31 October 2011

Beyonce Vs Beyoncet a.k.a Redmummy Sapa dulu bersalin?

Beyonce bakal melahirkan anak tahun depan..tuh dia Aku rasa ramai dah tahu pasal nie, tapi minggu lepas aku sempat jumpa Beyonce tengah sarat mengandung. Tak sangka dapat jumpa dengan penyanyi antarabangsa ni..hehe.Korang jangan salah sangka, ni Beyonce Malaysia atau kalau dialihbahasa jadik BEYONCET iaitu tak lain tak bukan REDMUMMY yang tetap maintain cool walaupun perut kedepan masa kat event Astro B.yond IPTV minggu lepas..hehe..

KEBETULAN  SAMA MENGANDUNG BAJU PUN SAMA KALER


PERTEMUAN JEJAK KASIH BEYONCET & OSHIN..HEHE SAMBIL DIPERHATI DIVA DARLING

BEYONCET sempat jumpa dengan Oshin @ FourfeetNine sambil pot pet pot pet..hehe. Dua blogger yang berkawan baik dari dulu lagi. Lepas nie mengamuklah REDMUMMY bila tengok gambo kandid yang aku amik. Masaklah lepas nie kena buat Sup Tulang..hehe. Aku tak pasti REDMUMMY ada lari tak malam tuh..miaha.

MADAM!! NI MANA PEGI LIPSTIK NEHHH..ADEHHH

Korang tengok gambar REDMUMMY yang aku ambik secara kandid. Cutekan..hahaha..macam marahkan anak murid rupa beliau atau tengah bersyarah kat madammondoq sambil bagi tips..hehe. Lama tak menyakat redmummy, lepas ni siaplah aku. Risiko tuh kalo buat entri REDMUMMY ni, mau kena pow lepas nie..ahaks..


Inilah Blogger bila berjumpa, gambor mesti tak lepas pun. Tengok jerlah gelagat kitaorang, sempat menyakat REDMUMMY masa ambik gambar. Blogger yang tetap maintain prestasinya walaupun tengah mengandung. Ehh kalo tak silap Beyonce juga akal menyambut kelahiran anak beliau tahun depan, sama macam Beyoncet lah..miahaha..Semoga REDMUMMY dipermudahkan bila nak bersalin nanti.. aminnnn..

Jejai Jumpa Captain America @ Astro B.yond IPTV Event

Jejai jumpa Captain America. Tuh dia..hehe. Tak sangka pada Event Astro B.yond IPTV Hollywood & Celebrities Captain America turun padang..hehe. Tapi aku lupa pulak nak mintak sain..hehe. Captain America ni merupakan salah seorang Finalist untuk Pertandingan Pakaian Tercantik.

CAPTAIN AMERICA & ME ( SAPALAH YANG MENJELING KAT BELAKANG TU..HEHE)

Captain America ni pun ado blog yang sempoi, nak tahu terjah SINI. Sebenarnya beliau salah seorang rakan blogger aku yang cukup sempoi, Friendly, Kecoh dan banyak lagilah..hehe. Kalau bercerita tentang idea this guy is the person yang penuh dengan Idea. Tapi sayang, beliau kalah dengan Lady Gaga..huhu..Adil ker..hehe..

Sesi Masak Nasi Briyani Ayam & Ayam Masak Merah di Hujung Minggu

Penghujung Minggu Saat bersama keluarga seperti biasa hobi memasak, aku kongsikan bersama keluarga. Menu makan malam aku buat bila teringatkan Perencah Nasi Briyani Ayam ada lagi tak digunakan. Ini merupakan pertama kali aku menggunakan Perencah Maggi Nasi Briyani. Risau pun ada takut tak menjadi.


Segala Resipi aku cuma ikut apa yang tertulis kat belakang paket Perencah Maggi Nasi Briyani. Aku baca nampak mudah (memang mudah pun..hehe). Aku cuma tambahkan daun pandan untuk mewangikan Nasi dan sedikit susu (terbiasa masak nasi minyak..hehe). Aku masak ikut sedap aku jer.


Aku menumis seperti apa yang telah dicatatkan belakang Paket Perencah sebab masih baru dengan Perencah ini, Lain kali aku kena Adjust sikit terutama bila nak bubuh perencah. Agak pekat juga perencah ni dan bau memang harum. Api perlu perlahan bila menumis sebab kalau tidak mau hanggit.


Banyak perkara yang perlu aku perbetulkan (yelah masih baru nak belajar). Beras aku gunakan beras biasa jer (lain kali aku akan gunakan basmati..)Perencah kalau guna semua memang terasa bangat segala rempah Nasi Briyani ni (aku kureng sikit bila terlampau banyak rempah). Akan aku uji lagi dilain hari.


Sebagai lawan untuk Nasi Briyani ni,seperti biasa Ayam Masak Merah Express dibuat.Ayam memang aku beli semalam sebab memang teringin nak masak lauk masak merah untuk Nasi Briyani ni. Ikutkan senang jer nak masak tapi pengalaman agak kurang dalam memasak Nasi Briyani ni jadi aku bagi Rating 6/10..huhu kena rujuk blog MAT GEBU nampaknya lepas nie..

PENGKRITIK TETAP NAJUMA LAYAN NASI BRIYANI

Sekarang kita dengar Pengomen @ Pengkritik tetap Masakan aku..hehe. Hari ni cuma si NAJUMA jer yang bagi komen sebab si NAJIHAH dah kembung perut minum air jer dari petang sebab penat bermain. Makan nasi pun taknak, dia layan ratah Ayam masak merah sampai berapa ketul entah.

  • Babah : NAJUMA, macamana rasa Nasi Briyani? Boleh Makan tak? Jangan Tipu-tipu cakap betul-betul.
  • NAJUMA : Sedap Betul..tak pedas (tuh bila baru mula, bila dah lama kelamaan baru terasa pedas..hehe)
Misi Masak memasak berjaya dengan segala kekurangan. Namun aku tetap percaya selagi ada niat ingin belajar memasak pasti ia akan menjadi satu hari nanti. Ada gak kaum hawa yang agak phobia bila bercerita tentang masakan, kenapa ek? Tak minat kerr?

30 October 2011

Pelawak Larikan Isteri Orang bukan Blogger ke? Meh..Meh.. Ping Entri BUSUK Tips Buat Blogger Baru

Sapalah agaknya artis yang melarikan Isteri Orang nie? Si Tokey Raja Lawak dah buat Statement untuk membetulkan keadaan (ehh betul ker beliau orangnya?). Yang Pasti bukan blogger MAT TIGER yang lari yerr..Sapa tahu cerita ni bolehlah berkongsi kat sini. Nak gak tahu sapa artis ni. Bukan nak menyibuk sekadar ingin tahu siapakah Artis yang dimaksudkan..tuhh jerr. Kalau korang taknak tahu baik layan BUSUK..hehe..Apa itu Ping BUSUK?


Ping Aggregator BUSUK.ORG rasa-rasanya ramai yang dah tahu,Cuma sekarang ni baru aku nak gunakan. Entri ni khas aku tujukan kepada blogger-blogger yang baru dalam dunia blogging. Blogging is about Sharing jadi salah satunya adalah berkongsi entri korang dengan menyebarkan maklumat entri melalui Ping Aggregator. Satu kaedah yang dapat memberi faedah kepada blog korang.

Komen aku tentang BUSUK ping ni tak banyak sebab rasa-rasanya dah menarik dah tuh.Cuma nama BUSUK aku kurang pasti kenapa dinamakan BUSUK..Satu kelainan pada nama yang orang pasti tertanya-tanya.Mungkin ada maksud yang tersurat dan tersirat yang hanya diketahui oleh Admin BUSUK. Good Job by Crew BUSUK kerana menyatukan entri pada satu tempat yang sememangnya sesuai sekali. Apa lagi korang dah guna lom Ping BUSUK. Jom Terjah DISINI

Kenapa JoeGrimJow Menung Jauh? Nuffnang Memang Best , Jumpa Rakan-rakan Blogger, Astro b.yond IPTV Event

Tuh dia Entri dengan empat tajuk..hehe..,Kalau JOE gi Stadium malam semalam untuk menyaksikan Perlawanan Final Piala Malaysia 2011, rasa-rasanya Terengganu boleh menang.Cehh..memang sayang sekali. Dari riak wajah si JOE dalam gambar nie dah nampak tanda-tanda awal Terengganu mengalami kekalahan sebab dia penyokong Terengganu gak..hehe

APAMU MENUNG ABE..HEHE

Gambar kandid sengaja diambil sebab dah lama tak kenakan orang..miahaha. Event Astro b.yond IPTV Hollywood & Celebrities dihadiri ramai blogger. Memang best sebab dapat jumpa rakan-rakan blogger lama dan rakan-rakan blogger yang baru. Si fazrol dah lama kenal tapi jarang sembang dan dapat jumpa si KID buat pertama kali.

Nisa kay pun ado, seperti biasa maintain kecoh bila jumpa..miahaha, Madammondoq bersama lalingku pun datang..ahaks. Si Bob yang bakal tukar blog jadi bobchipsmore.com pun ado lama tak jumpa..hehe.. Anakperak jadi polis semalam hantar Surat Saman kat blogger yang beliau rasa memang patut kena saman.

Mat Tiger, Ciklily, Zuriey , Jardnes ,TianChad, Bean Moreno,Manager KakInaKL ..uihh ramai betul nak disebut..yang tak sempat disebut mintak maaf lah yerr..terlampau ramai nama kena sebut jadi aku sebut beberapa nama jer...Kalau aku teruskan menyebut satu persatu memang penuh entri ni dengan nama rakan-rakan blogger..

NUFFIES

SEMPAT AMBIK GAMBO NUFFIES YUEN IN ACTION..HEHE

Keseluruhan Majlis Cukup meriah dengan kehadiran blogger-blogger yang muda dan yang tua.Thumbs Up kat NUFFANG dan ASTRO kerana mengadakan Majlis yang Havoc nie. Tuh yang best bila jadik blogger dibawah NUFFNANG, Friendship is always the Top Priority. Dengan NUFFNANG bagi aku merupakan Platform untuk kita bersatu dalam Komuniti Blogger. Good Job Guys.

The Astro B.yond IPTV Hollywood & Celebrities Night

Astro B.yond IPTV Hollywood & Celecbrities Night berlangsung dengan meriah sekali dengan kehadiran blogger-blogger yang berlapisan umur..hehe. Meriah sekali dengan pelbagai aktiviti dan menarik sekali Pakej terkini dari Astro B.yond IPTV (Akan aku ceritakan kemuudian...).


Disebabkan Pasukan Terengganu Kalah Malam semalam pada Final Piala Malaysia , jadi entri ini aku sambung kemudian disebab masih sedih mengenangkan kekalahan Tipis Pasukan Terengganu. Jadi Mood nak berblogging pun tak seberapa disebabkan aku pun penat dek  berlari sana berlari sini dengan baju kot aku..pheww.. sambung kemudian ek..

29 October 2011

Final Piala Malaysia 2011 | Keputusan Terkini Terengganu Vs Negeri Sembilan

Perlawanan Final Piala Malaysia 2011 akan berlangsung hari ini antara Pasukan Terengganu Vs Negeri Sembilan. Pastinya masing-masing cuba bermain sebaik mungkin untuk bergelar Juara. Kalau Final Piala Malaysia 2010 Pasukan Gomo Kelate Gomo iaitu Pasukan Kelantan yang menang, tahun ini siapakah agaknya bakal menjadi Pasukan Juara Piala Malaysia.

Aku agak ketinggalan dalam perlawanan Piala Malaysia sejak dua tiga tahun kebelakangan ini, namun perlawanan Akhir adakalanya aku tetap ikuti. Tapi untuk Final Piala Malaysia 2011 ni aku tak dapat menyaksikan perlawanan ni secara Live sebab aku kena menghadiri Majlis Astro B.yond IPTV Hollywood & Celebrities kat Solaris Mont Kiara.

Namun aku ingin berkongsi pandangan peribadi aku mengenai perlawanan pada malam ini. Tahun ini kalau tak silap aku merupakan sejarah buat Pasukan Terengganu setelah 10 tahun tidak melangkah ke Final (atau Menjadi Juara). Pastinya Pasukan Terengganu bersemangat untuk menjadi juara dan Imbuhan yang bakal diterima nanti dah tentu lumayan.

Negeri Sembilan pula dah 3 tahun berturut-turut melangkah ke Final, mungkinkah mereka juga bertekad untuk menjadi juara setelah tahun lepas tidak dapat melakukannya pada Final Piala Malaysia 2010.Dari apa yang aku nampak tentang kedua pasukan ini, ia agak seimbang. Agak sukar juga untuk membuat pilihan pasukan yang mana bakal bergelar juara.

Tahun ini juga merupakan tahun yang agak menarik dengan pelbagai cerita mengenai Final ini terutama yang melibatkan Persatuan BolakSepak Malaysia @ FAM. Kisah harga tiket RM50 telah ditetapkan menjadi tajuk utama dan Laman Sesawang FAM telah digodam. Penuh dengan berita pulak aku tengok tahun ini. Diharap Perlawanan pada malam ini akan menyajikan perlawanan yang menarik.

Jadi Pasukan yang manakah menjadi Pilihan Korang? Walaupun agak sukar untuk membuat Pilihan, namun aku dah ada Pasukan yang menjadi pilihan pada Malam ini. Pilihan aku adalah Pasukan Penyu Menangis iaitu Terengganu dengan ramalan jaringan dalam 2 terengganu dan 1 Negeri Sembilan. Bagaimana pulak korang? Dah ada Pasukan yang menjadi Pilihan untuk menjadi Juara?
KEPUTUSAN AKHIR : TERENGGANU - 1 VS NEGERI SEMBILAN - 2

Nampaknya ramalan aku sebaliknya..huhu. Walaupun sedih dengan Kekalahan Pasukan Terengganu namun aku terima jugaklah. Mungkin Tahun depan giliran Terengganu  pulak untuk memenangi Piala Malaysia ini. Apa-apa pun tahniah kepada pasukan Negeri Sembilan atas kejayaan ini.

** Keputusan Akhir akan dikemaskinikan kemudian.

Babah dah tak Angry dah, Angry Birds jer masih Angry

Penangan Angry Birds.Permainan inilah yang tengah hangat dilayan anak-anak aku sekarang. Bangun awal semata-mata nak main permainan ni.Adoiiyaii. Buat masa sekarang perjanjian telah diikat, mereka cuma boleh bermain Angry Birds Mengikut peraturan aku. Hanya boleh main pada Hujung Minggu dan Kalau aku nak guna Laptop secara Automatik diaorang kena berhenti (Kuasa Veto..hehe)..


NAJUMA awal pagi dah bangun. Semalam dah menangis sebab aku tak bagi main Angry Birds. Yelah dah perjanjian dibuat cuma boleh main hujung minggu Sahaja.Pagi-pagi dia layan sorang-sorang main Angry Birds. Tuh pun lepas aku gunakan Laptop dan aku nak keluar Window Shopping kat Pasar Pagi jap. Jadi dia gunakan Laptop Sepenuh masa yang ada untuk bermain sebelum aku balik.


Aku balik jer, giliran aku pulak menggunakan Laptop. Jadi nak taknak NAJUMA kena mengalah sebab dah terikat dengan perjanjian. Aku bagitahu lepas aku update blog baru dia boleh main. Dah Laptop tak dapat digunakan iPHONE pulak menjadi Mangsa..adoiiyaii. Korang tengok jerr..masalah gak nieh sebab suruh mandi asyik tertangguh-tangguh jerr..aduhh anak-anak.


NAJUMA punya khusyuk layan Angry Birds ni bila aku ambik gambar pun dia buat derkk jer. Memang penuh dengan konsentrasi. Harap-harap tahun depan masuk Sekolah Darjah Satu belajar pun mintak-mintak NAJUMA boleh beri tumpuan sepenuhnya terhadap mata pelajaran. Konsep aku senang jerr..seimbangkan Bermain dan Belajar, kalau asyik belajar pun takleh gak dan kalau terlebih bermain pun susah pulak nanti.

Kemalangan di Federal Highway Dua Hari Lepas. Adakah disebabkan tiada Displin dan Etika atau Sebaliknya?

Kemalangan di Federal Highway ni sempat aku rakam tanpa pandang pun kenderaan yang mengalami kemalangan ni dua hari lepas. Yelah kalau aku perlahankan kenderaan lagilah "Jammed" Federal Highway. Semalam terperangkap sekejap dalam kesesakan tapi tak lama (Mungkin disebabkan kemalangan baru terjadi kut). Bila aku tengok balok gambar ni, tak dapat aku bayangkan macamanalah keadaan pemandu kenderaan ni.

VAN KEMALANGAN DI FEDERAL HIGHWAY

Aku agak punca kemalangan mungkin kenderaan yang dipandu hilang kawalan sehingga menyebabkan terbabas dan terus terbalik.Aku tak tahu sama ada ia disebabkan kecuaian pemandu ataupun sebaliknya. Hairan juga aku macamana boleh terbabas sedemikian rupa kat Federal Highway yang dikenali sebagai Highway yang agak sesak bila tiba waktu puncak. Kejadian aku anggarkan berlaku kira-kira pukul 9.00 lebih kut.

Pada Pendapat aku etika pemanduan pemandu kenderaan di Malaysia agak kurang beretika dan kurang berdisplin berbanding dengan Negara-negara Maju. Sikap hormat menghormati sesama pemandu jarang aku lihat. Bilalah agaknya budaya pemanduan beretika dapat dilaksanakan dengan jayanya? Selagi tiada Displin dan beretika aku rasa Malaysia bakal menghadapi Krisis kesesakan lalu lintas yang semakin teruk. Apa pulak pendapat korang?

28 October 2011

Tips Bila Idea takde, Baca Entri dan Fahami Apa yang nak di sampaikan

Apa aku nak buat tetiba idea untuk menulis blog kehabisan? Korang pernah terfikir tak? Kekadang risau gak memikirkannya. Yelah bila dah biasa berblogging ni, tak buat entri rasa macam ada sesuatu yang kurang dalam satu hari. Hati memberontak nak bercerita kat dalam blog.Paling tidak pun buat apa yang terfikir dalam kepala, macam entri ni..hehe

Esok akan berlangsung Astro B.yond IPTV Hollywood & Celebrities Party.Rasa-rasanya aku mungkin tak ikut tema kut.Entahlah rasa macam takde mood tetiba. Ikutkan hadiah mengancam tuhh TV 32 inch LCD pulak tuhh..Kalau spend baju RM200 ke RM300 untuk menang pun takpe rasanya still berbaloi. Takpelah mungkin bukan rezeki aku.

Esok juga perlawanan penting dalam arena bolasepak, Final Bolasepak  Piala Malaysia 2011 iaitu perlawanan diantara Terengganu menentang Negeri Sembilan. Kalau Piala Malaysia 2010 Kelantan yang menang, tahun ini giliran pasukan manalah pulak. Mesti menarik walaupun aku sekadar mengikuti perkembangan semasa hanya pada saat-saat Last Minit.Korang sokong siapa? Tunggu jerlah keputusan esok.Kompom kaki-kaki SEO juga berentap esok..hehe.

Esok apa lagi yang menarik? Apa menu masakan nak aku sediakan untuk anak aku esok? Ayam Masak Merah?? Mesti anak aku komen..ayam lagiii..hehe. Takpe esok ada pasar pagi aku nak layan window shopping kat pasar pagi tengok segala sayur-sayuran dan segala barang basah. Jadi Esok apa perancangan korang? Aku rasa esok punya cerita esok baru aku nak fikirkan...Selamat Berehat dihujung minggu..

Moral of the Story, Tips Bila Idea Takde korang taip jer apa yang ada dalam kepala korang (termasuk dengan Effek gelak sekali..hehe) maka akhirnya akan menjadi sebuah entri..tak caya cuba sekarang..hehe..Selamat Mencuba dan Selamat Beramalllll..

Angry Birds, Angry Lagi Babah

Tu dia babah dah marah dek anak-anak sibuk bermain dengan Angry Birds.Aktiviti terkini yang tengah hangat, anak-anak aku sibuk dengan permainan yang dah lama dikenali iaitu angry birds. Adeyy..kalau tak dikawal mahu ketagih anak-anak aku bermain dengan angry birds ni.


Angry Birds dimuat turun kat iphone, berebut-rebut anak-anak nak main. Mana yang kecik dan mana yang besar kekadang taknak mengalah. Kekadang naik pening jugak melayan kerenah anak-anak yang semakin membesar ni.Sekarang yang si Kecik NAJUMA pun dah tahu macamana nak main..ahhh sudah..


Pada masa sekarang nampak si NAJMI, satu-satunya anak jantan aku yang paling berkuasa (dia paling banyak main).Adik-adik dok perati jer dia main. Bila dah kena sound barulah adik-adik dia dapat main. Si NAJWA pulak buat masa ni belum tetarik sepenuhnya dengan permainan ini lagi.


Ni hah NAJIHAH si debab aku yang sekarang nampak ada unsur-unsur keterujaan melampau main angry birds ni. Korang tengok jer gambo kat atas. Mata dah kuyu pun masih nak layan gak angry bird. Selagi mata tak mengantuk selagi tu dilayannya angry birds ni..adoiiyaii.


Takpe sikit masa lagi diaorang akan bosan gak layan angry birds ni hari-hari. Abih babah pun nak main gakkkk..hehe. Dan terkini babah pun dah Install Angry Birds Rio kat dalam Laptop. Anak-anak hanya dibenarkan untuk bermain pada hujung minggu sahaja..miahahaha..ok babah nak layan Angry Birds jap..Seronok jugak layan Angry Birds nie ek

Terra Nova Eksklusif di FOX Channel ASTRO CH 710 pada 29 Oktober 2011

Terra Nova dibawa secara Eksklusif oleh ASTRO di FOX (ASTRO CH710). Ia merupakan sebuah Drama bersiri terbesar dalam sejarah drama TV dan Drama termahal  didalam dunia akan dapat disaksikan oleh penonton di Malaysia dan terima kasih kepada pihak ASTRO kerana telah berjaya membawanya secara Eksklusif pada tayangan Premier di Malaysia First pada hari Sabtu 29hb Oktober 2011 pada pukul 8.55 Malam.


Drama yang mempunyai 13 episod ini pastinya akan menarik perhatian penonton kerana ia telah diterbitkan oleh 20th Century Fox dibawah Penerbit Eksekutif ternama iaitu Steven Spielberg yang cukup dikenali dengan sentuhan yang kreatif dan juga Peter Chernin. Kos Perbelanjaan keseluruhan drama ini dianggarkan US70 juta iaitu bersamaan RM219 juta.


Sedikit Sinopsis mengenai drama ini untuk dikongsi bersama..

TERRA NOVA is an epic adventure that follows family's journey back in time. In the year 2149, the world i dying, the planet is overdeveloped and Overcrowded with the majority of plant and animal life extint. The Future of mankind is in jeopardy and its only hope for survival is in the distant past.

The 13-episode series centers on the "Shannon Family" as they join the Tenth Pilgrimage of settlers to Terra Nova, the first colony established in this beautiful yet forbidding land. JIM SHANNON, played by Jason O'Mara a devoted father with checkered past, guides his family through this new world of limitless beauty, mystery and terror.

Upon the Shannon's arrival, they are introduced to COMMMANDER NATHANIEL TAYLOR, the charismatic and heroic first pioneer and leader of the settlement. Taylor, warns the shannon who include ELISABETH SHANNON played by shelley Conn, JOSH SHANNON (Landon Liboiron), MADDY SHANNON (Naomi Scott) and ZOE (Alana Mansour), that while Terra Nova is a place of new opportunities and fresh beginning, all is not as idyllic as it initially appears.

Dari sinopsis dan gazzette cerita ini aku dah dapat lihat sesuatu yang menarik mengenai cerita TERRA NOVA ni. Dengan perbelanjaan yang besar dan penerbit yang pernah menerbit filem-filem BOX OFFICE sudah tentu ia bakal menjanjikan sesuatu yang menarik untuk ditonton. Jadi kepada sesiapa yang suka menyaksi drama dan filem tuh, aku galakkan korang tonton cerita @ drama ini nanti...

27 October 2011

Gear Nob @ Tombol Vs Abangensem mana satu lagi kreatif?

Menarik jugak. Gear Nob @ Tombol Terbaru yang aku perolehi semasa melayari tenet..hehe. Tergelak sakan aku bila pertama kali melihat Gear Nob ni. Tak boleh blah tu, dia punya saiz besar bagak dan gear pulak cuma ada empat sahaja. Memang kreatif siapa yang punya angkara. Layan gambar lawak sesekali ok gak..hehe


Ada yang berminat ker nak tukar gear guna gear seperti diatas? Itulah manusia tak henti-henti dengan idea yang cukup kreatif walaupun tak logik namun ia mampu buat orang tersenyum. Adakah korang seorang yang kreatif? Kalau kreatif meh komen sikit  gambar AE kat bawah ni, apa pendapat korang?


Bagi pendapat aku gambar solo tidak sesuai dengan gambar latarbelakang. Kalau iyer pon pakailah baju smart sikit abangensem oiii..hehe..Ni dah mintak kebenaran empunya gambar untuk dipaparkan kat blog ni. Harap korang boleh bagi komen sikit. Tak kiralah nak kutuk ker, nak puji lebih ker nak apa-apa ajelah. Komen korang Mungkin dapat membantu mereka yang memerlukan..hehe

** korang jangan konpius dengan tajuk kat atas tuh, sebenarnya takde kaitan langsung..hehe

THE ROCK bakal hadir Event Astro B.yond IPTV Hollywood & Celebritie Night di Solaris Mont Kiara

Hah Gempak tuhh. Siapa tak kenal The Rock? Dikhabar-khabarkan beliau bakal menghadiri Event Astro B.yond IPTV Hollywood & Celebrities Night di Solaris Mont Kiara. Tak sangka beliau akan menghadiri Majlis ni. Ingat nak mintak autograph nantilah sebab memang aku peminat No.1 beliau. Entah sudi ke idok..hehe


Tapi The Rock yang aku maksudkan adalah Eyriqazz a.k.a. Mat Tiger dan terkini mendapat gelaran The Rock gara-gara cadangan dari BodyGuard beliau yang menyuruh beliau meniru gaya THE ROCK. Korang agak-agak dia berani tak..miahaha. Maksud aku pakai underwear tertulis THE ROCK lepas tuh kena pakai underwear Belang-belang rimau..kulit ditutupi seluar tight kaler coklat..hehe


MAT TIGER SILA JELES..SAINGAN TERDEKAT ABANGENSEM..MIAHAHA

Tuh dia, sebelum si Eyriqazz kenakan aku, biarkanlah aku bagi bayangan sikit siapakah Selebriti yang bakal aku tiru pada malam itu nanti (Belum 100% Confirm lagi..hehe). Tadaaa...James Bond. Agak mudah sebenarnya tuh yang aku tengah fikirkan lagi ni apa yang patut aku gunakan..meh bagi cadangan (Incik Eyriqazz sila jangan bagi cadangan..wakakaka). Sapa lagi yang pegi niehhh??

Penutup Entri Pantun Khas buat rakan aku ni :

Itu Hari Lu Bikin Panas
Entri Gua Lu buat tak henti-henti
Ini Hari Gua Sudah Balas
Harap Lu Jangan Sakit Hati


Miahahahahaha

Eja DATE Sebut DATA | Tips Buat IbuBapa Muda

Masa cuti Deepavali ni banyak pulak pertanyaan dari anak aku yang bongsu ni iaitu NAJUMA. Sibuk dengan Jam lama abang dia. Dah beli jam dulu entah kemana..adoiiyaii.Tengok nombor dah ok dah tapi masalah tang bahasa englishlah pulak. Nilah dikata biar bergaya tak reti mengeja takpa..adeyy.

MASIH NAK BERGAYA JUGAK

Sibuk tunjuk jam, siap bagitahu pukul berapa lagi.Suruh eja DATE sebutan yang keluar DATA..Adoii..Bila suruh mengeja bukan main lancar lagi tapi bila suruh sebut masih lom faham lagi. Takpe Study Make Perfect. Tips kepada ibubapa yang ada baby tuhh the best time nak beli buku agar anak cepat mengeja seeloknya dari berumur 6 bulan lagi..

NAJUMA BLURR KEJAP 14 PUKUL BAPER EK?

Ini telah terbukti dan aku pernah cuba kat anak aku yang pertama dan keputusan cukup memeranjatkan,umur tak sampai Setahun dah kenal huruf. Saranan aku kepada ibubapa yang muda belilah sebanyak mungkin buku dan biasakan anak-anak bermain dengan buku, Inysallah better result akan anda perolehi..

** Tips terbaik ketika baby dalam kandungan, Perdengarkan ayat-ayat suci ketika baby masih dalam perut lagi dengan meletak earphone kat bahagian perut..Serius ni..hehe 

26 October 2011

Pilihan Tepat Seisi Keluarga Bersama Maggi dan Komen dari Dua Pengkritik

Akhirnya Misi PILIHAN Tengahari tadi berjaya dilakukan walaupun bahan-bahan tidak cukup. Janji menjadi..hehe. Perencah Kari Ikan Maggi diguna dan sebagai penganti untuk ikan,udang sedang besar digunakan sebagai ganti ikan. Aku rasa kalau bahan-bahan cukup mesti terangkat. Seperti biasa aku masak main baling jerr dan ikut resipi sendiri.

UDANG MASAK KARI PERENCAH MAGGI KARI IKAN

Pada pendapat aku Perencah Kari Ikan ni agak pedas sikit tapi kalau nak kurang pedas tambahlah gula atau tomato.Aku takde masalah untuk menikmati juadah ini kerana ia masakan aku sendiri, jadi rasa ikut tekak aku sendirilah yerr..Bagaimana pulak komen-komen dari dua pengkritik tak dijemput? Mehh cuba kita kaji Sikit..


NAJIHAH - Sedappppp!!! (Sambil angkat ibu jari). Ada rasa macam ikan sikit, pedas sikit tapi campur kicap manis mesti sedap. ( lepas tu terus senyap layan makan dek lapar..hehe..adeyyy)


NAJUMA - Nyummm..Nyummm..Nyummm..(Angkat ibu Jari)...tak bersuara dok kerana tak tahan laparrr..hehe. (tengok gambo serombong takleh nak cover langsung..hehe)

Dari apa yang dapat aku katakan mengenai perencah maggi kari ikan ni, walaupun tidak menggunakan bahan-bahan Samping, perencah maggi ni masih dapat memberikan kepuasan bila menikmati juadah. Mudah dan cepat untuk disediakan. Ingat anak-anak aku tak suka, rupa-rupa licin dikerjakan mereka..hehe..Rating untuk perencah ni aku bagi 7.5/10..Oklah tuh sebab aku masak tak cukup bahan..hehe

Tiga Pilihan Sempena Cuti Deepavali dari Maggi Untuk aku hari ni sama ada nak ke taknak?

Ada 3 pilihan untuk aku hari ini dari maggi. Pilihan yang masih dalam perhatian lagi.Masih belum pasti sama ada aku akan meneruskannya atau tidak. Cehh..macam serius jer bunyi ayat aku ni, padahal semuanya mengenai apa yang akan aku masak untuk hari ni sempena cuti Deepavali..hehe


Masakan pertama Nasi Briyani Ayam. Kelas gitu..hehe. Semua main segera jer sebab bahan-bahan dah tersedia, terima kasih pada Produk Maggi yang memudahkan para pengguna untuk mencuba sesuatu yang cepat dan mudah untuk di Masak. Aku tengah dok fikir, nak buat makan tengahari atau malam.


Masak Daging BlackPepper? Cehh..daging tak beli lagi perencah dah standby dah. Ok juga kalau masak Daging BlackPepper ni tapi tak pasti kepedasannya macamana. Takut anak-anak aku yang kecik dua orang nie tak tahan pedas. Akan aku pertimbangkan nanti..masih belum bagi kata putus nak masak atau tidak.


Kari Ikan? Adeyyy..Udang adolah..Kemungkinan besar aku akan cuba masak menggunakan udang sederhana besar kut. Nampak macam best jerr. Hati dah berkata 50% nak masak Udang Kari menggunakan perencah Kari Ikan Maggi ni. Ok nak pi buat servey jap kat anak-anak. Ikut suara Majoriti.

Sungguh mudah sekarang ni kalau hendak memasak. Semuanya telah tersedia cuma nak atau taknak jer.Mood kerajinan pulak dah muncul hari ni sebab hadiah hamper masa Final Blogger MasterChef masih ada yang belum digunakan. Kalau korang diberi satu pilihan berdasarkan perencah diatas yang manakah korang rasa nak masak atau makanan hari ni?

My Nuffnang Story

Saat-saat yang dinanti-nantikan oleh para blogger didalam komuniti Nuffnangers. Yes!! Sememangnya aku juga menanti kehadirannya. Demi untuk mencapaikan impian aku untuk turut serta Event NUFFNANG ASIA-PACIFIC BLOG AWARD 2011 ini maka dengan ini biarlah aku berceritakan tentang "My Nuffnang Story" sejak dari awal penglibatan aku dalam dunia blogging . Diharap Entri ini terpilih dan melayakkan aku untuk mendapat Jemputan Khas nanti.


Bagaimana aku boleh terjebak dikancah blogging? Pasti setiap orang ada ceritanya tersediri begitu juga aku. Segalanya bermula bila aku terbaca kisah Top blogger iaitu REDMUMMY yang ketika itu langsung aku tak kenal yang tengah sibuk menganjurkan Aktiviti "Pot Luck" (Sekitar tahun 2008). Namun belum tergerak lagi hati aku untuk mengenali dunia blogging.


Kemudian aku ter'singgah' disatu blog yang berjaya menarik perhatian aku dengan balasan komen yang cukup bernas sekali.Dari hanya satu soalan peribadi, langsung aku terpikat dalam arena blogging ini kerana menurut naluri aku ketika itu, aku rasa aku mampu menjadi seorang blogger sepertinya.


Maka bermulalah sejarah berblogging aku pada tahun 2009. Hasil teguran,pelajaran yang diterima dari blogger yang pertama kali aku kenal dalam dunia blogging iaitu saudara EYRIQAZZ dan REDMUMMY sebagai pemangkin untuk aku terus bergerak aktif dalam dunia blogging, maka wujudlah blog yang tak seberapa ini yang dikenali sebagai TERATAKARMO.

TERATAKARMO merupakan gabungan nama TERATAK yang lebih kurang bermaksud Pondok @ Rumah manakala ARMO merupakan gabungan nama aku dengan orang rumah aku iaitu Azhar Ramli Mazliana Othman. Maka tanpa menoleh kebelakang aku terus berusaha untuk menjadi seorang blogger yang mampu berkongsi serba sedikit mengenai keadaan sekeliling, keluarga dan macam-macam lagi.

Ok itu serba sedikit mukadimah mengenai asal usul blog TERATAKARMO. Bagaimana pula dengan NUFFNANG? Aku masih ingat lagi Event yang pertama yang aku hadiri iaitu Event Mister Potato. Ingatkan ia lebih kurang macam Event Dinner korporat, rupa-rupanya Event Happening dengan Baju beragam bagai..adeyyy..Teringat lagi baju kemeja warna biru berseluar hitam dan tak dapat dilupakan Misai Kontot si EYRIQAZZ (pertama kali jumpa beliau bersemuka...)


Bermula detik itu aku terus aktif mengikuti Event yang dianjurkan oleh Nuffnang dan juga selari dengan itu aku terus berusaha untuk memperbaiki blog aku ini. Untuk pengetahuan semua blog ini pada asalnya keseluruhan berwarna Hitam (Macam sebuah blog berkonsepkan death metal sebab gelap segelapnya..hehe) Dan sekarang dah terang sikit hasil kritikan dari rakan-rakan blogger.


Kalau aku nak ceritakan tentang kesemua EVENT, AKTIVITI bersama NUFFNANG pasti ada yang boleh pitam..hehe.. Setakat ni apa-apa yang berkait rapat dengan NUFFNANG aku telah TAG dan secara Keseluruhannya terdapat 162 TAG yang berkaitan dengan NUFFNANG. Terus Terang aku tak dapat nak ingat kesemua Event bersama NUFFNANG yang pernah aku hadiri (teramatlah banyak sekali..). Ada yang aku ingat dan ada yang aku kena refer balik blog.

Namun aku ingin berkongsi gak antara EVENT NUFFNANG bersama pengiklan yang paling berharga bagi aku antaranya..


Event Nuffnang bersama GATSBY, iaitu event dimana aku dan rakan blogger bersama-sama mencipta nama dalam usaha untuk memecah dan memegang rekod dalam Malaysia Book of Record untuk Rekod Perhimpunan Blogger Paling Ramai. Cukup membanggakan. 


Event yang cukup happening untuk acara berkumpulan. Penat memang tak ingat punya. Dengan Event ini juga aku telah berjaya bertemu dengan ramai rakan blogger yang baru. Walaupun tak menang hadiah namun aku tetap puas hati kerana acara dikendalikan dengan baik sekali oleh NUFFNANG.


Event NUFFNANG-DiGI antara Event yang kerap aku turut serta. Pelbagai hadiah juga telah aku menangi antaranya Blackberry Bold dan macam-macam lagi barangan. Terima Kasih banyak-banyak kepada DiGi dan NUFFNANG atas segalanya. Memang tak ternilai rasanya kalau dibandingkan apa yang telah aku perolehi iaitu Pengalaman.



Projek Bloggers Wtihout Borders anjuran bersama NUFFNANG-HOTLINK merupakan sebuah pengalaman yang paling indah setakat ni sejak aku bersama bersama Nuffnang. Aku tidak sangka aku dapat pergi Ke FILIPINA . Terima Kasih NUFFNANG-MAXIS HOTLINK  atas kepercayaan yang telah diberikan kepada aku.  

Kesetiaanku dari dulu sehingga sekarang masih tetap utuh bersama NUFFNANG atas beberapa sebab. Antaranya kenapa aku masih setia bersama dengan NUFFNANG sehingga sekarang adalah..

  • Pertama, Aku pernah mendengar cerita mengenai NUFFNANG ini yang dicerita sendiri oleh salah seorang pengasasnya dimana Nuffnang Wujud dari blogger dan dicipta untuk blogger (tahniah kepada Mr.Cool Timothy Tiah & Cheo Ming Shen).
  • Kedua dengan NUFFNANG jugalah aku dapat bertemu dengan blogger-blogger yang sekarang nie menjadi rakan seperjuangan dalam dunia blogging.
  • Ketiga aku cukup teruja bila dapat berkawan dengan para Nuffies kerana mereka sesungguhnya memiliki idea yang cukup bernas terutama bekas Nuffies iaitu ROBB CHEW (really missed this guy) yang banyak membantu blogger-blogger yang kecik macam aku dan tak lupa Nuffies sekarang ni, nak disebut sorang-sorang, teramatlah ramai sangat, senang cerita hampir kesemua Nuffies.
  • Keempat EVENT yang besar yang dianjurkan oleh NUFFNANG jarang sekali aku tak turut serta kerana ia menawarkan kemeriahan dan pelbagai hadiah yang menarik untuk dimenangi.

Sebenarnya banyak sangat sebab tetapi biarlah 4 sahaja aku kongsikan. Apa yang pasti dengan NUFFNANG aku telah mendapat perlbagai pengalaman dan turut serta didalam banyak EVENT anjuran NUFFNANG. Sepanjang bersama dengan NUFFNANG  seribu satu kenangan yang terindah telah aku perolehi dan aku ingin mengucapkan Jutaan Terima Kasih kepada NUFFNANG atas segalanya.

Kali ini aku berharap aku juga dapat turut serta didalam Event yang cukup berprestig didalam dunia blogging ini iaitu NUFFNANG ASIA PACIFIC BLOG AWARD 2011. Para Blogger dibawah naungan NUFFNANG akan berkumpul pada satu masa dan apa yang pasti ia akan menjadi EVENT yang paling meriah pada tahun ini.



25 October 2011

Malunya Aku..

Eee...Malunyerr..Tuhlah aku dah suruh mandi taknak, kan dah jadik bahan. Seminggu sekolah bercuti sempena Deepavali. Punyalah liat nak suruh mandi pagi-pagi..adeyyy. Gelagat NAJUMA segan nak ambik gambo dengan air liur basi..hehe..Balik kalo ditunjuk entri ni mesti muncung panjang sedepa..


Entahlah rasa-rasanya bebudak zaman sekarang ni bila siang hari cukup liat nak bangun pagi atau anak aku jer yang liat bangun pagi? Tuh belum anak aku yang sorang lagi si debab..adeyy.Ada gak hati nak suruh NAJUMA buat blog..hehe..nak latihkan dia buat karangan dalam blog ok tak? Nantilah aku cuba usha NAJUMA.


Dari segi mengeja dan membaca dia dah pandai dah, kalau buat cerita kisah lipas bolehlah kut ( kisah lipas yang aku reka sendiri..hehe). Tapi Najuma ni angin dia memang boleh tahan,Masih menyusu lagi kalo lambat dibuat uihhh mengalahkan orang tua membebel..nak tergelak pun ado..hehe..Apa ubat liat bangun ek..Rotan?

myChef Simply Delicious | Beef Stroganoff With Brown Rice Pilaf

Tak tertahan rasanya. Ingin aku kongsikan Produk yang dihasilkan oleh mYChef ini yang bakal dilancarkan sedikit masa lagi. Resipi dari Chef yang cukup terkenal di Malaysia iaitu Chef ZAM. Resipi Beef Stroganoff With Rice Pilaf betul-betul membuat aku teringin nak cuba sekarang nie. Dari gambaran yang diberikan dah cukup membuat sesiapa sahaja boleh menelan air liur rasanya.


Dari apa yang aku lihat, dengan penggunaan produk ini, sesiapa sahaja boleh menjadi Chef. Yelah dah segalanya mudah dan ringkas. Hanya perlukan Microwave oven korang boleh menikmati kesedapan resipi dari Chef Zam ini. Kalau ada rezeki nanti aku akan tunjukkan bagaimana mudahnya untuk memasak  Resipi dari myChef Simply Delicious  ni terutama resipi Beef Stroganoff With Rice pilaf sentuhan Chef Zam ni.

24 October 2011

Video Kemalangan Maut Marco Simoncelli si MotoGP Sepang

Kemalangan Maut di MotoGP disepang minggu lalu menjadi sejarah dalam bidang permotoran bila sebuah tragedi telah menimpa pelumba dari Italy iaitu Marco Simoncelli bila beliau telah menemui ajal setelah mengalami kemalangan dan kecederaan yang teruk. Memang mengerikan bila aku lihat video yang diperolehi menerusi DENAIHATI ini.Nak update masa kejadian tapi tak sempat, biarlah aku kongsi jugak Video ini.


Memang ia merupakan satu kehilangan yang besar dalam bidang permotoran kerana pelumba ini masih muda dan masih jauh lagi perjalanan beliau, namun ajal terlebih dahulu menjemput beliau. Masih kurang pasti bagaimana Helmet beliau boleh terlucut dari kepala beliau. Mungkinkah beliau akan terselamat sekiranya Helmet masih berada diatas kepala? Mungkin iya dan mungkin tidak kut..

My Happiest Moment

Kontest My Happiest Moment dari Olympus sememangnya dinanti-nantikan kerana ia sesuatu yang setiap orang pernah melaluinya. Bagi aku Apa juga bentuk gambaran untuk menunjukkan My Happiest Moment perlu diambilkira. Bukan Sekadar gambar yang menunjukkan keceriaan semata-mata. Pelbagai gambaran boleh diabadikan dalam mengekspresikan My Happiest Moment.


My Happiest Moment bagi aku adalah sebuah kenangan yang telah berlalu sehingga sekarang masih aku ingati dan akan terus diingati. My Happiest Moment sepanjang kehidupan aku adalah lebih kepada pengalaman aku semasa berpeluang melancung ke Negara orang dan Saat-saat itu adalah bila aku berpeluang pergi ke ISTANBUL, Turkey pada bulan Februari 2006.


Dan My Happiest Moment ini dikongsi dengan rakaman gambar dari aku dengan hanya menggunakan Kamera Olympus C180 beresolusi 5.1 Megapixel dengan LCD sebesar 1.5inch sahaja. Sehingga sekarang aku cukup berbangga dan aku cukup berterima kasih kepada Olympus kerana tanpa Olympus dah tentu detik-detik atau suasana di Istanbul tidak dapat aku rakamkan.


Inilah gambar My Happiest Moment yang ingin aku kongsikan dengan semua (Muka nampak serius tapi dalam hati teramatlah happy sebab berjaya menjejak kaki di ISTANBUL).Terus-terang memang banyak gambar yang cukup menarik dapat aku rakamkan ketika berada di ISTANBUL menggunakan Olympus C180 ini jadi beberapa gambar yang mencerminkan suasana yang cukup indah dan menarik sekali ingin aku kongsikan dengan tema My Happiest Moment.

Burung berterbangan dirakam menggunakan Kamera Olympus C180

Tiga gambar diatas sempat aku rakam semasa perjalanan aku menuju ke Bursa menaiki Feri. Memang perasaan pada masa itu cukup gembira dengan kehadiran Burung-burung Camar yang terbang pada jarak yang dekat sekali. Bukan itu sahaja, aku juga sempat memberi makanan kepada burung ini hanya dengan memberi roti yang dipegang dengan tangan.

Terima Kasih kepada Olympus kerana menceriakan kenangan aku semasa di ISTANBUL dan terkini Olympus dengan baik hatinya telah menganjurkan Kontest kepada para blogger dimana pemenang bakal membawa balik hadiah yang bagi aku cukup bernilai sumbangan Olympus. Antaranya:

Hadiah Utama Tempat Pertama bakal membawa pulang  Olympus PEN Lite E-PL3 Kit

Inilah kamera yang menjadi idamanku sekarang ini dan berdasarkan pengalaman menggunakan Kamera jenama Olympus, aku pasti Kamera Olympus PEN Lite E-PL3 Kit ini akan memberikan kepuasan untuk aku merakam detik detik yang berharga. Dengan Lensa High-Performance Interchangeable-Lens sudah pasti ia membuat aku teruja untuk menguji ketahap maksima kamera ini. Kelebihan yang lain yang aku suka pada Kamera ini adalah :
  • Olympus PEN Lite E-PL3 Kit ini memiliki LCD monitor yang canggih iaitu 3.0-Inch Flip-out Widescreen LCD Monitor. 
  • Built-in Image Stabilization
  • Dilengkapi dengan 12.3 megapixel Live MOS Sensor
  • Terdapat Fast AF System
  • TruePic VI (Juga sesuatu yang baru bagi aku)
  • 6 Jenis Art Filter (Sesuatu yang baru bagi aku).
  • 5.5 fps High Speed Sequential Shooting (merakam gambar pada kelajuan tinggi)
Daripada apa yang aku lihat terutama mengenai spesifikasi Olympus PEN Lite E-PL3 Kit ini, terdapat banyak sekali maklumat yang ingin aku pelajari. Memang aku dapat rasakan ia sebuah kamera yang cukup hebat. Aku harap aku dapat memilikinya satu hari nanti kerana ia mudah untuk dibawa kemana-mana tanpa memerlukan ruang yang besar untuk disimpan.

Hadiah Pemenang tempat Kedua – Olympus PEN mini E-PM1 Kit

Terus terang sekali lagi ingin aku katakan, Olympus sememangnya terbaik. Dengan Hadiah tempat kedua yang ditawarkan ini yang juga tidak kurang hebatnya dengan Hadiah Utama.  Kamera ini juga memiliki lensa High- Performace Interchangeable Lens. Tampak Ringkas, bergaya dan mudah untuk dibawa kemana-mana. 

Untuk Spesifikasi PEN Mini E-PM1 secara ringkasnya hampir sama dengan Spesifikasi PEN Lite E-PL3 Kit. Cuma beberapa bahagian yang tertentu sahaja terdapat perbezaan antaranya berat kamera berlainan. Berat PEN Lite E-PL3 adalah 313gram manakala PEN Mini E-PM1 seberat 265gram.

 Hadiah ke 3 sehingga 5 Olympus PEN Leather carry-all bag

Untuk Hadiah ditempat ke 3 sehingga 5, Hadiah Berupa Olympus PEN Leather carry-all bag akan diberikan kepada pemenang. Apa yang pasti, hadiah yang bakal dimenangi untuk tempat ke 3 sehingga ke 5 cukup menarik sekali, dengan beg kulit sebagai hadiah pastinya menjadi rebutan ramai termasuk aku. Jadi tunggu apa lagi, jom turut serta kat SINI , Siapa tahu mungkin rezeki korang untuk memenangi hadiah menarik ini.

Inilah My Happiest Moment yang sukar untuk aku lupakan. Kenangan yang cukup indah sekali dan telah dirakam  segalanya dengan produk Olympus. Terima Kasih Olympus kerana tanpamu kenangan terindah saat-saat My Happiest Moment ini tak akan dapat dirakam dan diabadikan sebagai Kenangan terindah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails