30 April 2011

MAHARAJA LAWAK MINGGU KE 5 | MAT TIGER GERAM LAGI BUKAN AMIR TERKELUAR TETAPI JIHAN

Dah dapat agak dah. Niat MAT TIGER untuk melihat AMIR terkeluar tak tercapai. Aku tak vote memandai jer MAT TIGER kata aku undi. Nie semua SUMIJELLY punya angkara kut dengan pakatan terbaru beliau iaitu BEANJELLY . Patutlah aku ajak taknak masuk panggung rupa-rupanya sibuk Voting rupanyer..

KUMPULAN JOZAN

KUMPULAN SEPAH

NABIL

Kali ini giliran JIHAN pula terkeluar dan AMIR terselamat sekali lagi dek undian SMS Pakatan terbaru iaitu BEANJELLY..hehe..Nampaknya MAT TIGER semakin geram kerana kelibat si AMIR masih ada lagi. Korang rasa siapa yang terbaik sebenarnya minggu nie? Video Kredit kepada guatv.com



SPECIAL SCREENING TGV CINEMAS THOR TEASER

3 Hari in the row. Bermula dari hari rabu sehingga jumaat beberapa event telah disinggahi. Bermula dengan SOFT LAUNCH WORLD BLOGGERS SUMMIT 2011, Press Screening FAST & FURIOUS 5 RIO HEIST dan terakhir Special Screening THOR. Semua event best dan amat penat tahap gaban. Masih terhutang 2 Entri entri terbaru pun terpaksa di lajakkan.


Terima Kasih TGV CINEMAS Especially kepada MR. KENNY & MS CYNTHIA kerana sudi menjemput aku dan rakan blogger ke Majlis Special Screening untuk sebuah lagi Filem yang terbaik iaitu THOR. Semua entri ini akan aku cuba siapkan minggu ni jugak,jadi sabar-sabarlah yer. Serius nak demam pun ada. Yelah dah 3 hari berturut-turut balik lewat memang terasa kepenatan. Jadi bersabarlah ek...




29 April 2011

LIVE STREAMING THE ROYAL WEDDING KAT SINI

LIVE STREAMING THE ROYAL WEDDING. Korang nak tengok Live Streaming tak. Yang Di-Pertuan Agong pun kelihatan tadi nampak dengan Permaisuri Agong. Meriah nampaknya Majlis Perkahwinan ini. Jom Layan Youtube kat link dibawah kalau korang nak tengok Live Streaming.


Adoii ada event pulak malam nie. Tak dapat tengok sampai habislah nampaknya. Korang layanlah dulu ek link kat bawah ni.





MENU SARAPAN HARI INI | NASI KERABU DAGING KUNYIT

Semalam Nasi Lemak hari nie aku try pulak Masakan Pantai Timur iaitu NASI KERABU. Dah lama dah teringin nak makan NASI KERABU ni namun setiap kali kecewa sebab cepat sangat habis. Jadi hari ini aku sempatlah merasa NASI KERABU. Seperti biasa kelaparan membuat aku mintak NASI tambah..hehe


NASI KERABU diserikan dengan Daging masak Kunyit. Memang meleleh. Terlupalah pulak mintak sambal. Keseluruhan oklah, nak kata terbaik takdelah. Tengah mencari NASI KERABU kat mana paling sedap.Kalau time puasa ada sebuah gerai jual NASI KERABU terbaik kat sekitar Jalan Bukit Bintang. Masa bukan bulan puasa tak tahulah pulak kata mana dia berniaga..



FAST & FURIOUS 5 RIO HEIST TEASER

FAST & FURIOUS 5 RIO HEIST Terbaik!!! Wajib di tonton terutama kepada sesiapa yang minat dengan kenderaan berkuasa tinggi, Drift,Racing,Suspen dan macam-macam lagi. Teaser sebelum review lebih lanjut dikeluarkan. Terima Kasih  P14G & NUFFNANG atas jemputan ke PRESS SCREENING untuk FAST & FURIOUS 5 RIO HEIST ini.


Berapa Bintang nanti aku bagi dalam review secara menyeluruh. Apa yang mampu aku katakan memang best. Tak rugi pergi menonton cerita nie. Penat sangat nak buat review waktu nie dek kerana baru sampai rumah. Tengok kalau sempat esok aku cuba buat review untuk dijadikan panduan sama ada korang patut tengok ke tidak..WAJIB TONTON..




28 April 2011

TUTORIAL GUNA PHOTOSCAPE UNTUK BUAT AYAT BLING BLING

Tutorial menggunakan PHOTOSCAPE untuk membuat ayat bling bling..hehe..Alah ayat yang berkelip-kelip macam kat bahagian akhir entri nie yang ada gambo aku dengan kereta tuh.Kalau ada yang tak faham boleh tanya kemudian ek.Langkah pertama korang kena gunakan paint. sila rujuk gambar dibawah untuk langkah seterusnya.


Langkah Pertama : Create File kat PAINT dan SAVE. Katakan nama fail adalah TUTORIAL. Sila rujuk gambar diatas. Selesai membuat File tersebut korang pergi ke Software Photoscape dan pergi bahagian editor. Sampai bahagian editor korang bukak file TUTORIAL untuk membuat perkataan seperti dibawah. Korang tak payah buat frame biarkan ia kosong.


Gambar diatas korang akan perasaan terdapat Frame untuk ayat yang aku buat kerana aku ingin menunjukkan Frame dengan lebih jelas supaya mudah korang faham. Korang janganlah ikut buat frame pulak (tapi terpulanglah korang nak buat frame atau tidak. Ia bergantung kepada citarasa masing-masing.


Gambar diatas setelah ayat diedit. Korang boleh buat Frame jadikan ia seolah-olah back ground putih.Langkah seterusnya untuk membuat ayat tersebut bling bling korang kena pergi ke bahagian AniGif (Toolbar kat atas). Setelah AniGif dibuka korang buka file yang telah korang buat tadi dengan "Drag" file tersebut dan letak kat atas seperti gambar dibawah.


Setelah semua siap korang dah boleh paparkan apa yang telah dibuat. Nak dapatkan CODE dia korang bukak new entri lepas tu korang INSERT IMAGE (cari File Tutorial Gif). Siap untuk digunakan. Korang faham tak apa yang aku sampaikan nie? Serius susah aku nak terangkan secara terperinci.Apa-apa pertanyaan korang tinggalkan kat komen ek. Selamat Mencuba..






MENU SARAPAN HARI INI | NASI LEMAK LAGI?

Hari ni Extra lapar dipagi hari. Semalam sampai rumah memang tak jamah apa pun. Kat Event semalam makan kurang 2 pinggan jerr, tuh yang buat aku lapar pagi nie dan semestinya NASI LEMAK menjadi pilihanku. Pagi nie tadi cuma beli kat kawasan sekitar belakang Bangunan MAS kat Jalan Sultan Ismail. Memang awal pagi dah ramai peniaga NASI LEMAK kat sini.


Menu Sarapan aku pagi nie taklah berat sangat cuma Nasi lemak tambah, Daging masak Kunyit dan Telur Mata..hehe. Berkenan kat Nasi Kerabu..mmmm..esok kalo sempat nak try lak Nasi Kerabu. Dah lama tak pekena. Dah ngantuklah pulak mata nie selepas kekenyangan. Kebiasaannya kalau dah makan pagi aku Skip makan tengahari dan malam. Tapi badan tetap naik..kenapa ek?


PIZZA HUT 50% DISCOUNT? KENAPA TAK PERCAYA? UNTUK MASA TERHAD SAHAJA. TERIMA KASIH EYRIQAZZ

PIZZA HUT 50% DISCOUNT? Kenapa tak percaya? Serius sekarang ni PIZZA HUT tengah buat promosi gempak wehh.. Cepat Sergah untuk masa terhad jer nie. Tak pergi rugi worrr. PIZZA HUT memang terbaik. Promosi berlangsung dari hari Isnin ke hari Jumaat untuk waktu yang terhad jer nie..Meh..meh..kalo pergi ajak aku sekali boleh?


Kalau korang nak tahu maklumat lanjut korang sergah Link kat bawah nie hah. Promosi terbaik tuh. Siapa Cepat dia Kenyang. 50% Discount tuhh..Bawak orang kampung sekali pun untung. Terima Kasih EYRIQAZZ kerana sudi belanja aku dan MATJOE makan PIZZA HUT nanti..Siapa nak ikut? Korang Sergah EYRIQAZZ..wakaka






SOFT LAUNCH WORLD BLOGGERS AND SOCIAL MEDIA SUMMIT 2011 TEASER

Penat baru sampai rumah setelah menghadiri SOFT LAUNCH WORLD BLOGGERS AND SOCIAL MEDIA SUMMIT 2011 kat LUNA BAR. Ramai yang hadiri terdiri daripada para Press dan juga blogger-blogger. Event cukup berinformasi untuk pengetahuan orang ramai terutama Blogger-blogger di Malaysia.


Sempatlah berlaga pipi dengan blogger femes iaitu EYRIQAZZ, TEHTARIKMEMOIRS dan HAZMAN. Turut hadir blogger Ngetop REDMUMMY dan juga BEAUTIFULNARA. TIANCHAD pun ado,MOHD ZAID pun Ado (Ehh kalau aku sebut semua tak cukup satu entri nie. Nantilah aku cerita. Teaser sebelum entri sebenar keluar.

Tak ketinggalan juga thanks to THARA (Staff NUFFNANG) yang CUN yang hadir dengan HUBBY. Adoii ramai nak sebut tuhh. Takpe esok kalau aku ada masa aku update mengenai SOFT LAUNCH nie. Penat amat sangat sebab tadi sibuk layan si MAT TIGER yang nak buat persembahan tapi terpaksa dibatalkan atas sebab-sebab teknikal...wakakaka..

** terserempak FIONA dari MAXIS tak sempat nak bersembang sebab beliau sibuk melayan blogger-bogger lain. Banyak yang nak ditanya mengenai MAXIS 10 tapi tak berkesempatan..huhu


27 April 2011

SEMAKAN KEPUTUSAN PROGRAM MATRIKULASI 2011 | LAMAN WEB UNTUK SEMAKAN

Keputusan Kemasukan Program MATRIKULASI. Esok akan diketahui keputusan yang dinanti-nantikan oleh para pelajar. Teringat masa zaman manual penyemakan pendaftaran kat UiTM Cawangan Sarawak (dulu ITMCS). Pelajar-pelajar sekarang tak payah susah payah. Segala keputusan boleh didapati melalui ONLINE.  Tak macam dulu,kena tunggu abang Posmen depan rumah..Sekarang masukkan nombor giliran SPM dan Kad Pengenalan dah tahu keputusannya.


Keputusan Esok pasti akan membuat para pelajar berdebar-debar. Yelah diterima ke tidak masuk ke Matrikulasi. Apa-apa pun semoga kalian semua berjaya dan kepada yang tidak berjaya diharap jangan putus asa. Cuba lagi selagi boleh. Teringat ada member sampai 7 kali mohon baru dapat masuk. kalau dah rezeki takkan ke mana. Jadi jangan lupa semak esok. kat sini aku letakan laman web untuk para pelajar membuat semakan.

Para pelajar juga boleh membuat semakan keputusan menerusi perkhidmatan SMS yang disediakan dengan menaip perkataan MOE MAT (bukan MAT TIGER yer..hehe) JARAK diikuti Nombor Kad Pengenalan dan hantar ke Nombor 15888. Kalau tak dapat gak cuba pulak hubungi bahagian Matrikulasi di talian berikut 03-88844083 mua pukul 8.30 pagi sehingga 4.30 petang. Semoga Anda Berjaya..




MACAM MACAM | MELAMAR GUNA SILANG KATA

Segmen Macam-macam . Segmen mengenai artikel apa-apa jua yang boleh menarik perhatian orang ramai. Kali ini aku ingin berkongsi mengenai seorang lelaki bernama Corey Newman yang telah melamar kekasih beliau Marlowe Epstein dengan menggunakan silang kata. Ini hasil kerjasama si jejaka dengan pihak Suratkhabar Washington Post.


Apa yang aku terbaca The Washington post juga telah merakam detik-detik melamar ini dari mula sehingga Marlowe Epstein menyelesaikan silangkata yang telah diberikan. Macam-macam gaya lamaran sekarang ini. Kisah ini juga telah dijadikan topik di dalam radio HOTFM hari ini dan ia mendapat respon yang positif dari pendengar.


NASI LEMAK, TELUR MATA DAN SAMBAL SOTONG SUPERB

Sesi bersarapan bersama Jejai..hehe..Kali nie Nasi Lemak diperolehi digerai ditepi jalanan sekitar Jalan Sultan Ismail berdekatan dengan Bukit Bintang. Alah yang berdekatan dengan 7 Eleven kat Bas Stop. Hari ni sempat singgah sebab datang awal sikit. Dah lama nak cuba Nasi Lemak Brother nie. Dulu pernah cuba sekali tapi dah lama dah.


Nasi Lemak tambah, Telur Mata, Sambal Sotong berkuahkan Kari. Komen aku..cukup mantap boleh bikin darah tinggi..hehe. Sambal ikan bilis macam sambal dalam tin tapi bila rasa perghhh Superb, takde pulak rasa sambal dalam tin. Sotong agak keras sikit tapi masih boleh dimakan oleh nenek-nenek yang takde gigi..hehe.Telur mata separa masak memang ngam.


Hari-hari makan Nasi lemak bermakna aku bakal menjadi penternak lemak yang berjaya sikit hari lagi.Kena kurangkan takleh mintak nasik tambah lepas nie..hehe..Kena selang selilah lepas nie. Tapi tarik Nasi lemak tuh aku takleh tahanlah. Adoiiyaii..So far the best Nasi lemak kat mana yang terbaik pernah korang rasa?


26 April 2011

TERBARU DARI SONY , S1 &S2 VERSI TABLETS

Terkini untuk SONY PLAYSTATION. Terbaca artikel bahawa Sony telah rasminya mengumumkan produk terbaru mereka iaitu dua model SONY PLATYSTATION TABLETS yang beroperasi menggunakan ANDROID 3.0 Operating System. Tablet yang dinamakan S1 dan S2 ini bakal dipasarkan sedikit masa lagi.


Spesifikasi setakat ini yang diketahui adalah untuk S1 ia memiliki monitor bersaiz 9.4", WiFi & 3G/4G Compatibility. Ia lebih mirip kepada bentuk iPAD. Maklumat dalaman mengatakan S1 CANTIK dan yang terbaik pernah dikeluarkan oleh Sony. Manakala sebuah model lagi iaitu S2 agak kecil bersaiz 5.5" dan memiliki dual Skrin.

 
Ada yang mengatakan S2 lebih mirip kepada gabungan PSP & DS. Kepada kaki games tuh pastinya tak sabar-sabar menanti produk ini untuk sampai ke MALAYSIA. Harga belum diketahui lagi jadi sabor-saborlah yer buat kaki-kaki game tuh. Aku rasa ok kut kalau ia beroperasi menggunakan ANDROID 3.0. Apa pula pendapat korang?



RAYBAN DIAMONDHARD MADE IN USA IDAMAN KALBUKU

RAYBAN DIAMONDHARD MADE IN USA . Idaman kalbuku..hehe..Serius aku tengah berangan-angan untuk memiliki sebijik kacamata berikut sebagai koleksi namun belum tercapai-capai lagi. Aku ni bab RAYBAN memang berhantu sikit,siap ada blog satu lagi RBCOLLECTOR. Tengah ada offer dengan harga menarik untuk aku dan aku tengah fikir-fikirkan nak beli ke tidak..adoiiyaii..


Harga pasaran ada yang menawar harga pada harga tah apa-apa iaitu mencecah RM2,800.00. Bagi aku harga yang paling ideal yang sesuai dengan kacamata ini dalam lingkungan RM1,400 ke RM1,500 kut.Apa istimewanya kacamata ini? Selain ia barangan yang 'rare' kacamata ini memiliki lense yang dicipta berasaskan teknologi NASA dan ia memiliki SCRATCH PROTECTION SYSTEM.


Lense DIAMONDHARD juga memiliki ketahanan 10 kali ganda dari lense biasa. Dari segi Frame dia pulak, ia cukup solid. Korang boleh tengok kat gambar yang disertakan. Cukup mantap buatannya. Kalau korang pandai dan jaga kacamata ini seelok yang mungkin, tidak mustahil harga pada masa akan datang terus melambung kerana kacamata ini dah tiada dalam keluaran dari RAYBAN sekarang nie.


PERSEDIAAN ROYAL WEDDING PRINCE WILLIAM & KATE MIDDLETON

Persediaan "Royal Wedding Prince William & Kate Middleton" tengah rancak berlangsung. Upacara perkahwinan yang akan berlangsung pada 29 April 2011 ini pastinya akan menjadi upacara perkahwinan yang cukup meriah sekali. Tak ketinggalan jemputan ke Maljis Perkahwinan ini antaranya Yang Di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong Malaysia dan juga Sultan Brunei dan Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha. Layan gambar ek persiapan yang telah dijalankan.


Pastinya Upacara perkahwinan ini bakal disaksikan dan ditontonkan oleh  semua orang seluruh dunia. Menjadikan ia salah satu Perkahwinan di Raja yang mendapat liputan yang cukup meluas. Tak salah aku  saluran di ASTRO juga bakal menyiarkan upacara ini secara langsung( tak silap aku saluran CNN,BBC NEWS kut..). Apa yang pasti ramai blogger bakal membuat liputan mengenai perkahwinan ini nanti.Sejarah bakal tercipta bila rakyat biasa mengahwini Putera di Raja. Dah macam cerita dongenglah pulak..hehe



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails