30 August 2011

Buka Puasa session with Samsung | Entri Kontest

Aku ingin mengucapkan Terima Kasih tak terhingga kepada SAMSUNG dan NUFFNANG kerana menjemput aku untuk turut serta didalam Majlis Buka Puasa session with  Samsung tempoh hari. Kiranya aku beruntung kerana dapat pergi ke Majlis ini. Kalau tak dapat gak datang memang nak jer aku paksa gak NUFFNANG  jemput aku..hehe.. Kenapa aku nak sangat hadir? SAMSUNG tuhhh, nama yang cukup gah sekarang nie terutama dalam gajet telekomunikasi yang terkini.Pengalaman yang cukup menarik.


Gelagat blogger yang turut hadir boleh dilihat didalam entri ini yang mana entri ini merupakan Entri Khas untuk para blogger yang telah menghadirkan diri pada hari itu. SAMSUNG telah berbaik hati untuk menganjurkan KONTEST kepada blogger-blogger yang hadir pada malam itu dan kepada mereka yang berjaya nanti , mereka bakal membawa pulang hadiah dari SAMSUNG. Hadiah menarik tuhh..cer teka cer teka..hehe..Apa-apa pun korang layan pengalaman aku dengan gelagat para blogger pada malam itu..


Kaki makan ni aku tangkap gambar secara rambang. Tengah nak ambik gambar gadis-gadis SAMSUNG. Aku rasa dia dah terpikat ni..hehe..Hazman Fadzil Food Blogger yang tegar dengan Makanan tak melepaskan peluang untuk turut hadir pada Majlis Buka Puasa session with Samsung .

 KUMPULAN CIKLILY & THE GENG SEDANG BERAKSI

Para blogger pada malam itu telah diserikan dengan pelbagai permainan dan salah satunya permainan meneka barangan yang cuba diterangkan oleh salah seorang daripada ahli kumpulan. Memang best dan macam-macam gelagat yang boleh dilihat..


Memang saingan cukup sengit sehingga ada 2 kumpulan telah mendapat mata yang sama. Penentuan dibuat antara dua kumpulan yang memiliki markah yang sama. Tak termasuk kumpulan aku kerana awal-awal lagi dah terkeluar. Ni semua Strategi jahat si EYRIQAZZ nak tengok kumpulan aku kecundang..miahaha..



Diatas adalah kumpulan yang memenangi Permainan ini. Rasa-rasa diaorang kesiankan REDMUMMY kut. Yelah kan kesian tuh sebab tengah mengandung. Takpelah bagilah kumpulan ni menang..hehe..


Permainan diteruskan untuk merebut hadiah yang telah ditawarkan. Aku tak sempat nak turut serta sebab si JESS dan CIKLILY dan kontrol Pentas Permainan..Cehh..melepas lagi aku..


Sebelum mengakhir Majlis Buka Puasa Session with Samsung. Nuffies iaitu FRESH telah dikejutkan dengan Satu kejutan sempena Hari Jadi beliau yang ke 18 tahun..hehe. Pengalaman pertama kali menyambut Hari Jadi bersama NUFFIES. Memang meriah dan menarik sekali Majlis yang dianjurkan. kesemua blogger balik dengan senang hati dan kenyang perut dan diharap SAMSUNG teruskan Majlis seumpama pada lain kali. Thanks SAMSUNG & NUFFNANG

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin

Salam lebaran buat semua, ampun maaf dipinta sekira selama berblogging nie ada perkara yang menyakiti hati korang. Nampaknya line kat kampung di Pantai layang nie agak mengecewakan. Dah macam Chipsmore pulak rasanya kejap ada kejap takde. Apa-apa punya ia tak menghalang aku dari berblogging.


Mungkin dua tiga hari ini akan berlaku pengurangan entri sebab masing-masing sibuk dengan raya. Trafik sudah pasti merundum tapi bagi aku ia perkara normal. Kalau line tak melingkup aku akan updatekan sekitar Hari Raya ala kampung gitu untuk dikongsikan bersama. Kepada Semua diharap Hari Raya ini membawa kebahagian kepada kalian semua.

29 August 2011

Homemade Chocolate Moist Cake Dari Kak G bukan Kenny G ok.

Rezeki diakhir Ramadhan. Terima kasih kepada Kak G kerana sudi bagi Home Made Cake ni kat kitaorang. Sejuk hati lebih-lebih lagi teringat daydeck tengah membakor lemang tapi tak bagi sikit pun kat aku..ciss..terbakorr hati. Nampak cantik jer Chocolate Moist Cake ni.

NOMBOR UNTUK DIHUBUNGI

UIHH MAKAN SAMBIL MINUM TEH TARIK..PERGGH

Kepada pengemar Kek Chocolate Kak G nie memang ambik tempahan untuk Majlis Perkahwinan dan juga Hari Jadi. Sesiapa nak buat pesanan Nombor dah aku paparkan. Kalau korang nak beli kek untuk Hari Jadi aku nanti elok tempah dari sekarang..hehe

Maklumat Trafik Lalulintas Sempena Hari Raya 2011 #Plustrafik

Maklumat Trafik Lalulintas Sempena Hari Raya 2011. Keadaan sekitar Kuala Lumpur Pergerakan jalan lancar kerana ramai blogger dah bercuti balik kampung.Kecuali beberapa blogger masih bekerja termasuk aku..huhu..Takpe janji jalan tak jammed.  Kalau hari-hari camni tak sesak kan elok.

JALAN PERSEKUTUAN BERDEKATAN JAMBATAN GANTUNG SUNWAY..CLEAR

Sepatut Monday Blues tapi hari nie bersemangat nak pegi kerja sebab jalan tak jammed..hehe. Kepada Rakan-rakan yang pulang ke Kampung tuh, Berhati-hati ketika memandu. Sayangilah diri dan keluarga anda. Kalau Ngantuk tuhh sila ambik port kat R&R..jangan korang tidor sampai esok pagi dahlah yerr..hehe.

SIAP BOLEH AMBIK GAMBO MASA MEMANDU..hehe

Aku petang karang baru gerak ke Muor. Jadi Selamat Berhari raya wehh buat korang semua. Nak update blog pun rasa dah malas nie..hehe.. Jumpa lepas Cuti Raya yer..Salam Lebaran buat semua. Jangan lupa ikut #plustrafik info kalo nak tahu jalan jammed ke idak..

Restoran Mek T | Food Review | ChurpChurp #Churpout

Jumaat lepas merupakan penutup Majlis berbuka untuk tahun ini. Lokasi Majlis terakhir adalah di MEK T restaurant yang terletak di Puchong. Terima Kasih tak terhingga kepada pemilik MEK T , TEY CINDY & CHURPCHURP kerana sudi menjemput aku dan orang orang rumah aku ke Majlis tersebut. Apa yang boleh aku katakan adalah Makanan TERBAIK Sehh..


127, Jalan Kenari 23A
Bandar Puchong Jaya
47100 Puchong, Selangor

Koordinat GPRS (N 03 02' 39.0' E101 37' 23.7")

Apa yang dapat aku rumuskan tentang makanan di MEK T ni adalah, makanan cukup sedap dengan citarasa masakan pantai timur (Terengganu). Memang terbaik, Pulut Lepa @ Pulut Panggang, Nasi Sedap Sokmo, Nasi Dagang dan banyak lagi. Korang boleh lihat dari gambar yang aku ambik ni semua makanan rata-ratanya sedap belaka..

 
PULUT PANGGANG @ PULUT LEPA

Rasa cukup menyelerakan. Isi @ Inti aku tak pasti tapi aku tak pernah jumpa lagi Isi@Inti yang cukup lemak dan cukup segalanya. Tak cukup 2 tambah lagi siap mintak kat table yang lain..hehe..Must Try!!

LAKSAM

Laksam cukup sedap. Selalunya aku tak suka layan laksam sebab takut rasa masam..hehe. Tapi Laksam mek t ni segala perisa yang terkandung memang cukup. Rasa Ikan, rasa lemak memang terbaik..Serius aku tak tipu. Memang rasa asli. Diadun dengan sambal belacan perghhh..nyam..nyam..

 
 NASI SEDAPPP SOKMO

Tiga juadah dah aku layan memang tidak mengecewakan. Kali ni giliran  Nasi Sedap Sokmo. Memang Sedap sokmo wehh. Gabungan Rendang Ayam, Sambal Nenas dan Telur Pindang ( Ni aku main hentam jerr..nak tahu korang check out kat website MEK T) Menu aku tak sempat nak hafal daa..

 
 NASI ULAM MEK

Tu dia Nasi Ulam. Terbaikk. Sambal boleh tahan pedas. Kalau diaorang buat Nasi Kerabu mesti tangkap lentok wa cakap sama lu.Tidak mengecewakan sehingga aku dah tahap nak penuh tangki perut aku nak masukkan segala makanan yang ada kat MEK T. Ingat nak repeat sekali lagi. Meh angkat tangan sapa nak belanja aku..nanti aku tunjukkan jalan..hehe

 
NASI DAGANG

Aduhh..bila dah sampai ke NASI DAGANG ni aku dah terasa senak. Pekena air Nescafe ais lepas tuh balun Pulut Lepa,Nasi Sedappp Sokmo, Nasi Ulam Mek mau tak menjerit perut aku. Tapi dek kerana nak gak merasa aku teruskan gak sesi makan. Aduhh nak datang lagi repeat. Nasi Dagang dengan kuah ikan tongkol aduhh Sedapp wehhh..No Pain No Gain..

 
 ROJAK BETIK @ NGONYOK

First time rasa Rojak Betik ni. Not bad at All. Campuran Buah Betik dan sayuran dengan Keropok ikan memang serasi rasanya. Speechless..memang sedap. Senang cerita memang semua makanan sedap-sedap belaka..

PAU GORENG INTI KELAPA

 LOMPAT TIKAM

KUIH AMENDE TAH..hehe

Sebenarnya banyak lagi gambar..cukuplah Menu diatas aku akhiri dengan dessert terdiri dari Pau Goreng, Lompat Tikam dan satu lagi kuih aku tak pasti nama dia..Overall memang ternyata berbaloi kalau makan kat MEK T ni. Harga pulak yang best memang berpatutan dan " No Government & Service Tax" . Aku cukup Puas Hati.. Jom ada masa pi Sergah MEK T dan jangan lupa ajak aku sekali..hehe

28 August 2011

Churpie Si Burung Biru Hadiah Kontest Churp Churp #Churpout

Cute juga si Burung Biru nie..hehe..Anak-anak aku sibuk berebut, masing-masing nak..adeyyy.. Churpie si burung biru ni aku perolehi selepas menang kontest masa kat MEK T tempoh hari dalam kontest siapa paling kreatif ambik gambo makan kat Mek T..hehe..kira aku bertuahlah masa Majlis Berbuka Puasa #Churpout hari tuh..

 

Tadaaa..Cutekan. Tuh yang anak-anak aku berebut semuanya nak. Yang ada cuma satu, nak jer aku kerat 4 bagi setiap bahagian kat diaorang untuk simpan. Memang ikutkan Churpie ni barangan ChurpChurp yang eksklusif. Nak dapat pun susah gak kecuali kalo ada event anjuran ChurpChurp. Kalau korang nak meh Join ChurpChurp diSINI


Mak aiii..brutalnya muka aku..hehe. Korang jangan terpedaya dengan muka brutal aku ni. Walaupun muka nampak brutal tapi dalam hati ada taman besar punya, jadi next time kalo korang terserempak dengan aku jangan tak tegur sila tegur ok, kalau korang tak tegur aku macamana aku nak tegur korang sebab korang tak tegur aku..ehh betul ker..hehe

Duit Raya RM1000 Dari Blog Denaihati 2011

Meh..meh..Blogger Mantop seantero dunia tengah buat kontest ni Duit Raya RM1000 dari Blog Denaihati 2011 tengah bersiaran langsung sekarang nie. Jom turut serta..senang jer..korang ikut format aku ni kalo tak faham. Boleh dikatakan semua blogger boleh turut serta. Blogger Indonesia ker, Kanada ker,Russia kerr semua boleh cuba.Hidup untuk memberi semoga beliau sentiasa dimurah rezeki..



Dahh..Tu jer korang kena buat. Setiap 10 orang pemenang akan mendapat RM100 seorang. Aku bukan nak menang pon..tarikh tutup berubah-ubah..hehe..Selagi ada peluang aku turut serta, takde peluang pun aku turut serta , janji aku bagi sokongan kerana setiap apa yang denaihati anjurkan pasti ada kebaikan disebaliknya..tuh yang utama..Segala Maklumat klik di SINI. Nak senang korang ikut jer apa yang aku buat ni..hehe

Gambar Sekitar Churp Churp Buka Puasa #ChurpOut

Bila dah berjumpa memang kecoh. Tuhlah keadaan yang boleh aku gambarkan ketika seisi Berbuka Puasa di MEK T bersempena #Churpout bersama dengan rakan-rakan Churpers. Terima Kasih kepada ChurpChurp kerana menganjurkan aktiviti yang sihat ini. Entri sekadar berkongsi suasana ketika majlis yang berlangsung yang turut dihadiri Churper yang ngetop dan Top blogger iaitu saudara HAFIZ HAMIDUN dan juga BEAUTIFULNARA.Jom layan gambar ek..


127, Jalan Kenari 23A
Bandar Puchong Jaya
47100 Puchong, Selangor

Koordinat GPRS (N 03 02' 39.0' E101 37' 23.7")

ANTARA BLOGGER YANG SIAP SEDIA UNTUK BERBUKA 

Aku dan orang rumah aku sempat sampai sebelum waktu berbuka. Terima Kasih kepada HILAL kerana bagi aku info mengenai jalan yang sedang mengalami kesesakan. Sampai jer orang tak ramai lagi sebab masing-masing terperangkap dalam kesesakan lalulintas..

MICHELLE DARI NUFFNANG @ CHURPCHURP

KING CHURPER - HAFIZ HAMIDUN 


TEY CINDY (ANAK PEMILIK MEK T @ BLOGGER)

SESI BERGAMBAR SAKAN ( klon Q HAIDAR pun ado..hehe)

Korang tengok, kalo ada event yang dianjurkan  oleh CHURPCHURP mahupun NUFFNANG, sesi bergambar dah semestinya menjadi sesi yang wajib diadakan..hehe..tu yang best kalau jadik Nuffnanger atau Churper nie. Korang dah daftar belum? Kalau belum meh..meh cepat daftar kat SINI, tak kena bayar ponn..

 CHURPERS

Keseluruhan Event cukup meriah sekali. Terima Kasih kepada MEK T kerana menaja Malis berbuka pada kali ini. Terima Kasih juga kepada CHURPCHURP dan NUFFNANG kerana sudi menjemput blogger untuk Majlis ini. Review mengenai makan yang sedap dari MEK T akan menyusul kemudian.

Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin dari ANA RAFFALI buat Rakan-rakan dan Pembaca TERATAKARMO

STICKY ENTRI SEMPENA HARI RAYA EK..


SELAMAT HARI RAYA BUAT SEMUA

Sempena Syawal yang bakal tiba, disini aku sekeluarga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA kepada para pembaca blog teratakarmo dan juga kepada rakan-rakan. Sepuluh jari dihulur,ampun maaf dipinta sekiranya ada yang terasa, terkecik hati, terkasar bahasa dan apa jua yang sewaktu dengannya. VLOG bersama ANA RAFFALI ini ditujukan khas buat kalian semua...layann.

TERIMA KASIH ANA RAFFALI

Terima Kasih tak terhingga kepada ANA RAFFALI kerana sudi menjayakan VLOG HARI RAYA pada kali ini. Diharap dilain hari dapat lepak-lepak lagi dengan ANA RAFFALI kerana beliau sememangnya kepala NGAM HOOOO dan SELAMAT HARI RAYA dan SELAMAT BERJAYA dalam bidang seni hendaknya sampai bila-bila...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails