Terpilih sebagai salah seorang peserta untuk Contest Gadget Impian tajaan Denaihati. Terima Kasih buat Denaihati kerana memilih blog cap kambing gurun ini untuk turut sama memeriahkan Kontest ini.Untuk peringkat pertama, para peserta dikehendaki berceritakan tentang Gadget Impian mereka. Jadi apakah Gadget Impian aku?
Untuk menjadikan Impian aku tercapai untuk Contest Gadget Impian ini, ia bergantung kepada beberapa kriteria yang perlu aku penuhi. Ini disebabkan pemarkahan akan dilakukan untuk menjadikan ia kenyataan. Jadi disini aku harap aku akan dapat sokongan dari rakan semua agar impian aku tercapai.Maklumat mengenainya pada penghujung entri ini.
Gadget Impian aku yang selama ini menjadi idaman adalah Samsung Galaxy SII. Kenapa? Pertama disebabkan dah ada orang nak sponser sekiranya menang hehe...Kedua kerana aku tidak pernah mencuba Smartphone yang berlandaskan Android. Sekarang ni aku cuma biasa mengunakan OS dan selama ni aku hanya mendengar banyak kebaikan tentang Samsung Galaxy SII.
Secara jujurnya nak beli memang aku tak mampu dan untuk pengetahuan semua aku dapat merasa menggunakan BB pun pasal menang Kontest. Aku ni bolehlah dikategorikan Pengguna Handphone bukan tegar. Tetapi untuk misi Gadget Impian ini aku ada sebab tertentu kenapa aku perlu gadjet ini.Antaranya adalah :
- Senang untuk aku update blog dimana jua sebab aku pernah cuba mengekses blog aku sebelum ni semasa Samsung buat Promotion Samsung Galaxy SII. Tapi sayang aku tidak berpeluang mencuba gadget ini selama yang mungkin disebabkan kesuntukan masa, lagi pun Sales Girl kat Booth Samsung dah jeling semacam kat aku sebab agak lama mencuba gadget ini.
- Kepantasan prosessor dual core yang terdapat pada Samsung Galaxy SII dah berjaya memikat aku. Memang aku geram dengan kepantasan yang terdapat dalam Samsung Galaxy SII ni. Lagi pun lepas ni banyak perkara yang ingin aku kaji tentang Samsung Galaxy SII ni. Kalau dah dapat sebijik senang sikit nak buat ujikaji..huhu..
Lain orang lain impian. Masing-masing punya impian. Harapan aku semoga Impian aku ini menjadi kenyataan. Untuk menjadikannya satu kenyataan dibawah ini aku letak antara kaedah yang boleh menjadikan aku salah seorang pemenang..hehe..Harap ada yang sudi membantu aku untuk mencapai Impian aku ini iaitu memiliki Gadget Impian
- Aku perlu menjadi salah seorang 10 orang peserta akhir berdasarkan pengiraan markah nanti.
- Markah dikira pada setiap RETWEET, Like di FB dan Google + (Setiap satu mewakili 1 Markah)
- Selain itu kiraan markah juga dikira sekiranya pembaca memberi komen..huhu..
Jadi disini aku mengharapkan sokongan dari semua agar sama-sama membantu aku untuk merealisasikan Gadget Impian aku ini. Saingan agak sengit namun aku percaya selagi keputusan belum diketahui, harapan tetap ada. Kepada mereka yang sama-sama menyokong aku nanti, aku dahului dengan ucapan terima kasih tak terhingga.
“Contest Gadget Impian anjuran Denaihati.com ditaja bersama oleh Eizil.com, Anarm.net, eQurban.com, Silver Asia Sdn Bhd, Kedai Kak Siti, Rakan Niaga Al Ansar dan Serverfreak“.

