Tanggal 11.11.11 pastinya menjadi rebutan ramai pengantin baru untuk melangsungkan perkahwinan. Minggu lepas aku sempat menghadiri perkahwinan Rakan Sebangunan tempat aku bekerja dan menariknya selain daripada tarikh yang cantik, kedua pengantin telah mengadakan persandingan di Dewan Bangunan tempat aku bekerja. Pertama Kali seumpamanya.
Dua sejarah dicipta iaitu pertama Perkahwinan berlangsung pada Tarikh yang cukup cantik dan kedua ini merupakan perkahwinan yang pertama dalam sejarah tempat aku bekerja dimana pekerja bersanding didalam Dewan di Bangunan tempat aku bekerja. Cukup meriah sekali dengan kehadiran tetamu yang dijemput termasuk ketua Pengarah pun turun padang.
Hiasan pada Meja pengantin cukup cantik sekali. Suasana tampak seakan-akan dibuat di Hotel 5 Bintang.Susunan meja tetamu juga cukup menarik. Memang tak pernah dilihat sebelum ini dewan bertukar menjadi dewan yang cukup berseri-seri menanti kehadiran Pengantin baru. Oh ya, kedua pengantin adalah Pekerja disini, tetapi Pengantin lelaki dah bertukar tempat kerja.
KAMAROSZAMAN DAN SOFEA
PENGANTIN DIARAK MASUK KE DEWAN
PENGANTIN BERSANDING DIPELAMIN
Kehadiran pengantin tepat pada waktunya dan cukup menawan sekali bagaikan pinang dibelah dua.Pengantin diiringi oleh pengapit dan pembawa bunga manggar bersama dengan alunan kompang.Suasana cukup meriah sekali dan Pengantin bersanding diatas pelamin yang cantik rekaannya.
Hidangan makanan Nasi Minyak Pengantin menanti para tetamu dan komen ikhlas dari aku mengenai makanan yang disajikan adalah ia antara Nasi Minyak yang terbaik setakat ini yang pernah aku rasa. Cukup rasa segalanya dengan Daging Rendang, Dalca yang kaya dengan daging cincang, Acar buah dan Ayam Goreng berempah.Memang Sedap.
Kepada pasangan pengantin baru Sofea dan Kamaroszaman, aku ucapkan tahniah kepada kalian berdua, semoga perkahwinan ini diberkati dan kekal ke akhir hayat hendaknya.





