30 June 2011

413.THAT'S AN ERROR. YOUR CLIENT ISSUED A REQUEST THAT WAS TOO LARGE. APA KE BENDA NI?

Satu badan hanggin hari nie. Yelah tengah syiok berblogging tetiba keluarlah pulak message 413 That's an error. Seterusnya tertulis pulak Your Client issued a request that was too large. That's all we know. Dah mengelabah sekejap. Tanya kat rakan-rakan blogger semasa kejadian yang aku alami , diaorang takde pulak masalah.


Dah bosan godek-godek siap hantar kat blogger help untuk meminta diaorang semakkan, aku cuba pulak guna Blackberry untuk masuk laman web aku. Aik bolehlah pulak. Aku suspek browser MOZZILA yang aku gunakan mengalami masalah teknikal kerana bila aku gunakan Google Chrome ok pulak. Apa punca aku masih belum temui jawapannya.

Ada sesiapa yang terrer tak bab-bab teknikal nie? Mungkin boleh dikongsikan bersama kat sini agar dapat dijadikan rujukan bersama. Apa yang penting BACK UP Blog dulu. Yelah kalau hilang ker boleh dapat balik. Bila terkena macam nie, terasa down nak update entri..huhu. Ada tak yang mengalamai masalah yang sama?

** Aku nak tinggalkan komen kat blog rakan-rakan pun tak boleh, mesti gambar robot macam muka KID tu keluar...hehe. Apa-apa pun buat KAK ANIE Selamat Bercoti-coti ingatlah rakan-rakan kat Malaysia nie ek..hehe. Nak kutuk MAT TIGER sebab buat entri SAKIT JIWA  pun tak boleh..adoiyaii tolonglah jangan bikin gua geram..hehe





PULUT MANGGA , LAKSA UDANG DAN MEE TOM YAM PHEWIIT


Tetiba teringat kat Pulut Manggalah pulak. Pertama kali aku dapat merasai Pulut Mangga. Kalau dulu setakat dengar atau baca kat blog rakan-rakan jer, akhirnya aku dapat merasainya. Tuh pun dah dekat dua minggu lepas sempat singgah kat warung sementara yang dimiliki orang thailand ketika singgah di GIANT Klang.

PULUT MANGGA

Lemak dan cukup rasa. Sedap! Kat mana lagi aku boleh jumpa Pulut Mangga nie ek? Selain sempat merasa Pulut Mangga, aku juga sempat mencuba Laksa udang. Rasa kuah lebih kurang macam Kari hijau Thailand pun ada. Memang sedap, tak pedas, tak manis dan tak masin. Semuanya cukup rasa.

LAKSA UDANG

MEE TOM YAM

Pekena juga Mee Tom Yam. Memang Superb. Kalau korang lalu depan aku confirm aku tak tegur punya..hehe.Ada sesiapa tahu tak kat mana Laksa Udang yang paling sedap sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Kalau ada sila bagitahu kat aku supaya senang aku nak suruh MATJOE dan EYRIQAZZ belanja aku..hehe






PEKENA XPOWER CAFE , KUT-KUT BOLEH JADI POWER RANGERS

XPower Cafe produk dari LIFE IS RICH aku perolehi semasa Event MALAM UNIVERSAL MALAYSIA SHOWCASE 2011. Baru sekarang nak cuba. Tengok packing menarik,diserikan pulak oleh Artis Prolifik Malaysia iaitu Afdlin Shauki sebagai Duta mereka kut (tak berapa pasti).

PACKING ADA KELAS

Kalau ikutkan Kotak XPower Cafe ni ada tertulis Powered by Dr.Azizan Osman, alah pakar Motivasi yang tengah hangat tuhh.Rasa-rasanya Produk ni terhasil dari idea dia kut. Semakin berjayalah nampaknya Dr. Azizan Osman ni, begitu juga Afdlin Shauki. Ada juga dengar kisah mereka sebelum ni.

SERBA SEDIKIT MAKLUMAT XPOWER CAFE

Xpower Cafe ni kalau ikutkan rasa ada pahit-pahit sikit. Walaupun takde penjelasan atau maklumat lanjut mengenai kebaikan Xpower Cafe ni. aku berpendapat ia lebih kepada minuman yang memberi tenaga lebihan kepada peminum kut. Alah macam minuman Tongkat Mat Tiger tuhh..opss..Tongkat Ali..hehe..

Untuk XPower Cafe ni tekak aku boleh terima lagi, Kalau pekena masa tengah panas memang best. Dari segi harga pulak,tertulis di Kotak  RM39.90 untuk 15 paket seberat 25 gram. Bermakna 15 cawan dan setiap satu cawan dianggarkan berharga RM2.70. Mahal atau Murah? Layan dulu XPower Cafe ek..ada Powerrr..hehe





RAKAN NIAGA QURBAN DAN AQIQAH (RAQA) | PROGRAM PEMASARAN MENARIK

Sekadar ingin menyebarkan sesuatu yang menarik untuk dikongsikan bersama agar sama-sama mendapat berkat atas penyebaran maklumat ini. Sabtu 18 Jun 2011 telah berlangsung MAJLIS PELANCARAN RAKAN NIAGA QURBAN DAN AQIQAH (RAQA) dimana Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YM Tan Sri Dato' Seri Tengku Ahmad Rithaudeen Tengku Ismail iaitu Presiden Dewan Perdagangan Islam Malaysia.


Majlis ini juga turut dihadiri oleh rakan-rakan kerjasama eQurban iaitu Tuan Haji Muhamad Khanafi bin Husin (Pengarah Urusan Al Ansar Agro Sdn. Bhd.), Tuan Haji Ash’ari (Pengerusi Cambodian Muslim Cooporative – CMC), tetamu jemputan khas dan juga beberapa orang blogger. Pada hari tersebut juga Pihak eQurban telah menyumbangkan Hadiah berupa 3 Unit iPAD kepada pemenang kontest di blog DENAIHATI.


Mungkin ramai yang masih belum mengetahui apa itu Rakan Niaga Qurban dan Aqiqah? Kat sini aku ingin berkongsi serba sedikit maklumat apa yang aku ketahui mengenai rakan niaga ini.Kalau masih kurang jelas korang boleh layari Website mereka iaitu eQurban.com. Program ini merupakan program pemasaran menjual lembu dan kambing untuk tujuan Qurban dan Aqiqah di kemboja.

Program pemasaran dibuat secara affiliate @ online dimana sekiranya anda berminat untuk mencari duit sampingan anda boleh mendaftar sebagai rakan niaga di Website. Apa yang menariknya Pendaftaran adalah percuma dan keahlian seumur hidup. Anda hanya perlu menyebar dan mempromosikan refferal website anda kepada orang ramai.Keuntungan dan komisen anda akan dibayar setiap bulan berdasarkan rekod jualan anda melalui "ONLINE PAYMENT"

Komisen yang diberi adalah berdasarkan jualan anda mengikut bahagian-bahagian yang telah ditempah melalui website refferal anda. Jumlah Komisen serendah RM15 sehinggalah RM105 untuk QURBAN dan RM50 untuk AQIQAH.Harga bahagian lembu untuk korban dan Kambing untuk Aqiqah cukup murah sekali. Ini adalah kerana Lembu dan Kambing adalah ternakan yang telah diusahakan secara bersama Syarikat Al Ansar Agro Sdn Bhd bersama Cambodian Muslim Cooporative – CMC di Kemboja.

Untuk mendapat gambaran jelas korang boleh Layari WEBSITE DISINI. Apa pandangan aku tentang eQurban ? Dari apa yang aku dapat lihat, Program ini adalah merupakan satu program yang cukup berkesan terutama mereka yang ingin menunaikan ibadah KORBAN dan AQIQAH. Program Affiliate rakan niaga pula memberi peluang kepada semua orang untuk mendapat pendapatan sampingan yang tidak membebankan rakan niaga kerana tiada modal diperlukan.

Satu kaedah yang sememangnya memudahkan sesiapa sahaja yang ingin menunaikan hajat mereka untuk membuat QURBAN dan AQIQAH. Dengan Program seumpama ini, sekurang-kurangnya kita secara tidak langsung dapat membantu mereka yang memerlukan bantuan khasnya saudara islam kita di Kemboja.Memang tak rugi pun kalau setakat mempromosikan Program ini.Jadi aku sarankan Jom turut serta dan daftar sebagai rakan niaga eQurban. Untuk mendaftar klik link dibawah.






29 June 2011

KEPUTUSAN TERKINI PERLAWANAN KELAYAKAN PIALA DUNIA 2014 MALAYSIA LAWAN TAIWAN

Sekalung tahniah kepada Pasukan Malaysia. Keputusan Perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2014 telah memihak kepada Pasukan  Malaysia dimana Malaysia telah menumpas pasukan Taiwan dengan jaringan 2 - 1. Satu keputusan yang pastinya mengembirakan penyokong dan peminat Pasukan Bolasepak tempatan.



Jaringan goal oleh Pasukan Malaysia telah dijaringkan oleh Shafiq Rahim pada minit ke-28 manakala Aidil Zafuan Abd Razak pula telah menjaringkan goal kemenangan pada minit ke-55. Aku Rasa harapan Malaysia setakat ini seolah-olah berpeluang untuk melayakkan diri ke Piala Dunia 2014.

Itu pada pandangan aku setakat ini. Mungkin terlalu awal untuk memberi harapan kerana perjuangan masih belum selesai lagi. Harapan aku kepada Pasukan Malaysia adalah buatlah yang terbaik demi  untuk mengharumkan nama Malaysia di Pentas Dunia..TAHNIAH MALAYSIA.




ADA YANG MASIH BELUM FAHAM TENTANG THE CHURP NIGHT RACE?

Mungkin ramai yang tidak tahu bagaimana untuk memulakan perlumbaan CHURPCHURP NIGHT RACE. Jadi disini aku ingin kongsikan bagaimana untuk memulakan perlumbaan ini. Apa yang korang perlu buat adalah langkah pertama adalah daftar di CHURPCHURP. Sekiranya korang dah lama daftar, korang boleh terus memulakan perlumbaan.


Langkah pertama untuk mengerakkan kereta CHURPCHURP korang,korang kena sebarkan link yang terdapat pada CHURPCHURP contoh link aku : http://www.churpchurp.com/armo02/invite  . Sekiranya terdapat unique klik pada link tersebut automatik korang akan mendapat mata yang ditukar menjadi dalam Kilometer. 1 Klik bermakna 1 Kilometer.

Kalau korang nak buat pecutan korang kena yakinkan sesiapa yang belum mendaftar CHURPCHURP sila daftar segera pada link INVITE korang. Setiap pendaftaran baru korang akan memperolehi mata berjumlah 100 atau dalam kilometer korang akan terus memecut sejauh 100 Kilometer. Apa yang penting korang kena rajin sebarkan maklumat atau link CHURPCHURP.

Mudah bukan? Hadiah yang ditawarkan pada kali ini cukup menarik iaitu iPAD2 32GB WiFi, CANON EOS 550D dan HTC Desire. 100 hadiah saguhati berupa 2 keping tiket percuma TGV juga akan diberikan dan Sesiapa yang melayakkan diri dalam 20 yang teratas bakal memenangi hadiah berupa barangan Eksklusif CHURPCHURP. Jadi tunggu apa lagi daftar segera dibawah.



WORDLESS WEDNESSDAY # 2 HAH NI BARU BETUL


WORDLESS WEDNESSDAY #1


RAHSIA BLOGGER BERPENDAPATAN RM4,000 TERBONGKAR AKHIRNYA.

Rahsia Blogger 4K terbongkar akhirnya. Aku malas nak bagitahu siapa biarlah korang main teka..hehe..Gambar diambil  secara rahsia tanpa pengetahuan blogger nie..hehe. Terima Kasih kepada ANONYMOUS bukan HACKER ok yang sempat mengambil gambar ini. Tidak dapat dipastikan sama ada gambar diambil menggunakan teknologi Satelite ker aper.


Mungkinkah ini rahsia beliau sehingga berjaya memperolehi pendapatan sehingga 4k. Tepuk dahi tanya hati. Lokasi dirahsiakan kut-kut ada orang nak geledah bilik beliau nanti..hehe. Adakah suasana persekitaran menjadikan beliau berjaya? Aku tengah suruh Prof BEAN MORENO mengkaji teknik yang beliau guna pakai dalam berblogging..

Pegawai penyiasat MAT JOE pula telah ditugaskan untuk memantau bagaimana beliau boleh berjaya memperolehi pendapatan yang tinggi? Yelah..kut-kut dijual orang ker..wakaka. Tapi dengar khabar angin dulu dia pernah menjadi Tokey dan gelaran tersebut melekat sehingga sekarang..Jap..jap..nak gelak golek-golek jap..hahaha..abislah aku lepas nie..

Cer teka cer teka bilik rahsia siapakah yang telah diterjah kali nie..hehe..Kalau tahu sila rahsiakan atas sebab-sebab keselamatan hak milik empunya bilik..hehe. Aku tengok bilik dipenuhi buku-buku (Mungkin buku Strategi untuk dapat 4k agaknya..hehe). Komputer ada 3 ( Satu untuk empunya, Satu untuk Wife dan Satu untuk anak..hehe).Mintak  Ampun dan Maaf yerr kat empunya bilik sebab ambik gambo bilik..hehe




28 June 2011

TAHNIAH RAKAN-RAKAN BLOGGER ATAS KENAIKAN PAGERANK

Perghh kecoh semalam rakan-rakan blogger dan geng-geng talibarut mendapat perkhabaran gembira bila  Google PageRank masing-masing telah naik. Tahniah kepada semua.Bukan itu sahaja aku juga terkena tempias Google PageRank ini dimana terdahulu Google PageRank aku hanyalah PageRank 3 juga telah meningkat ke PageRank 4. Satu pencapaian tertinggi untuk blog ini. Jadi disini aku kongsikan PageRank beberapa rakan blogger dan Geng Talibarut.
PageRank 4

http://www.kujie2.com
http://www.beautifulnara.com
http://www.redmummy.com
http://www.denaihati.com
http://www.hazmanfadzil.com
http://www.kakinakl.com
http://www.eyriqazz.com
http://www.daydeck86.com
http://www.terbangtinggitinggi.com
http://www.suterablogger.com
http://www.matjoe.com
http://www.shakiddo.blogspot.com
http://www.chearmster.com
http://www.broframestone.com
http://www.kancilbiru.com
http://www.yanmieonline.com
http://www.sharinginfoz.blogspot.com/
http://www.zuriey86.blogspot.com/
http://www.ciklilyputih.com

PageRank 3
http://www.sumijelly.com
http://www.joegrimjow.blogspot.com
http://jmr23.com/
http://ekspresiruang.blogspot.com/

PageRank 2
http://www.phreak-id.com
http://www.sekilass.com
http://www.hilalazmi.com
Apa itu PageRank? PageRank adalah sebuah algoritma yang menentukan status populariti sesebuah Web atau blog. Ia merupakan salah satu fungsi utama dalam pencarian Google @ Google Search yang tak salah aku berdasarkan backlinks. Semakin tinggi backlinks terutama backlinks dari blog yang mempunyai PageRank yang tinggi,semakin cantiklah PageRank korang.

Meh..Kalau ada yang ingin berkongsi PageRank korang boleh tinggalkan link korang kat sini dengan menyatakan blog korang dan berapa PageRank korang. Nanti ada masa aku updatekan kemudian sebagai rujukkan.


WUJUD KE PERKATAAN SINGEH ? AYAT NAJUMA BUAT AKU TERGELAK

Ayat ni siapa yang tahu? Agak-agak ada tak dalam Kamus DBP..hehe..? Tergelak sakan aku mendengar si NAJUMA yang seperti kebiasaannya mulut mengalahkan joyah. Dari kepenatan balik dari kerja jadi segar bila mendengar apa yang cuba disampaikan oleh si NAJUMA.


" SINGEH " Perkataan terpacul dari mulut si NAJUMA bila aku lalu didepan sebuah kedai BAK KUT TEH selepas singgah dari MYMYDIN Kapar. Amendelah yang nak disampaikan aku pun tak faham. Rupa-rupanya beliau nak memberitahu BAK KUT TEH tu diperbuat dari KHINZIR..adoiiyaii..

Punyalah jauh bunyinya,,cehh..penat aku memikirkan apa ke bendelah si NAJUMA nak sampaikan. Bila dah tahu maksud "SINGEH " tergelak sakan aku. Rupanya dah lama dia gunakan ayat tersebut kerana nampak macam sopan sikit..hehe.. Minda kanak-kanak sukar untuk dijangka dan cukup kreatif.




27 June 2011

SUKAN SEKOLAH ANTARA RUMAH NAJIHAH DAN NAJUMA | GAYA BOLEH JADI PELUMBA LARI KEBANGSAAN

Semalam berlangsung Sukan Sekolah dua anak aku iaitu NAJIHAH dan NAJUMA. Teringat zaman sekolah dulu-dulu..hehe. Memang seronok melihat gelagat anak-anak berlari dengan bersemangat. Yang tak tahannya kejap-kejap mintak beli air,kejap-kejap nak makan, macamana nak menang. Apa-apa pun dari segi persediaan dari pihak sekolah cukup menarik dan kreatif. Layan dulu antara gambar yang menarik yang sempat dirakam.

CANTIK DAN KREATIF KHEMAH RUMAH MASING-MASING

Suasana cukup meriah sekali dengan kehadiran para ibubapa sebelum perasmian Majlis. Seawal 7.30 pagi Para Pelajar dah bersiap sedia untuk memulakan perbarisan. Yang teruja sudah tentu anak-anak aku yang mengambil bahagian dalam acara larian dan juga sukaneka.

NAJIHAH TERUJA SEBELUM ACARA SUKANEKA

ACARA SUKANEKA BERKUMPULAN (NAJIHAH TEMPAT KE 2)

NAJUMA BERSEMANGAT SEBELUM BERLARI

GAYA PELAPIS PELARI KEBANGSAAN..HEHE

Keseluruhan walaupun cuma dapat antara tempat kedua dan ketiga, kedua-dua anak aku ni berpuas hati sebab masing-masing dapat bawa balik hadiah. Si NAJUMA semasa membuat larian dah ok dah, cuma pada jarak beberapa meter, tersadunglah pulak hampir-hampir tergolek. Nasib baik boleh kawal,kalau idak memang confirm calar muka..Kepuasan jelas terpancar diwajah mereka masing-masing..tahun depan cuba lagi..nak kena buat latihan kut kalau nak dapat tempat pertama..hehe



MAJLIS HARI JADI ALISYA YANG KE-DUA TAHUN

Majlis Sambutan HARI JADI ALISYA anak kepada blogger 4k iaitu EYRIQAZZ telah berlangsung minggu lepas. Terima Kasih daun keladi kalau HARI JADI ERYIQAZZ boleh buat lagi..hehe..Kebetulan dah takde apa-apa rancangan jadi aku sekeluarga pergilah jengah. Ramai gak talibarut yang hadir. KAK INA KL, DAYDECK, BEAN MORENO, MATJOE  blogger femes pun  ado MAMAZARFAN & BELLA Layan gambar dulu ek.

ONE HAPPY FAMILY

ALISYA MUKA TERGEZUT..HEHE

BANYAKNYER KEK...

SEDAP-SEDAP BELAKA

BLOGGER SUAMI ORANG..APA PUN TAK BOLEH..HEHE

DAH MACAM JEJAK KASIHLAH PULAK MATJOE DAN ANAK..HEHE

AKSI TIGA DARA PINGITAN (NAJIHAH AKSI OVER TUHH..)

Best sebab dapat jumpa geng-geng talibarut. Yang pasti best makan sedap-sedap belaka..hehe..Aku tak makan banyak sebab malu. Aku  sekadar makan 2 setengah pinggan Nasi Dagang jerr..hehe.. Lepas ni siapalah pulak yang nak buat Majlis Sambutan Hari Jadi atau apa-apa majlis. Bolehlah serang ramai-ramai. Tahniah buat Blogger Cilik  ALISYA atas sambutan Hari Jadi yang ke dua tahun..semoga menjadi anak yang solehan hendaknya..



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails