23 November 2011

Aktiviti Memancing Udang Galah Aktiviti Riadah Anak Aku di Miri

Aktiviti di Petang hari kat Miri terutama anak aku si NAJMI. Dah keluarga kaki pancing, kali ini giliran abang aku pula iaitu AZLAN membawa anak-anak aku dan anak beliau pergi memancing Udang Galah. Kedai Pancing Udang Galah menjadi lokasi memancing. Kadar yang dikenakan adalah Sejam RM15 dan Setengah jam RM10.

ANIQ (ANAK ABANG) DENGAN HASIL TANGKAPAN

Aku sampai lambat diaorang dah mulakan dulu. Aku bab pancing tengok mood sebab aku bukan kaki pancing tegar macam adik bongsu aku si AZRUL. Sampai jer kat kedai pancing aku tengok anak aku dengan anak abang aku si ANIQ dah rancak memancing. Bukan main seronok lagi bila pancing mengena.

SALAH SEEKOR HASIL TANGKAPAN

Hanya dapat 2 ke 3 ekor yang besar dan yang lain kecik jer tapi bolehlah kalau digoreng buat sambal Udang Galah. Memang confirm terangkat. Mungkin akan dijadikan juadah untuk makan tengahari nanti.Aku tengok boleh tahan jugak orang datang memancing. Kalau nak memancing kat Sungai boleh tapi kena fikirkan risiko terserempak dengan sang buaya.

ANAK-ANAK AKU DENGAN ABANG AKU

Kesabaran yang tinggi diperlukan untuk memancing Udang Galah ni kerana teknik perlu ada bila memancing. Kalau memancing ikan senanglah. Aku tengok boleh tahan mahal juga harga Udang Galah yang besar kalau nak beli iaitu dekat RM50 gak sekilo.Udang galah yang frozen pun ada dan murah hanya beberapa ringgit jer.

NAJMI MENANTI DENGAN PENUH KESABARAN

Anak aku si NAJMI bukan main seronok lagi memancing. Terkenang aku zaman aku kecik-kecik dulu, sekadar memancing ikan sepat dan ikan puyu ditepi Longkang besar. Bila dah dewasa memancing dan menyerampang Udang ditepian Sungai (tapi risiko amat tinggi terutama bila menyerampang). Hanya menggunakan lampu suluh untuk melihat mata Udang Galah. Silap suluh anak sang buaya pulak yang timbul.

UDANG GALAH HASIL TANGKAPAN ORANG LAIN..HUHU

Tuh dia Udang Galah yang cukup matang. Berat jer seekor dekat 400gram. Tapi Udang ini bukan hasil tangkapan abang aku atau anak aku. Ni hasil tangkapan pemancing yang lain. Aku saja interview mamat yang dapat udang galah yang besar ni dan beliau berkata hasil tangkapan dalam masa 2 jam (RM30). Berbaloi sebab jumlah tangkapan beliau dalam Satu Setengah Kilo..Korang pun ada kenangan manis tak bila memancing..hehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails