12 December 2011

Syarat Kelayakan Permohonan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M)

Borang Permohonan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) telah diperolehi. Saja nak kongsikan bersama Syarat Kelayakan permohonan BR1M (RM500) ni dengan semua.Mungkin masih ramai yang tidak mengetahui mengenainya, jadi elok aku buat entri agar sesiapa yang belum ambik borang tuh sila isi segera.

BORANG PERMOHONAN BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA (BR1M)

  • Syarat Kelayakan :
  • Warganegara Malaysia
  • Lelaki atau Perempuan yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM3,000 dan kebawah.
  • Berkahwin
  • Ibu atau Bapa tunggal yang mempunyai tanggungan.
  • Bujang yang mempunyai tanggungan (dalam rumah yang sama).
  • Warga emas (berumur 60 tahun ke atas) yang sebatang kara dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM3,000 dan ke bawah.
  • Peraturan :
  • Semua ruangan yang berkaitan perlu ditulis dengan HURUF BESAR menggunakan pen dan perlu diisi dalam Bahasa Malaysia.
  • Borang yang telah diisi boleh dihantar ke Jabatan Pembangunan Persekutuan, Sekolah-sekolah terpilih,Cawangan LHDNM yang berdekatan atau dikaunter LHDNM yang telah disediakan.
  • Salinan yang perlu dikemukakan:
  • MyKad / Kad Poli / Kad Tentera
  • Penyata / Slip Gaji terkini bagi pemohon yang menerima gaji sahaja.
  • Waris dan Wakil adalah tidak dibenarkan untuk menuntut bayaran bagi pihak pemohon.

Diharap dengan entri ini ia dapat membantu sesiapa sahaja yang layak untuk memohon bantuan ini. RM500 tuhh, siapa taknak kalau dah layak. Sekurang-kurangnya dapat meringankan perbelanjaan terutama Pasangan yang mempunyai anak yang ramai yang telah bersekolah. Yang bujang ada tanggungan (kedua ibubapa, adik beradik ker) pun layak tuhh. Mehh..dapatkan Borang dengan Segera. Ada yang kata agihan mungkin pertengahan bulan depan (belum dapat disahkan).

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails