01 October 2011

Trafik Penghujung September dan Tips Berguna buat Blogger Baru

Trafik terkini blog teratakarmo dalam proses pemulihan setelah mengalami masalah teknikal.Sebuah mimpi ngeri bila blog tidak dapat dikemasikini sebelum ni dan impak terhadap trafik jelas sekali dan mengambil masa untuk trafik pulih kembali.Tak tinggi mana pun trafik blog ni berbanding rakan-rakan seperti EYRIQAZZ yang khabar angin yang didengar mencecah 5k. Tak kurang hebat juga Chef Spageti iaitu SHAKIDDO yang trafik sentiasa mencanak-canak.Begitu juga ABANGENSEM dan MAT JOE yang trafik mereka melambung walaupun harga hartanah jatuh..


Ada beberapa sebab kenapa aku ingin paparkan trafik aku kali ni setelah sekian lama tak mengemaskininya. Antaranya ada persoalan dari seorang pembaca blog cap kambing gurun ni berbunyi begini.Berapa lama masa diambil untuk aku memperolehi earning 4 angka dengan NUFFNANG? Ok senang cerita aku kongsilah apa yang aku mampu kongsi agar sama-sama dapat merasa pada masa akan datang. Diharap ia dapat membantu korang yang masih baru berkecimpung didalam dunia blogging ni.

  • Berapa lama aku ambil masa tak penting, apa yang penting kesabaran. Selagi percaya kepada kemampuan diri Insyallah lama kelamaan akan dapat juga apa yang dihajati.Cukuplah aku katakan memang lama (Bergantung kepada korang sendiri. Ada tak sampai setahun dah boleh cecah 4 angka)
  • Setiap yang datang tak akan datang bergolek.Kena ada usaha. Maksud aku Perbaiki entri (cari identiti penceritaan). Jangan sesekali membuat entri copy paste.Belajar..belajar..belajar. Itu nasihat utama aku.
  • Sertai event NUFFNANG kerana dengan ini korang boleh mengerat hubungan antara blogger dengan blogger.Bukan senang untuk dikenali oleh NUFFNANG kerana Standard mereka tinggi ( Kelebihan kepada blogger kerana membuat korang lebih maju kehadapan...).
  • Kebanyakan blogger dibawah NUFFNANG memiliki identiti yang berlainan dan itulah ciri-ciri yang menarik kenapa sampai sekarang aku masih setia dengan NUFFNANG.Aku ingin belajar menjadi seperti mereka (masih jauh lagi..)
  • Setkan Minda, korang berblogging semata-mata kerana korang suka berblogging. Jangan fikir sangat tentang earning,kerana korang lagi tension bila asyik fikirkan earning.
  • Rajin-rajin berblogwalking sambil baca blog blogger lain kerana dengan ini korang boleh pelajari apa yang kurang pada blog korang. Tak kiralah dari segi rupa blog korang ker, susunan blog ker, penulisan entri ker dan lain-lain.
  • Pelajari teknik dan taktik berblogging dengan bijak. Fikirkan macamana korang nak mulakan perjalanan blog korang.(Honestly aku percaya dengan trafik tinggi boleh memberi pulangan yang lumayan kepada blog masing-masing). Usaha itu penting.
Inilah sebahagian dari apa yang aku ketahui melalui pengalaman sepanjang aku berblogging.Trafik aku takdelah tinggi sangat, sekadar cukup makan jer. Namun aku masih memikirkan bagaimana aku boleh tingkatkan trafik blog ini sampai ke maksima. Masih lagi belajar. Terima Kasih kepada EYRIQAZZ dan GengTali Barut diketuai oleh KAKINAKL yang banyak membantu aku selama ini.Kalau ada masa aku akan kongsikan teknik dan taktik aku berblogging. Ada pertanyaan korang cer tanya,jangan segan ok. Kalau aku boleh jawap aku akan jawap secara ikhlas.

12 comments:

  1. Sepanjang aku berblog memang tak dapat capai lagi 4 angka cash-out.. tapi kalau campur semua yang dah cash-out memang dah cecah 4 angka..

    Berblog dengan keseronokkan memang dapat menaikan semangat untuk berblog.. tapi kalau dok fikir earning je.. memang lama2 leh tension.. so kalau tak mau tension jgn fikir sgt pasal earning ni.. fikirkan macam mana nak perbaiki penulisan.. betul tak bro..

    P/S : Duit 4 angka tu bila mau open table.. hehehe

    ReplyDelete
  2. Makin meningkat naik tu .. OK la (",)

    www.anastasyea.com

    ReplyDelete
  3. Myvitrd - Lambat laun sampai gak bro. Bulan Sept dgn Okt lepas 4 angka gara-gara advertorial. Setuju dengan apa yang dikatakan..perbaiki kelemahan diri kalau ingin maju.

    Anastasyea - nak berguru dengan Queen SEO camner nak stabilkan trafik..hehe..hampir kembali pulih setelah beberapa hari merundum

    ReplyDelete
  4. Info terbaik bro...
    Mmg kita akan dapat apa yg kita nak kalau kita rajin berusaha...

    ReplyDelete
  5. hmmm,masih blur lagi dengan cara pengiraan Nuffnang terhadap blog-blog yang letak iklan diorang sebabnya trafik blog saya secara purata 2000UV sehari tetapi sehingga kini tidak pernah merasa BE walaupun berstatus Gliterrati.

    ReplyDelete
  6. Uissshhhh.. tingginya trafik. Aku pun baru takat 100 org je sehari walaupun bersandarkan wajah ensem aku tapi takpe, at least aku tau yang ada 100 orang setiap hari yg sentiasa menantikan wajah ensem aku termasuk ko.. hehehe

    ReplyDelete
  7. waahhh tahniah..sy pun masih lagi banyak nak belajar..tahnih bro jai

    ReplyDelete
  8. abang jejai...saya blogger baru...boleh kasi tips tak macam mana nak kasi trafik tinggi macam abang jejai...Saya dah lama mengidam tarfik ghope itu...

    ReplyDelete
  9. tahniah! balit ctok kelak mesti kongsi tip k. :)

    ReplyDelete
  10. perjalananku masih jauh..
    pokcik sila jadi tok guru bertauliah ea lepas ni!

    ReplyDelete
  11. Yang penting enjoy dan happy blogging setiap hari....ade rezeki lebih kita kongsi aper yang boleh ....

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails