Entahlah dah sikap Sestengah Orang Melayu kut kaya dengan PHD. Bukan nak menghina Melayu membabi buta tetapi itulah hakikatnya. Aku rasa sejak dari dahulu lagi kut dah tertanam disesetengah orang Melayu dengan sifat PHD.Sekadar berkongsi luahan dari seorang peniaga disini yang mengadu yang kedai beliau telah dijampi..adeyyy.
Aku ingat dah takde dah perkara sebegini, rupa-rupanya masih wujud lagi sifat dengki mendengki kerana tidak mahu pesaing lebih maju. Si pengadu mengadu orang tak nampak kedai beliau, kawan beliau yang datang mencari kedai beliau pun boleh tak nampak kedai beliau..adoiiyaii. Rupa-rupanya kedai beliau telah ditabur tanah kubur dan macam-macam lagi.
Bilalah hendak berubah? Terutama sesetengah melayu yang terlalu dengki dengan kejayaan seseorang. Ada yang dengki tak bertempat pun ada dan tak difahami motif pun ado. Bukan setakat diluar rupa-rupanya penyakit PHD ini dah merebak ke platform Internetlah pulok..adeyyy. Nantilah jangan sampai aku dapat tangkap. Ada yang menyesal nanti. Jadi renung-renungkanlah..
Aku hanya sekadar Blogger Cap kambing gurun pun nak kena libat gak ker..huhu. Tak kesian ker, nanti kambing gurun aku sapa nak bagi makan..hehe. Aku no hal, sesiapa yang jeles dengan blog kambing gurun aku boleh bagitahu aku dengan segera sebab ada giveaway ni, hadiah boleh claim dari mamat INI..miahaha
Our mission in blogging is all about friendship, don't play-play with us or else we'll play you..kekekeh. Moral of the Story Friendship is stronger than PHD (Perasaan Hasad Dengki).My Advice hati-hatilah jangan diamalkan selalu. Hidup didunia mungkin lepas tapi pernah terfikir tak hukuman diakhirat? Silap-silap kat dunia nanti tuhan tunjukkan.