat nak berhenti posing maut kat Signbard ni, tapi aku takut mamat INI akan bahan aku..hehe


    Tengoklah nanti mungkin aku akan turun kejap nak ambik gambar kat Signboard ni nanti..hehe. Memang line clear jer kat area permyjaya ni. Aku tengok adik aku siang malam bertenet takde masalah pun. Mmmm..mungkin betul apa yang tertulis pada Signboard ini iaitu SINI Wilayah Celcom. Thanks Celcom kerana membuat aku ceria atas kejayaan INI.

    ** Agak-agak ada arus elektrik tak kat tiang Signboard ni. Ingat nak posing peluk tiang tapi takut melekat jerr..hehe

    Selamat Ulangtahun Perkahwinan Yang Ke 17 Tahun Sayang

    Hari ini merupakan Hari bersejarah dalam hidup aku kerana hari ini adalah Hari Ulangtahun Perkahwinan Aku dengan Orang Rumah aku yang ke 17 tahun. Terasa sekejap rasanya masa berlalu. Anugerah kami yang berharga iaitu anak-anak pun dah kian membesar. Pelbagai Onak dan duri dilalui bersama, Alhamdullilah berjaya ditempuhi jua.


    Kepada orang rumah aku, Selamat Ulangtahun Perkahwinan ke 17 Sayang. Semoga berkekalan sehingga ke akhir hayat hendaknya. Sesuatu yang amat bernilai didalam hidup aku dan yang amat aku sayangi iaitu sebuah Keluarga.Setiap dugaan ditempuhi bersama semoga kehidupan seterusnya bertambah baik dan diberkati..Aminn

    24 November 2011

    Senarai Harga Beberapa Makanan di Sebuah Restoran di MIRI

    Saja nak berkongsi senarai harga makanan di MIRI. Kepada yang tak biasa dengan harga makanan di MIRI ni jangan pulak terperanjat ek. Inilah hakikatnya. Harga makanan sejak dari dahulu lagi terkenal dengan perbezaan yang ketara berbanding harga di Semenanjung. Mungkin impak disebabkan sebelah MIRI adalah brunei kut, alah macam JB dengan Singapura.

    SENARAI HARGA NASI GORENG

    Sebenarnya aku sendiri pun terkejut weh. Apa taknya Nasi Goreng USA RM10 hengget..adooiyaii. Memang boleh tercekik bila makan kut..hehe.Tak berani aku nak cuba makanan ni. Cuaca agak tak menentu di MIRI membuat badan aku pun tak sedap rasa. Dua orang anak aku dah kena demam dan beransur pulih. Abang aku pun tak berniaga sebab demam. Kesian aku tengok.

    SENARAI HARGA NASI LALAPAN

    Jadi kepada sesiapa yang nak datang ke MIRI mungkin pada masa akan datang atau dalam masa terdekat, bersiap sedialah menghadapi kejutan Harga Barangan Makan di MIRI. Kalau nak ke Kedai makanan pun tengok kawasan, ada yang sedap ada yang tak, jadi risiko ditangan anda..hehe. Jadi apa pendapat korang tentang harga makanan di MIRI ini melampau atau idok..

    Hasil Sentuhan Mak Aku Serimuka Ubi Kayu

    Inilah Ibuku @ Mak aku. Kalau bab memasak, sebut jer terus buat, tak sebut pun dia buat. Memang pakar masakan dari dahulu lagi. Aku pun tak habis berguru dengan beliau. Chef masak main baling jer, ukuran berat bahan yang hendak dimasak semua dah ada dalam kepala. Memang kalau bab buat Kek ke, Biskut ke, apa-apa ajer semua dah ada dalam kepala.

    UBI KAYU TANAM KAT KAWASAN RUMAH

    Beberapa hari lepas, Ubi Kayu yang ditanam diluar dah sedia untuk dituai, anak aku si NAJMI membantu nenek beliau untuk mencabut ubi kayu (memang mak aku suka bercucuk tanam..). Banyak jugak aku lihat hasil yang diperolehi. Kecik jer Ubi kayu ni. Separuh direbus dan digoreng dan separuh lagi digunakan untuk membuat Kuih Serimuka Ubi (Kira Kuih Talam kalau kat Semenanjung.)

    MEMARUT SECARA MANUAL PILIHAN EMAK AKU..

    Sesi memarut secara manual dilakukan pada Malam Hari. Kebetulan mak aku memarut sambil kitaorang menonton TV1 perlawanan Akhir Malaysia Vs Indonesia Sukan Sea 2011.Anak-anak aku menjerit dia pun melatah. Naik Risau aku takut Alat Memarut kelapa melayang belakang aku jerr..huhu. Nasib baik segalanya dalam kawalan. Inilah Mak aku yang tak reti nak diam bila bercakap tentang memasak.

    NAJIHAH SEDANG MENGACAU...

    Keesokan harinya barulah diteruskan membuat Kuih Serimuka Ubi Kayu ni. Seperti biasa anak aku si NAJIHAH pun membantu (lebih kepada mengacau nenek beliau buat kerja..hehe). Ubi Kayu dicampur dengan gula melaka. Aku nak tulis resipi kat sini pun tak reti sebab ukuran dan sukatan cuma mak aku sorang jer tahu. Beliau memang bab memasak ni cepat betul.

    PLANTA DIGAUL SEKALI SEBELUM DIKUKUS

    Setelah dicampur gula melaka, Planta dicampur dan digaul sekali dalam ubi kayu yang telah digaul dengan gula melaka.Oh ya proses untuk membuat Kuih Serimuka ini menggunakan teknik mengukus. Mak aku tak mengguna bekas khas Kukus tetapi menggunakan Kuali dan ditutup dengan penutup tahan panas. Mungkin dengan cara ni lagi cepat kut tapi aku tak pasti.

    SEBELUM PROSES MENGUKUS BERMULA,UBI KAYU DIRATAKAN

    SIAP SEDIA UNTUK DIKUKUS

    Ubi yang telah digaul itu tadi diletak dalam Loyang. Toping diletak kemudian. Aku tak ingat berapa lama diambil untuk memasak Kuih Serimuka Ubi ni sebab aku tertido semasa menunggu Kuih ni masak.Dua loyang Serimuka Ubi telah berjaya dihasilkan. Memang sedap, lagipun dah lama tak merasa Serimuka Ubi Kayu. Kebiasaannya Serimuka Pulut jer.

    LEMBUT LEMAK DAN SEDAP..HUHUU

    SEMESTINYA AIRTANGAN IBU ADALH TERBAIK..

    Cukup segalanya, masin, manis, lemak. Kepada yang alah kepada Ubi Kayu memang disarankan jangan makan sebab Ubikayu ni kebiasaannya boleh membuat badan lemah (angin pada badan). Inilah hasil sentuhan Mak aku. Nasib baik Mak aku takde blog, kalo tidak Bro INI pun boleh terancam..hehe..uihhh..naiklah badan aku sepanjang di MIRI ni..adeyyyy..

    Aktiviti Santai Memancing teknik Casting di Kuala Miri

    Badan terasa tak berapa Sihat. Mungkin disebabkan takde pegi mana-mana. Jadi semalam aku pegi ikut adik aku AZRUL dan saudara aku YANZ pergi ke port memancing diaorang yang terletak di Kuala Miri. Pegi selepas asar. Aku tengok cuaca macam mendung semacam jer..huhu. Tapi kitaorang teruskan jugak perjalanan kitaorang.

    AMARAN BAHAYA MENGENAI SUNGAI DIMIRI..SANG BEDAL PUN ADO

    Untuk pergi ke Kuala Miri, kitaorang kena melalui Jambatan menuju ke Piasau Camp (dulu tempat Mat Salleh yang bekerja dengan SHELL) dan mengikuti jalan Pulau Melayu (Penempatan Nelayan). Banyak juga perubahan pada Pulau Melayu ni (dulu jalan ini digunakan untuk pergi ke hospital kerajaan). Sekarang Hospital dah berpindah.

    JAMBATAN PIASAU CAMP WUJUD LEBIH 40 TAHUN

    Teringat kisah zaman bujang dahulu bila melalui jambatan Piasau Camp ni. Dulu aku dengan rakan-rakan aku suka memancing udang galah berdekatan dengan Jambatan ini. Selalunya kitaorang pergi pada waktu tengahmalam. Kalau siapa yang lemah semangat confirm tak pergi sebab teramatlah gelap dan kawasan ini terkenal dengan buaya.

    AKSI PEMANCING TEGAR YANZ & AZRUL

    Sampai jer kat Kuala Miri, parking kereta terus capai Joran. Aku rasa kali terakhir aku memang pancing kira-kira 10 tahun yang lepas. Memang dah lama tak memancing. Dulu memancing menggunakan umpan hidup seperti udang atau isi sotong dan ikan. Kali ni teknik Casting digunakan untuk memancing ikan disini.

    PORT KUALA MIRI TERBAIK

    Kawasan Kuala Miri ini dikenali sebagai tempat dimana terdapat seekor Spesis ikan yang agak sukar dipancing iaitu Ikan Siakap Putih atau kalau di lebih dikenali sebagai Ikan Selungsong.Memang menguji kesabaran bila memancing ikan disini.Satu pengalaman yang baru untuk aku bila memancing menggunakan teknik Casting.

    KEINDAHAN YANG CUKUP MEMUKAU

    KEINDAHAN MEMUKAU SESIAPA SAHAJA

    Aku cukup kagum dengan keindahan kawasan ini. Kalau sesiapa yang kaki ambik gambar aku sarankan datang kesini sebab kat sini korang boleh mengambil gambar Sunset baek punya. Sayang kamera aku sekadar kamera kompak. Sedap mata memandang dengan keindahan dihadapan mata. Pulang dengan hampa tanpa memperolehi seekor ikan pun..huhu..

    23 November 2011

    Premium Gift Shop Miri | Mass-Tech Trading & Services

    Saja nak promote kedai Member aku yang menjalankan Perniagaan Premium Gift kat area Permyjaya.Lama tak jumpa dan kebetulan kedai beliau berada berdekatan dengan kedai memancing udang galah,jadi aku singgahlah kejap.Aku tengok macam-macam perkhidmatan pencetakan yang dilakukan.


    Kalau sesiapa yang berkenan nak gunakan perkhidmatan diaorang, korang boleh hubungi mereka dialamat dan no talipon dibawah.Lama dah aku tak jumpa member aku ni. Dulu kitaorang pernah berjiran. Ramai nampaknya rakan-rakan telah beralih ke bidang perniagaan. Tahniah.

    MESIN CANGGIH DIGUNAKAN UNTUK MENCETAK

    Aku tengok kualiti perkhidmatan yang diberikan boleh tahan. Diaorang ni mementingkan kualiti. Setakat ni mereka dah ada 3 Cawangan dan terbaru kalau tak silap aku akan dibuka di Permy Mall, sebuah Mall yang cukup terkenal di Miri. Memang tengah maju aku tengok Syarikat mereka ini.


    Kalau ada Syarikat atau Individu yang ingin menggunakan Perkhidmatan syarikat ini bolehlah menghubungi mereka di alamat seperti berikut :

    MASS-TECH Trading & Services
    Lot 5502, Ground Floor,
    Phase 2, Desa Pujut 2 Shophouse,
    Bandar Baru Permyjaya Block 11,
    98000 Miri
    Sarawak

    Hubungi :  Mohd Norman bin Hashimi
    +60138356619



    Antara Perkhidmatan yang Syarikat Mass-Tech Trading & Service ini tawarkan adalah , Alain Delon Premium Distributor, Embroidery & Printing Services, Supply of Co-Curricullar Uniform, Premium & Corporate Gift, Corporate Uniform, Corporate Identity Designing Service.

    Kebab Daging dan Nasi "Katok" Dari Kuala Belait, Brunei

    Entri menyelerakan pagi ni. Saja nak kongsikan Sarapan pagi semalam. Semalam Abang aku AZLAN pergi ke Kuala Belait, Brunei menghantar anak beliau kerumah saudara disana. Beliau sempat membeli juadah yang cukup terkenal di Kuala Belait iaitu Kebab Daging dan Nasi "Katok". Untuk pengetahuan ini adalah merupakan kali pertama aku makan, makanan ini.

    KEBAB DAGING BLACKPEPPER SAUCE

    Kebab Daging sedap juga rasanya. Inti dipenuhi daging yang dicampur dengan timun dan karot.Diadun dengan Blackpepper Sauce yang agak manis juga. Harga dalam 2 Brunei Dollar bersamaan lebih RM4.Puashati sebab Inti cukup banyak sekali.Roti yang digunakan adalah Roti Pita. Lebih kurang macam Roti kebab kat KL gak.

    NASI "KATOK" BERSAMA SAMBAL TUMBUK

    Nasi "Katok" dari Kuala Belait cukup sedap walaupun Isi didalam amat simple sekali. Sekadar ada Daging Ayam dengan Sambal jer. Aku rasa ayam dia lebih kurang macam Ayam Masak Kicap yang kering. Manis dan disajikan dengan Nasi Putih @ Beras Siam Brunei yang lembut. Harga cukup murah iaitu 1 Brunei Dollar bersamaan RM2 lebih. Memang kenyang bila pekena Nasi "Katok" ni.

    NASI "KATOK" DENGAN SAMBAL IKAN BILIS

    Entah betul atau tidak menurut abang aku, Nama Nasi "Katok" atau dalam Bahasa Malaysia Nasi Ketuk mendapat nama bila ia dijual didalam kawasan rumah. Setiap kali orang ingin membeli, si pembeli akan mengetuk pintu rumah penjual Nasi "Katok" untuk membeli.Ini disebabkan Tuan rumah berada didalam rumah manakala Lauk Pauk didepan rumah.

    Dari situlah bermulanya perkataan Nasi "Katok" ni gara-gara setiap kali pembeli ingin membeli Nasi, mereka akan mengetuk rumah penjual..hehe..Macam-macam. Entah benar atau tidak diharap kalau ada orang Brunei yang membaca blog ini dapat memperbetulkan Maklumat mengenai Nasi "Katok" ini. Sama-samalah biskita berkongsi Maklumat.

    Aktiviti Memancing Udang Galah Aktiviti Riadah Anak Aku di Miri

    Aktiviti di Petang hari kat Miri terutama anak aku si NAJMI. Dah keluarga kaki pancing, kali ini giliran abang aku pula iaitu AZLAN membawa anak-anak aku dan anak beliau pergi memancing Udang Galah. Kedai Pancing Udang Galah menjadi lokasi memancing. Kadar yang dikenakan adalah Sejam RM15 dan Setengah jam RM10.

    ANIQ (ANAK ABANG) DENGAN HASIL TANGKAPAN

    Aku sampai lambat diaorang dah mulakan dulu. Aku bab pancing tengok mood sebab aku bukan kaki pancing tegar macam adik bongsu aku si AZRUL. Sampai jer kat kedai pancing aku tengok anak aku dengan anak abang aku si ANIQ dah rancak memancing. Bukan main seronok lagi bila pancing mengena.

    SALAH SEEKOR HASIL TANGKAPAN

    Hanya dapat 2 ke 3 ekor yang besar dan yang lain kecik jer tapi bolehlah kalau digoreng buat sambal Udang Galah. Memang confirm terangkat. Mungkin akan dijadikan juadah untuk makan tengahari nanti.Aku tengok boleh tahan jugak orang datang memancing. Kalau nak memancing kat Sungai boleh tapi kena fikirkan risiko terserempak dengan sang buaya.

    ANAK-ANAK AKU DENGAN ABANG AKU

    Kesabaran yang tinggi diperlukan untuk memancing Udang Galah ni kerana teknik perlu ada bila memancing. Kalau memancing ikan senanglah. Aku tengok boleh tahan mahal juga harga Udang Galah yang besar kalau nak beli iaitu dekat RM50 gak sekilo.Udang galah yang frozen pun ada dan murah hanya beberapa ringgit jer.

    NAJMI MENANTI DENGAN PENUH KESABARAN

    Anak aku si NAJMI bukan main seronok lagi memancing. Terkenang aku zaman aku kecik-kecik dulu, sekadar memancing ikan sepat dan ikan puyu ditepi Longkang besar. Bila dah dewasa memancing dan menyerampang Udang ditepian Sungai (tapi risiko amat tinggi terutama bila menyerampang). Hanya menggunakan lampu suluh untuk melihat mata Udang Galah. Silap suluh anak sang buaya pulak yang timbul.

    UDANG GALAH HASIL TANGKAPAN ORANG LAIN..HUHU

    Tuh dia Udang Galah yang cukup matang. Berat jer seekor dekat 400gram. Tapi Udang ini bukan hasil tangkapan abang aku atau anak aku. Ni hasil tangkapan pemancing yang lain. Aku saja interview mamat yang dapat udang galah yang besar ni dan beliau berkata hasil tangkapan dalam masa 2 jam (RM30). Berbaloi sebab jumlah tangkapan beliau dalam Satu Setengah Kilo..Korang pun ada kenangan manis tak bila memancing..hehe

    22 November 2011

    Ayat Najuma buat aku sekeluarga tergelak

    Macam-macam gelagat anak aku sorang ni iaitu NAJUMA. Dia punya keletah memang tak henggat. Tergelak dengan apa yang terpacul dari mulut beliau semalam. Tapi sekarang tengah merengek demam. Selain dari dia anak aku sorang lagi pun demam iaitu NAJWA. Mungkin disebabkan cuaca tidak menentu di MIRI kut kejap hujan kejap panas.

    KAKI GAMBAR (CAMWHORE TUL..ADEYYY)


    Kisah si NAJUMA bila ada soalan yang aku ajukan bila aku suruh beliau tidur dengan nenek beliau. Jawapan yang cukup bernas dan buat satu family tergelak. Pertanyaan : "NAJUMA malam ni tido dengan nenek ok?" NAJUMA : " Ok tapi juma nak tido berbelang-belang boleh tak? Hari ni dengan babah esok dengan Nenek" Nampak tak penggunaan ayat yang salah?..hehe

    Ni mesti teringat belang-belang MAT TIGER ni...miahaha. Aku terkedu seketika dan cuba memahami apa yang dimaksudkan oleh beliau. Rupa-rupanya tido berselang-seli..adoiiyaii, anak-anak. Masih belum fasih cakap Sarawak namun faham sikit-sikit..huhu. Harap beliau berjaya menguasai Bahasa Sarawak Sepenuhnya nanti macam NAJWA..

    Cucur Udang Semuan Hasil Air Tangan Ibu

    Minum petang hasil air tangan ibu  sememang terbaek. Cucur Udang Semuan. Aku tak pasti kalo kat semenanjung gelaran untuk Udang Semuan apa. Serius memang tak berhenti makan. Ada jer yang dibuat oleh orang tua aku untuk anak cucu beliau. Aku dah mengah dah nak makan. Cucur dibuat menggunakan Udang semuan yang segar (dibeli kat Kuala Baram) Terima Kasih Yanz.

    UDANG SEMUAN SEGAR DARI TEPI PANTAI

    UDANG SEMUAN SETELAH DISIANG..

    Dah lama tak pekena, sesekali merasa memang superb.Selain dibuat untuk Cucur, Udang ini juga sedap kalau dibuat Sambal Cili tempoyak. Memang makan tak henti punya. Ada yang buat umai menggunakan Udang Semuan ini. Udang ini kalo makan mentah pun boleh (macam orang jepun jer..hehe). Agak sukar juga untuk mendapatkan Udang Semuan ni sebab ia hanya diperolehi ikut musim.

    CUCUR UDANG SEMUAN SEDAP DIMAKAN PANAS-PANAS..

    TERBAIK BUATAN IBUKU..

    Cucur Udang semuan dimakan masa panas-panas memang tak henggat punyer. Cicah dengan sos Thailand memang sedap.Disebabkan batuk menjadi-jadi maka aku kena kawal diri aku sebab tekak rasa gatal. Anak-anak aku apa lagi memang non stop makan..adeyyy. Macam-macam makanan yang dicuba. Masa entri ni keluar abang aku baru balik dari Kuala Belait Brunei sambil bawak Nasi "Katok" dan Kebab Daging (Ini akan diceritakan entri seterusnya).

    LinkWithin

    Related Posts with Thumbnails