28 October 2011

Tips Bila Idea takde, Baca Entri dan Fahami Apa yang nak di sampaikan

Apa aku nak buat tetiba idea untuk menulis blog kehabisan? Korang pernah terfikir tak? Kekadang risau gak memikirkannya. Yelah bila dah biasa berblogging ni, tak buat entri rasa macam ada sesuatu yang kurang dalam satu hari. Hati memberontak nak bercerita kat dalam blog.Paling tidak pun buat apa yang terfikir dalam kepala, macam entri ni..hehe

Esok akan berlangsung Astro B.yond IPTV Hollywood & Celebrities Party.Rasa-rasanya aku mungkin tak ikut tema kut.Entahlah rasa macam takde mood tetiba. Ikutkan hadiah mengancam tuhh TV 32 inch LCD pulak tuhh..Kalau spend baju RM200 ke RM300 untuk menang pun takpe rasanya still berbaloi. Takpelah mungkin bukan rezeki aku.

Esok juga perlawanan penting dalam arena bolasepak, Final Bolasepak  Piala Malaysia 2011 iaitu perlawanan diantara Terengganu menentang Negeri Sembilan. Kalau Piala Malaysia 2010 Kelantan yang menang, tahun ini giliran pasukan manalah pulak. Mesti menarik walaupun aku sekadar mengikuti perkembangan semasa hanya pada saat-saat Last Minit.Korang sokong siapa? Tunggu jerlah keputusan esok.Kompom kaki-kaki SEO juga berentap esok..hehe.

Esok apa lagi yang menarik? Apa menu masakan nak aku sediakan untuk anak aku esok? Ayam Masak Merah?? Mesti anak aku komen..ayam lagiii..hehe. Takpe esok ada pasar pagi aku nak layan window shopping kat pasar pagi tengok segala sayur-sayuran dan segala barang basah. Jadi Esok apa perancangan korang? Aku rasa esok punya cerita esok baru aku nak fikirkan...Selamat Berehat dihujung minggu..

Moral of the Story, Tips Bila Idea Takde korang taip jer apa yang ada dalam kepala korang (termasuk dengan Effek gelak sekali..hehe) maka akhirnya akan menjadi sebuah entri..tak caya cuba sekarang..hehe..Selamat Mencuba dan Selamat Beramalllll..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails