31 July 2011

HARI KEENAM MISI SETERUSNYA LAGI MENCABAR

Hari keenam hari terakhir aku melakukan tugasan. Tugasan yang memerlukan aku mencari makanan yang cukup mencabar antaranya BALUT EGG yang mana ia merupakan pengalaman aku yang cukup menarik dan cukup..arghhh aku nak cakap macamana pun susah. Nanti korang tengok jerlah gambar BALUT EGG ni macamana. Tugasan terakhir ini adalah mengenai makanan tepi jalan tapi sayang cuaca tidak mengizinkan kerana hujan tak henti-henti disini.

CHEF RASHID ROSETE
 NASI GORENG DAN SATAY AYAM /  DAGING
Tugasan tetap dilakukan namun disebuah tempat seperti sebuah EXPO makanan yang terletak di BONAFACIO HIGH STREET di sekitar kawasan BONAFACIO GLOBAL CITY, Taguig yang digelar MIDNIGHT MARCETO. Pelbagai makanan jalanan dijual disini dan ia tidak HALAL. Alhamdullilah aku bernasib baik kerana terjumpa CHEF RASHID ROSETE yang beragama Islam yang menjual SATAY  &  NASI GORENG. Dan yang paling best dia reti cakap melayu sebab pernah bekerja di Kuala Lumpur.

AKU DAN JOSH BERSAMA STAFF HOBBIT HOUSE

Mengenai Makanan jalanan pula seperti biasa ia tidak halal dan yang menjadi mangsa untuk mencuba dah tentu si JOZEF dan JOSH. Sebelum ke MIDNIGHT MARCETO kitaorang sempat singgah ke sebuah BAR iaitu HOBBIT HOUSE yang cukup terkenal dan unik sekali kerana apa yang menarik adalah pekerja-pekerja mereka terdiri daripada orang-orang kerdil. Mereka ini cukup peramah dan sebelum balik Pengurus HOBBIT HOUSE telah menghadiahkan kami baju HOBBIT HOUSE.

TENGGIRI STEAK HOBBIT HOUSE

Di HOBBIT HOUSE juga kami telah berjaya menemui salah satu tugasan aku kena buat iaitu Review BALUT EGG. Perghhh terbaik dan geli gelaman aku dibuatnya dan dah tentu aku confirm tak makan. Rupa-rupanya BALUT EGG ni adalah sebiji telur ayam yang kira dah ada anak ayam didalamnya direbus dan dimakan bersama dengan garam dan cuka. Serius makanan ini antara makanan yang paling ngeri aku tengok selain daripada Ulat Mulong yang kat BALAW-BALAW. Layan gambar dulu..

BALUT EGG YANG DIREBUS DIKUPAS

NAMPAK TAK ISI DIDALAM..HUHU

TU DIA..PERGHH

ORGAN DALAMAN AYAM @ ISAW ANTARA MAKANAN STREET FOOD DI MIDNIGHT MERCATO

Keseluruhan perjalanan aku berakhir disini dalam menyaksikan pelbagai makanan tradisional orang FILIPINA dan terus terang ingin aku nyatakan disini kebanyakan makanan adalah tidak halal. Aku cuma mengambil gambar sekadar untuk dikongsikan bersama untuk dijadikan sebuah kenangan yang cukup menarik kerana ia  sebuah pengalaman yang cukup bermakna bagi aku kerana dapat menyaksikan masakan traditional FILIPINA. Namun tak semuanya tak halal dan aku juga telah berjaya menemui beberapa makanan halal yang akan aku paparkan nanti mungkin selepas puasa kut...

30 July 2011

HARI KELIMA HUJAN TAK MENENTU MENGANGGU TUGASAN AKU | MANILA CHINATOWN

Hari kelima di Filipina dan task yang seterusnya adalah STREET FOOD. Menurut pekerja Hotel Oxford Suites Makati, STREET FOOD kebiasaannya meriah ketika waktu malam jadi rancangan kitaorang untuk pergi membuat tugasan hanya bermula pada malam hari. Jadi untuk tidak membuang masa aku sempat pergi ke MANILA CHINATOWN yang perjalanan untuk kesana mengambil masa satu jam. Hujan dari pagi merisaukan aku. Namun sempat sampai kedestinasi kira-kira pukul 12 lebih tengahari.

MANILA CHINATOWN

Di MANILA CHINATOWN barulah aku nampak kedai-kedai dikiri kanan jalan. Lebih kurang macam kedai kat Kuala Lumpur gak. Cuaca kat sini tidak menentu kejap hujan lebat kejap renyai. Aku risau mengenai tugasan yang hendak dilakukan sama ada sempat atau tidak. Kalau hujan berterusan kemungkinan tugasan terpaksa dibatalkan. Yelah siapa nak berniaga kat tepi jalan kalau dah hujan lebat. Kat CHINATOWN ni pun banyak masa terbuang disebabkan Hujan.

HUJANNN LAGI..ADOIIYAII

Mengenai MANILA CHINATOWN apa yang menarik perhatian aku adalah terdapat banyak kereta BOMBA kat sini dan kebanyakan ia adalah untuk sukarelawan. Bermacam-macam warna jentera pemadam api kat sini dan ia merupakan satu pemandangan yang jarang-jarang terdapat dimana-mana. Ada yang berwarna Merah, Putih dan Purple. Kawasan MANILA CHINATOWN agak luas dan lenguh gak kaki berjalan. Jalan lebih kurang macam petaling street gak tapi besar.

PELBAGAI JENTERA BOMBA

Kat CHINATOWN ni apa yang aku suka sebab banyak subjek-subjek yang menarik untuk diambik gambar. Tempat makan pun banyak tapi rata-ratanya non halal. Aku dah standby dah makanan tengahari aku iaitu Buah Pisang yang aku beli kat 7 Eleven. Sebiji Pisang berharga 12 Pesos kira-kira dekat RM1 duit Malaysia.

MENU MAKAN TENGAHARI AKU

Seriously aku dah gila ambik gambar yang blurr pada bahagian belakang. Atas tunjuk ajar dari dua orang Mr Blurr iaitu JOZEF dan JOSH. Gambar kat bawah nie aku hanya gunakan kamera compact untuk mengambil gambar dan edit menggunakan Photoscape. Ni yang buat aku geram nak sambar DSLR ni. JOZEF nak jual kat aku CANON EOS 5D dia kat aku dalam RM1,800 jerr..ok tak..hahaha..mengamuk si JOZEF. Body CANON EOS 5D jer tak silap aku RM8,000 lebih..layan dulu gambar ek.


Dah sampai untuk kitaorang balik ke tempat penginapan semula dan untuk balik ke tempat kitaorang dah satu hal sebab jam dah menunjukkan pukul 4 petang dan ia merupakan waktu puncak disini. Jalan sesak tak ingat punya dan untuk mendapat teksi untuk balik agak sukar sebab kebanyakan teksi tak nak ambik pelanggan pada waktu kemuncak. Namun nasib kitaorang agak baik sebab dapat sebuah teksi yang boleh bawak kitaorang balik.Nampak dari jauh awan semakin gelap.

 HUJAN LEBAT SEKITAR HOTEL

Perjalanan mengambil masa sejam lebih gak untuk sampai ke HOTEL dan planning ingat nak pergi ke tugasan seterusnya iaitu STREET FOOD namun tidak dapat dilaksanakan disebabkan hujan lebat dan ramai peniaga tidak berjual disebabkan hujan lebat. Jadi terpaksalah dibatalkan. Jadi misi kitaorang seterusnya luar dari tugasan dan kitaorang pergi ke HARD ROCK CAFE MAKATI sebab aku nak beli baju kat sana untuk koleksi T-SHIRT aku..huhu..nanti sambung entri aku dah laparrrr..


29 July 2011

AKU SUKA GAMBAR NI, THANKS GUYS FOR TIPS

Sepanjang aku berada di Filipina aku cukup seronok tengok dan belajar macamana JOZEF dan JOSH bekerja. Aku korek-korek sikit ilmu ambik gambar dari diaorang dan memang diaorang tak kedekut ilmu. Pengalaman yang cukup berharga. Thanks guys kerana sudi mengajar. Antara beberapa caption gambar yang aku suka.

BAGI AKU GAMBAR NIE CANTIK PADA PANDANGAN AKU

JOZEF THE BLURRR MASTER..HEHE..

 JOSH MY HOMETOWN GUY MR.BLUR GAK..HAHA

Seronok bekerja dengan diaorang nie. Dan yang bestnya JOSH datang sendiri dengan perbelanjaan sendiri. Great guys and really would love to work again with them. Siapa nak buat iklan meh..meh..ambik aku jadi model dan ajak sekali diaorang nie..hahaha..

AMARAN ! ENTRI BERGAMBAR MUNGKIN MEMBUAT ANDA LOYA | BALAW BALAW EXOTIC FOOD RESTAURANT

Task keempat pada hari Khamis bermakna dah 4 hari aku kat FILIPINA. Rindukan NASI LEMAK MENGAMUK..hehe. Hari ini hanya satu task ata tugasan yang dapat dilakukan. Hujan lagi kat sini tak reda-reda. Sekejap hujan lebat sekejap renyai-renyai dan sekejap terang ada matahari tapi renyai. Adoiiyai..tergendala seketika misi aku untuk tugasan keempat. Kali ini task yang cukup mencabar sekali iaitu makan makanan Eksotik..alah makan menatang pelik-pelik tuhh..amacam ada bran..hehe

HUJAN RENYAI SEKETIKA KEMUDIAN HUJAN LEBAT BALIK

Nasib baik plan hari keempat cuma ada satu tugasan sahaja sebab hujan memang tak reda lagi angkara Taufan kut. Masalah komunikasi hari keempat timbul pulak. Aku rasa disebabkan gempa bumi hari tu masih belum selesai lagi agaknya. Tapi takde sekurang-kurangnya aku ada update gak. Misi seterusnya adalah pergi ke sebuah kawasan yang agak jauh dari hotel iaitu perjalanan memakan masa kira-kira dua jam disebabkan kesesakan. Tempat yang dimaksudkan adalah BALAW-BALAW RESTAURANT.

 
BALAW-BALAW RESTAURANT

Kitaorang bertuah kerana dua orang STAFF Hotel Oxford Suites Makati iaitu ANGELA dan MYBRE (Sebutan MURBEE) sudi menjadi petunjuk arah ke lokasi ini kerana senang untuk kitaorang berkomunikasi dengan penduduk tempatan dan rasa mudah untuk kitaorang menjalankan tugas. Ada sesetengah kawasan kami rasa perlu ada bantuan petunjuk arah dari penduduk tempatan demi untuk keselamatan. ANGELA dan MYBRE memang peramah dan kerjasama yang ditunjukkan oleh mereka cukup baik sekali.

ANGELA OF OXFORD SUITES MAKATI

MYBREE (sebutan nama beliau MURBEE seorang bekas Professor)

BALAW-BALAW RESTAURANT adalah sebuah Restoren dimana mereka menyajikan makanan serangga dan binatang eksotik dan juga sebuah Pusat Seni. Pemilik adalah seorang pencinta seni yang cukup terkenal di FILIPINA sebenarnya. Seni yang terdapat didalam Restoran ini antaranya Lukisan, Topeng berwajah manusia dan patung yang diperbuat dari kertas dan banyak lagi. Aku cukup tertarik dengan dekorasi Restoran ini yang lain daripada restoran yang lain.Korang layan beberapa gambar yang sempat dirakam ni ok.

 GALERI SENI BALAW-BALAW RESTAURANT

Bab sajian Makanan Eksotik bermula. Aku baca menu pun cukup ngeri. Yelah dah benda yang memang aku tak pernah tengok sebelum ni kat mana-mana tempat aku pergi dan aku pun bukan boleh makan pun. Aku sekadar cuci mata dengan makanan yang dihidangkan. Uihhh..taknak aku makan benda bukan halal dan pelik nie..hehe. Kalau ada sesiapa yang nak aku tapau aku boleh tapaukan nanti..hehe. Gambar sekadar gambar gimik dari aku..hehe. Jadi disini aku ingin kongsikan makanan yang diaorang nie makan. Kalau geli baik korang jangan tengok ok..

 MENU MAKANAN EKSOTIK

 ULAT MULONG @ ULAT SAGO KALAU KAT MALAYSIA

UOK..ARGHHH..KEMBANG AIR LIUR AKU

Gambar diatas aku rasa orang Sarawak yang berbangsa Melanau pasti suka sebab ia lebih kurang makanan tradisi orang Melanau tak silap aku. Pernah tengok yang hidup sebelum ni, tapi yang dah kena masak belum pernah lagi. Aku dah mula terasa semacam jerr kat mulut..adoiiyaii..dari segi rasa petugas yang ditugaskan untuk makan memberitahu ia terasa sedikit kenyal dan lemak..emmm..arghh

 KATAK GORENG @ NILASING NA PALAKA

Sajian seterusnya adalah KATAK. Aku rasa ada sesetengah kawasan kat Kuala Lumpur menyajikan makanan ni kut tapi aku tak pernah jumpa lagi. Masakan ala-ala KFC gitu. Air liur semakin berkembang..arghhh..VIRUSPADU nak sekilo KATAK nie katanya, nak buat masak Lomak Cili Api..hehe..Komen mereka yang makan, rasa ada persamaan macam rasa AYAM GORENG. Ranggup dan majoriti mengatakannya sedap..

CENGKERIK GORENG @ KAMARO..GLUPPP!

Yeahhh..Ini dia makanan yang aku tunggu-tunggu CENGKERIK GORENG @ KAMARO..berdiri bulu roma aku bila tengok diaorang makan. Terus hilang selera makan aku..adeyyy. Komen dari Tukang Rasa Professional si JOSH..hehe..ia seperti macam makan daging tumbuk. Lama juga nak bayangkan daging tumbuk macamana. Rupa-rupanya macam rasa daging serunding..warghhhh..teruja..aku nak cuba..aku nak cuba..hahaha..

CENGKERIK GORENG SIAPA NAK?

Aaaaaaa...ehem..ehem..certeka..certeka aku makan ke idak CENGKERIK GORENG ni..hahaha..Gulpp!! Kalau buat bisnes Serunding Cengkerik ok tak? Aku rasa nak jer beli untuk si EYRIQAZZ sebab dia bab-bab EXOTIC ni dia paling suka..haha. KAK INA KL nak berapa Kilo, nanti email kat saya ek kalau nak..hehe. MATJOE dan BEANMORENO nanti aku belikan untuk korang buat jajan ek..alah makan sambil tengok TV pun sodap..ahaks

 MENU NI AKU LUPA NAMA NANTI AKU UPDATE..

Makanan diatas adalah menu terakhir pada malam tu. Dari komen yang diberikan, rata-rata mengatakan sedap sebab ia berasaskan lauk makanan laut yang terdiri daripada Udang, Sotong, Ikan, Ketam dan juga terdapat Sayuran kangkung,Telur Masin, Ayam Goreng dan Nasi yang menurut kata JOZEF lebih kurang macam Nasi Goreng.

GAMBAR KENANGAN BERSAMA DENGAN PENGURUS RESTORAN BALAW BALAW

Akhirnya, Selesai sudah misi tugasan ke empat aku kat FILIPINA ni iaitu pergi ke BALAW BALAW RESTAURANT. Mintak maaf tak dapat nak update gambar kat tweet disebabkan liputan tidak begitu jelas kerana kawasan agak tertutup dan Hujan begitu lebat ketika itu dan juga seperti biasa Bateri BB aku habiss..Perjalanan selama hampir 2 jam dan kitaorang habiskan masa kat sini lebih kurang dalam 6 jam cukup mencabar sekali, namun aku rasa puas sebab dapat melihat makanan Eksotik kat sini.

** Special Thanks to both unofficial Tourist Guide who helps me on the task Ms. Angela and Sir Mybre. I appreciate it so much and hope we'll meet again in the future. With this, i award the title of  The Most Lovely,Friendly Citizen of Philipines. Thank Guys..hehe..

28 July 2011

HARI KETIGA FINE DINING KEDUA DI RESTAURANCE CHEF LAUDICO FILIPINA

Misi hari ketiga untuk menyiapkan tugas sekali lagi tergendala beberapa jam disebabkan Hujan Lebat yang dah beberapa hari melanda Makati, Filipina. Nak taknak kena redah gak tetapi tunggu Hujan Reda sikit. Jalan sudah semestinya sesak disebabkan Hujan tetapi tak mematahkan semangat kitaorang pergi untuk menyiapkan tugasan. Kali ini Misi kitaorang untuk tugasan ketiga adalah menuju ke Restaurance Chef Laudico yang terletak disekitar kawasan Bonaficio.

NETSQUARE

Sampai didestinasi seperti biasa hujan tak berhenti. Kitaorang redah gak menuju ke sebuah bangunan yang dipanggil NETSQUARE dimana menurut pakar jalan-jalan iaitu Encik JOZEF dan Encik JOSH selaku pemandu pelancong, jurukamera, financial akauntan, Pembantu peribadi, BodyGuard, tukang tawar menawar tambang teksi dan macam-macam lagi, kemungkinan besar Restaurance Chef laudico berada disekitar bangunan ini.

DEPAN RESTAURANCE CHEF LAUDICO

Seperti apa yang diramalkan, memang betul Restaurance Chef laudico ini terletak di NETSQUARE. Aku rasa diaorang ni juga boleh dikategorikan sebagai Pakar Ramalan..hehe (Entahlah..diorang nie bomoh kut..hehe).  Bomoh era moden guna GPRS..ahaks. Memang tak sesat kalau jalan dengan diaorang nie. Kalau siapa nak berkenalan dengan diaorang nie sila hantarkan resume korang kat aku, nanti aku buat tapisan dulu sebab diaorang nie baik-baik belaka..hehe

GOOD TEAM 5 BINTANG KEJORA PUNYA TEAM

Ok untuk tugasan ini aku tak makan pun sebab atas-atas status makanan yang memang aku tak boleh makan. Jadi biarlah aku bagi diaorang gemuk sikit dan mengambil gambar untuk tugasan aku. Daripada respon yang aku perolehi, memang makanan yang disajikan sedap. Dari segi persembahan makanan cukup menarik. Konsep Fine Dining diketengahkan. Apa yang bestnya adalah layanan dari Pengurus dan Chef Laudico sendiri membuat kitaorang seronok membuat tugasan. Layan gambar dulu ek.

MINUMAN "WATERMELON MIXED WITH GINGER"

UBOD LUMPIA CONE

ANGUS BEEF KARE-KARE

ADOBO OVERLOAD

DESSERT - SANS RIVAL MODERNE

SUMAN & COCONUT PANNA COTTA SAVARIN

CHEF JAC LAUDICO SEMPOIII @ SIMPLE GUY

RESTAURANCE CHEF LAUDICO MANAGER MIA

Keseluruhan tugasan telah berjaya dilakukan di Restaurance Chef laudico ni. Special Thanks to The Owner of Restaurance Chef laudico for the hospitality. Apa-apa pun sepanjang berada disini, setakat ini kami tidak mengalami sebarang masalah dan cukup bertuah kerana setakat ini orang-orang disini cukup membantu. Encik JOZEF kata dia nak lagi..hehe..Cuma keadaan cuaca tidak menentu kekadang menyebabkan segala tweet tergendala sesekali. Harap kitaorang dapat melakukan tugasan yang seterusnya dengan lancar.

** Special Thanks to the Owner of Restaurance Chef Laudico for the great hospitality, the delicious food and great presentation. The marvellous explaination by their staff helps us so much and my collegue feels that they want to come again in the future for the great food by Chef Laudico. Thank you very much.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails