Gambar Banjir Kilat disekitar Jalan Raja Chulan iaitu dihadapan Bangunan AMBANK semalam menyebabkan lalulintas sesak tahap gaban. Nasib baik perkiraan aku betul ketika hendak keluar menuju ke Bangsar semalam. Kalau tidak memang merana badan kepenatan duduk dalam kereta.Tapi Banjir Kilat semalam tak seterus Banjir sehari sebelumnya.
Aku harap pihak yang berkenaan perlu buat sesuatu. Kalau tidak memang masalah jadinya terutama kepada pemandu-pemandu disekitar Kuala Lumpur. Nasib baik aku sempat sampai ke Majlis Hotlink People Powered Concert YUNA. Hampir dekat satu jam setengah jugalah untuk aku sampai ke destinasi. Kalau kena hujan setengah hari apa agaknya Impaknya?

