31 March 2011

NAK JUMPA DATO' SITI NURHALIZA TAK ?

Baru terima pengesahan jadi kat sini aku ingin mengambil kesempatan untuk berkongsi dengan semua dan peminat Dato' Siti Nurhaliza khasnya. Dato' Siti Nurhaliza akan berada di ALAMANDA untuk sesi SIMPLYSITI ROAD TOUR pada hari Jumaat kira-kira pukul 12.00 tengahari. Sapa nak ambik gambo dan beli barangan SIMPLYSITI pada harga DISKAUN korang boleh sergah kat sana Esok.

SALAH SEORANG PEMINAT NO. 1 DATO' SITI NURHALIZA

DISKAUN 25% BARANGAN SIMPLYSITI HANYA DI ALAMANDA

Confirm ramai orang akan berada kat sana esok. Nak tanya Dato' Siti Nurhaliza soalan ker nak bergambar ker boleh sergah disana nanti.Aku ingat nak gi memandangkan esok hari Jumaat melepaslah. Ada sesuatu yang menarik sekiranya korang beli barangan SIMPLYSITI pada harga RM150 keatas. Nak tahu korang kena tanya Staff SIMPLYSITI kat sana nanti. Kalau aku terangkan kat sini nanti korang mesti tak percaya...hehe

Tapi PERCAYALAHHHHHHHH...ewah..hehe




30 March 2011

SIAPA NAK MALAYSIAN GP TICKETS?

Serius aku nak sangat tengok perlumbaan MALAYSIAN GP F1 Grand Prix kat Sepang. Siapa lagi nak tengok? Kat sini aku kongsikan bersama dengan semua macam mana nak dapatkan tiket Free. Tapi ni bergantung kepada rezeki koranglah ek. Aku tengok macam senang jer..Ni hah ada contest hadiah cukup menarik. Aku rasa kalo nak cuba tak rugi,untung lagi ada.


Aku confirm akan cuba nasib dalam Kontest nie. Mana tahu ada rezeki. Perlumbaan dah dekat dah nie. Kalo menang memang boleh bikin Sejarah tersendiri. Apa taknya. Korang tengok jer hadiah yang bakal dimenangi. Aku pulak yang teruja. Harap dapat menang kontest nie. Kat bawah aku sertakan hadiah yang bakal dimenangi. Nak tahu lebih lanjut korang check link kat bawah..

Grand prize x 1 pair:
  • Race Day (Sun, 10 April 2011) Grandstand ticket + Access to Rain Concert
  • Exclusive LRGP Merchandise

Consolation prize x 4 pairs:
  • Qualifying round (Sat, 11 April 2011) Grandstand ticket + Pitwalk (Sat, 11 April 2011 
  • LRGP Merchandise

PROTON EXORA PILIHAN SEKELUARGA , APA PENDAPAT KORANG?

PROTON EXORA pilihan sekeluarga. Cukup luas dilengkapi dengan 7 tempat duduk dan ruang yang cukup besar untuk seisi keluarga macam aku. Dari segi rekabentuk cukup menawan dan membuat hati tertarik untuk memilikinya. PROTON EXORA rekaan yang diiktiraf dimata dunia. Sungguh selesa dinaiki dan mempunyai ciri-ciri keselamatan yang memuaskan.


Tengah terfikir nak sambar satu. Dengar cerita ada tawaran yang menarik RM6,000 bakal dimenangi dan buat pertama kalinya PROTON EXORA akan mengadakan sesi pandu uji tahap V.I.P yang bakal diadakan bermula 23 April 2011. Korang nak cuba nasib tak untuk memenangi RM6,000 nie? Kalau menang jangan lupa saya yerr..Oh ya kena daftar diri dulu sebelum pandu uji.

Apa pendapat korang tentang PROTON EXORA? Meh Kongsi-kongsikan pengalaman korang disini. Untuk Maklumat lanjut mengenai tawaran RM6,000. SIla Klik DISINI




PENIPU INTERNET AKHIRNYA TERSUNGKUR

Akhirnya si penipu yang sering menipu orang ramai tertangkap jua akhirnya. Aku pernah update entri mengenai beliau dahulu AWAS DENGAN INDIVIDU INI | KES PENIPUAN. Tajuk kat Harian Metro Si PAKAR KELENTONG DI INTERNET TUMPAS. Memang mamat nie pakar menipu dan menurut Harian Metro kerugian dicatat hampir jutaan ringgit tuhh.. Gilos betul..

Apa-apa pun tahniah kepada pihak berkuasa kerana telah berjaya menangkap penipu yang telah menipu beratus-ratus orang ini. Diharap selepas nie mintak-mintak janganlah ada lagi manusia macam nie.Kalau tak pasal member aku tertipu oleh orang yang sama hari tuh silap-silap aku pun terkena kalau berurusan dengan penipu nie.

Apa yang aku tahu beliau telah ditangkap disebuah Hotel di Jalan Putra kira-kira pukul 4 petang semalam. Ketika ditangkap beliau bersama dengan seorang lelaki diperkarangan Hotel berkenaaan. Mungkin Lelaki yang bersama dengan beliau tuh pun mangsa kut..tapi tak dapat dipasti.

AKADEMI BLOGGER MENUJU PUNCAK MANA ENTAH...AFUNBLOG DIBUKA SEKARANG

Kehangatan AKADEMI FANTASIA 9 telah membuat aku dapat satu Idea. Agak-agak korang kalau di adakan AKADEMI BLOGGER ok tak? Kat sini aku dah standby dah para pelajar AKADEMI BLOGGER yang bakal berentap untuk musim pertama. Agak-agak DENAIHATI nak sponser tak contest AKADEMI BLOGGER nie..hehe.. Sesiapa yang terpilih secara rambang janganlah mare yerr..sekadar gurauan semata-mata...hehe

PESERTA LELAKI AKADEMI BLOGGER BEAN.M,D'BATMAN, EYRIQ,MEL.R , PO.G DAN MR.T

PESERTA WANITA AKADEMI BLOGGER C.LILY , ROS.KL , NIKKOCIK , NONONO, SUMIKAP DAN RUPEE@RM


Agak-agak kalau benarlah ada Contest AKADEMI BLOGGER siapalah agaknya layak jadi pengetua? Bagi aku KLUBBKID boleh kut jadik Pengetua AKADEMI BLOGGER ni,takpun BEAUTIFULNARA. Nak suruh REDMUMMY tak boleh sebab dia pun dah tercalon sebagai pelajar AKADEMI BLOGGER ni..ahaks3. Ok AFUNBLOG telah dibuka. Sila tinggal Komen kat Entri ni siapa pilihan korang? Mungkin ada yang terkeluar minggu nie (percayalah diri ini..lalalalalala....) wakakaka

** Pemberitahuan. Nama-nama  pelajar bukan nama sebenar,sila jangan terpengaruh..hehe..Entri sekadar ingin menceriakan arena blogging. Harap jangan maree...



29 March 2011

WAJAH 12 PELAJAR AKADEMI FANTASIA MUSIM KE 9

12 Pelajar Akademi Fantasia Musim ke 9 bakal berentap. Aku tengok takde pun orang Sarawak..huhu,kalo tahu aku pegi audition hari tuh..cewahh..hehe. Hampa gak pasal CHEARMSTER and the geng tak masuk AF9. Kalo masuk confirm jadi Raja SMS..hehe. Apa-apa pun aku tengok boleh tahan jugak para pelajar Akademi Fantasia musim ke 9 ni.


Itu dari segi diaorang bergaya tapi suara belum tentu lagi. Ingat tahun ni nak follow perkembangan Akademi Fantasia 9 nie, tapi mungkin disebabkan kesibukan dengan kerja aku cuma memerhati dari jauh jer kut. Agak-agak korang siapa yang akan korang pilih berdasarkan gambar yang aku buat kat atas. Aku Sokong BEAN MORENO boleh..hehe..

** Korang Tunggu Entri Akademi Blogger pulak yerr..kita lihat siapa yang kena..wakakaka



SIMPLYSITI ROAD TOUR SEKARANG DI ALAMANDA PUTRAJAYA

SIMPLYSITI ROAD TOUR ALAMANDA Sedang berlangsung sekarang. Kepada peminat-peminat Dato' Siti Nurhaliza. Jom sergah ROAD TOUR yang berlangsung dari 29 MAC sehingga 3 APRIL 2011. Menurut pegawai pemasaran ada macam-macam aktiviti akan berlangsung nanti. Apa yang bestnya barangan SIMPLYSITI tengah offer 25% yang sepatutnya berakhir 31 MAC 2011. Disebabkan ROAD TOUR ini,promosi dilanjutkan sehingga 3 APR 2011 hanya di ALAMANDA sahaja.

 

Sempat singgah melihat persediaan yang sedang berlangsung di ALAMANDA. Sempat  juga berjumpa akhirnya dengan sorang STAFF SIMPLYSITI  iaitu BECKHY. Staff yang cukup peramah. Korang sergah jer dia confirm dia akan bagi penerangan yang secukupnya kat korang. Kepada peminat-peminat Dato' Siti Nurhaliza pasti tahu mengenai Malam GALA..sesiapa yang nak tahu korang sergah Staff SIMPLYSITI kat ALAMANDA.

BERSAMA BECKHY..CUKUP PERAMAH

ORANG RUMAH BERSAMA INA STAFF SIMPLYSITI..NAK MAKEOVER KORANG CARIK DIA..HEHE

Kepada sesiapa yang bekerja berdekatan ALAMANDA,korang jangan lupa Dato' Siti Nurhaliza akan muncul di ALAMANDA pada Hari JUMAAT ( Baru terima maklumat kehadiran Dato' Siti Nurhaliza tak pasti hari bila..) Pukul Berapa aku lupa pulak nak tanya tadi..adoiiyaii..Untuk pengetahuan semua ROAD TOUR ini akan bermula dari pukul 10.00 pagi sehingga ke pukul 10.00 Malam. Jadi banyak masa untuk korang singgah nanti. Lepas Office hours pun buleh takdak hal punya. Apa yang pasti ada sesuatu yang menarik bila korang singgah kat Booth di ALAMANDA nanti.


Nak tahu..baik korang singgah. Macam-macam ado. Rugi tak pergi..hehe..Aku dah gi dah dan jeng..jeng..jeng..orang rumah aku beli barangan SIMPLYSITI. Harga? Takyahlah ek bagitahu. Aku rasa ok gak produk SIMPLYSITI ni. Tak mustahil bakal pergi lebih jauh mungkin ke arena antarabangsa dalam bidang Kosmetik. Oklah banyak pulak celoteh aku. Nak tahu lebih lanjut korang jangan lupa Singgah ke ALAMANDA secepat mungkin..aku kata Secepat mungkin sebab ada sesuatu yang istimewa..hehe..


** Baru dapat Maklumat Kepada Peminat Setia Dato' SITI NURHALIZA jangan lupa beliau akan berada di ALAMANDA pada hari JUMAAT JAM 12.00 Tengahari...





KEINDAHAN ALAM DITAFSIRKAN DALAM GAMBAR

Entri berunsur Seni sikit..hehe..Aku bab ambik gambar nie paling suka bila ambik gambar pemandangan. Entahlah walaupun muka aku garang tapi dalam hati ada taman..ewahhh..hehe..Kat sini aku ingin berkongsi beberapa gambar yang bagi aku cukup menarik (tak tahulah bagi korang pulak macamana..). Lokasi tempat pengambaran disekitar Pantai Remis,Jeram Klang.


Korang agak-agak, apalah yang dimenungkan wife dan anak-anak aku nie? Jauh nau menung diaorang. Masing-masaing dengan posing tersendiri..hehe..


Yang dua orang nie toksah cerita tak masuk saman. Apa yang dilarang tuhlah yang diaorang nak main. Kaki dah berselut dek termasuk dalam selut secara sengaja..adeyy..anak-anak...

 

Aksi photographer tegar mengambil posisi masing-masing ketika menunggu tengelamnya matahari @ Sunset yang cukup indah. Kebetulan terdapat Satu Kumpulan Photographer dari PJ kalo tak silap aku datang ramai-ramai untuk menyaksikan keindahan Sunset dari Pantai remis.


Gambar yang aku ambik sementara menanti SUNSET. Aku suka gambar nie. Siap tanya Photographer kalau caption camni ,dalam bahasa Photography apa nak dikategorikan ? Salah sorang Photographer kata ni kategori  amende tah, aku dah lupa apa yang dicakap..FRONT kut..entahlah..hehe

 
 

Shoot yang nie paling aku suka. Tenggelamnya Matahari @ SUNSET. Terpaku kejap melihat keindahan alam CiptaanNYA. Terasa kebesaranNYA. Kalo aku ada sebijik kamera DSLR ada gak hati nak buat poster. Takpe ada rezeki nanti akan kumiliki sebijik DSLR. Hah..amacam? Korang sama cam aku gak ker suka dengan keindahan alam..




28 March 2011

SEGMEN SENI LUKISAN | MODEL BIRTHDAY GUY MELROMEO

Segmen Seni Lukisan ini aku tuju khas buat rakan blogger aku, blogger yang tak asing lagi dalam arena blogging tak lain tak bukan MELROMEO. Aku nak bagi kek dia jauhh..nunnnn kat Johore. Apa-apa pun  SELAMAT HARI JADIK ORANG @ HAPPY BIRTHDAY buat MELROMEO..hehe..Jadi aku hadiahkanlah Entri beserta dengan lukisan kat bawah nie hah.


Semoga tercapai segala impian, Semoga terus berjaya, Semoga kahwin cepat, Semoga Kaya Cepat, Semoga..moga banyak lagilah..hehe..Ehh hari jadik bro MELROMEO hari nie ker? Aku main buat entri jer nie sebab aku tengok BLOGGER ARTIS buat entri..hehe..Apa-apa pun Tahniah buat MELROMEO atas Sambutan Hari Jadi yang ke 15 tahun..wakakaka



(GAMBAR )12 PESERTA AKADEMI FANTASIA MUSIM KE 9 @ AF9

12 Peserta AKADEMI FANTASIA MUSIM KE 9 @ AF9 telah diumumkan. Terima Kasih kepada JOE LEE kerana sudi memberi kebenaran menggunakan gambar yang telah diambil oleh beliau. Para peserta untuk Akademi Fantasia musim ke 9 ini terdiri daripada AZRI, LENA, AMER, RAQIB, KAY, AFIF, NERA, ERUL, EKA, AIDA, LAIKA, MIZA. Antara tenaga pengajar yang diumumkan setakat ini yang aku ketahui adalah terdiri daripada vokal teknikal Syafie & persembahan Ning Dalton, drama Adlin, bahasa Inggeris Fatimah Abu Bakar dan tarian Aris.


Demam Akademi Fantasia bakal bermula. Diharap untuk Musim terakhir ini para pelajar dapat memberi persembahan dan vokal yang tidak menghampakan hendaknya. Kalau korang nak tahu nak tengok update mengenai AKADEMI FANTASIA 9 ini aku cadangkan korang rajin-rajin singgah ke blog DISINI. Confirm beliau akan update nanti. Kalau tak caya korang boleh pelangkung aku..hehe. Jadi apa pendapat dan harapan korang terhadap AKADEMI FANTASIA MUSIM KE 9 ini? Korang komen jer mungkin ada pihak yang membaca komen korang nanti..

** Pengetua akan diumumkan pada Konsert Tirai pada hari Sabtu ini. Harap maaf gambar kurang jelas kerana gambar diambil melalui kamera Handphone. Nak gambar cantik korang tunggu nanti ek..


LANDAK OH!! LANDAK OH!! POCOT TAJAM DURINYA

Minggu lepas pegi jejalan kat Pantai Remis. Anak-anak teruja bila dapat tahu ada binatang yang pelik. Aku mati-mati ingatkan Hamster. Rupa-rupanya anak landak. Anak-anak aku sikit pun tak takut pegang landak nie. Nampak cute. Ada tiga ekor kesemuanya dan seekor jenis ALBINO.


Aku baru tahu nama landak dalam bahasa English adalah "porcupine"iaitu gabungan dua perkataan latin yang membawa maksud BABI BERDURI? Adoiiiyaii..kena samak ker nie? Mungkin Istilah sahaja kut namun ia bukan kategori babi.Yelah aku rasa ada yang pernah makan daging landak nie.


Ikutkan landak merupakan haiwan eksotik dan dilindungi oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) kalau tak silap aku. kalau diketahui oleh pihak perhilitan aku gerenti penjual Landak nie kena saman dan landak tersebut kena rampas.


Tapi aku dengar landak nie banyak khasiat. Betul ke? Ada gak yang kata daging landak manis dan lembut, kadangkala rasanya seperti daging arnab.Dilaporkan bahawa semangkuk sup daging landak mampu mencecah RM10 dan pasaran daging segarnya mencecah RM60 sekilogram.


Terdapat satu mitos yang mengatakan bahawa duri landak akan dilepaskan ke arah mana-mana objek yang mengancamnya sedangkan tidak ada bukti ia benar-benar pernah berlaku.Ia hanya mengembangkan durinya yang dikatakan berjumlah 30,000 pada setiap seekor apabila terancam dengan menadah bahagian belakang apabila diancam.

Menarik juga fakta mengenai landak nie.Sapa pernah makan landak weh? Meh cerita kat sini sedap ke idak rasa daging landak nie? Dah kembang air liur aku sebab aku tak reti makan daging landak nie walaupun diaorang kata sedap dan banyak khasiat.



PELIK TAPI BENAR | KAMBING BIRI-BIRI LAHIRKAN ANAK ANJING?

PELIK TAPI BENAR...memang pelik dan kisah ini memang benar-benar terjadi di Negara China. Seekor kambing biri-biri telah melahirkan anak yang sepatutnya berupa anak biri-biri namun satu kejadian aneh bila anak yang dilahirkan lebih menyerupai seekor anak anjing?


Subhanaallah. Inilah kekuasaan ALLAH S.W.T. Pemilik kambing biri-biri tersebut iaitu Liu Naiying berkata ini adalah kejadian pertama sejak 20 tahun beliau membela biri-biri. Beliau perasaan mengenai keanehan ini bila kambing biri-biri yang melahirkan anak berupa anjing ini membersihkan anak yang baru dilahir.


Setelah diperiksa beliau sedikit ketakutan kerana rupa anak biri-biri ini mirip kepada anjing.Memiliki bulu pada badan serupa seperti biri-biri namun mulut hidung mata,jantina dan ekor mirip kepada seekor anjing. Entahlah aku rasa macam ada kesangsian pun ada tapi maklumat telah tersebar kat google. Apa pendapat korang?


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails