Apa yang ingin aku kongsikan adalah lebih kepada niat aku untuk menaikkan semangat para blogger yang inginkan peningkatan dalam menghasilkan pendapatan dengan NUFFNANG. RM5,674.90 itulah yang dihasilkan oleh aku dengan NUFFNANG . Pasti ada yang akan mengata "Alah nak menunjuklah tuhh". YES!! Memang nak menunjukkan kat sesiapa yang masih sangsi dengan NUFFNANG. Inilah berkat Hasil keyakinan aku dengan NUFFNANG.
Tak perlulah aku tunjukkan secara terperinci tapi cukuplah dengan ringkasan pendapatan aku dengan NUFFNANG. Harap jangan ditanya dengan terperinci. Apa yang ingin aku nasihatkan kepada para blogger diluar sana yakinlah dengan apa kamu lakukan dan jangan cepat putus asa (pernah gak terasa..) bila berblogging. Pendapatan ini kalau ikutkan amatlah jauh dari OTAI ni Lagi Jauh dengan BLOGGER ni.
Namun aku tetap berpuashati sebab atas teguran dan nasihat yang bertubi-tubi dari MAMAT ni akhirnya aku mampu juga menghasilkan pendapatan yang bagi aku cukup lumayan. Banyak lagi yang perlu dipelajari dan masih jauh lagi perjalanan berblogging aku ini. Terima Kasih juga kepada NUFFNANG yang memberikan aku peluang untuk mencari pendapatan melalui blog. Yang pasti Tiada ragu lagi kalau bersama NUFFNANG.
Dari pengamatan aku ramai blogger yang aku lihat memiliki follower yang lebih banyak dari aku tetapi sayang, ia tidak digunakan dengan sebaik mungkin. Kepada golongan ini, nasihat aku BELAJAR,BELAJAR, BELAJAR selagi mampu. Pelajari teknik yang banyak dari Blogger INI dan INI dan INI. " Be Smart". Oklah cukuplah setakat ini yang dapat aku kongsikan. Sempena kemasukan tahun 2012 aku ingin ucapkan :
SELAMAT TAHUN BARU 2012 KEPADA SEMUA.
