Entri bersambung selepas entri Detik yang dinanti-nantikan Malaysia's First Ever Blogger Masterchef Debaran tahap Maksima dikeluarkan. Meja no 5, itulah meja masakan aku semasa kontest fasa kedua Astro Blogger Masterchef Malaysia di The Cooking House.Masuk pintu dapur aku blurr kejap sebab keadaan agak sesak dengan blogger yang bertanding.
APA DALAM KOTAK??
Debaran semakin kencang bila melihat Kotak Misteri. Tak sabarlah pulak rasanya nak bukak masa tu. Masing-masing mundar mandir meninjau keadaan sekeliling. Segala peralatan masakan, Dapur elektrik,papan pemotong dah sedia menanti aku. Inilah pertama kali aku menggunakan dapur elektrik. Cuak pun ada sebab aku kan orang kampung mana reti nak guna dapur elektrik ni.
BAPAK UDANG TUHH..
Hah ambik kau. Udang lebih besar dari ibu jari tangan aku telah tersedia didalam mangkuk besi.Termenung kejap kerana lama tak masak barangan Seafood.Aku Langsung takde perancangan apa yang nak dimulakan.Tangan dah kesejukan menggigil. Kalau udang tuh boleh bercakap mesti aku tanya dengan udang yang ada didepan aku " Nak masak apa yer cik udang" adeyy..
CHEF RYAN @ JUDGES MEMBERI TAKLIMAT
Sebelum pertandingan dimulakan Chef Ryan Khang membuat taklimat terakhir kepada para peserta. Aku langsung tak ingat apa yang diperkatakan dek kerana otak aku agak beku masa tu disebabkan tekanan pada saat akhir. Namun lama kelamaan segala gemuruh dijiwa aku hilang setelah membiasakan dengan keadaan sekeliling. Nasib baik tak terkucil pada masa pertandingan nak dimulakan.
RAMBANG MATA...
Para peserta diberi peluang untuk memilih apa juga bahan yang telah disediakan. Barangan agak terhadap bergantung kepada peserta apa yang hendak dimasak. Mata aku liar mencari rempah tumis dan alhamdullilh dari kejauhan aku dah nampak buah pelaga. Jadi confirm bahan rempah tumis ada. jadi sekarang sesi memerhati apa bahan yang perlu diambil nanti.
MUKA SERIAWWW..HUHU
Akhirnya barangan yang aku inginkan untuk masak memasak memang ada, cuma beberapa bahan sahaja aku kekurangan. Korang jangan pandang gambar muka aku kat atas tu lama-lama, malu pokcik..hehe, muka cuak sebab tak tahu apa nak dimasak..huhu..Nampak jer muka ceria dalam gambar tapi kalau dikutkan semuanya sekadar coverline nak hilangkan darah gemuruh sikit..Misi masakan bermula tapi aku sambung entri kemudian ekk.
to be continued..
Memang hebat penangan Astro Blogger MasterChef Malaysia ni.Ini baru untuk blogger, kalau yang betul-betul rancangan MasterChef Malaysia lagi gempak rasanya. Memang wajib ditonton dan sesuai ditonton oleh semua lapisan Masyarakat. Maklumat mengenainya seperti dibawah..Oh ya jangan lupa kongsikan Maklumat ini dengan semua ek. Anda hanya perlu SHARE ENTRI ini agar sama-sama tidak ketinggalan
Rancangan – MasterChef Malaysia
- MasterChef TX akan ke udara bermula dari 22hb Oktober 2011, Setiap Sabtu - Rabu, 9.00pm. Master Class akan disiarkan setiap hari Jumaat, 9.00pm.
- Program Channel – Astro Ria (Channel 104)
- Official Site URL - http://www.astro.com.my/portal/master-chef
- Facebook Page - http://www.facebook.com/MasterChefMalaysia
- Twitter Link – www.twitter.com/MasterChefMY




fuhh..memang teruja..dah ala2 artis pun ada je jai ni..hik3..next time jgn lupa bawa rcw ya bro..
ReplyDeleteJai,
ReplyDeleteMemang nampak putih muka ko he3...muka 1000 tekanan he3
tapi kalau tangan dah biasa dekat dapur bro.. campak menu apa pon mesti boleh punya.. dan sekarang dah terbukti.. yang hang memang layak jadi chef lepas ni..hehehe
ReplyDeletemmg stress kan time tuh..nak2 ble sume org amik bahan cam tau je nk masak ape..hehe
ReplyDeletepatut lerr senyap jerr drpd donia twitter... hahaha!!....
ReplyDeletewohoooo......ghupe dan gaya dah memang dah ada...gluck deh
ReplyDeletehttp://wanwidget.com
ReplyDeleteharap bro memang ok
Eyriqazz - Hahahahaammpehhhlah kalo bwk RCW ..hehe
ReplyDeleteAzman - Wakakaka..memang kecut wa cakap lu..nasib baik tak kena lemah jantung..hehe
Myvitrd - Uihh bro finale takleh main campak-campak tuh...hehe
strawberi - Tahu takpe..hehe..tapi perasaan seronok masak ramai-ramai ok gak..hehe..
RinnAzrinah - Abihh..hehe..tok tengah promo sokong MasterChef ni kasik gegarrrrr..hehe
ayuarjuna - Adeyyy..rupa serius orang pun takut nak rasa masakan kita..hehe
Wan - Terima Kasih bro..mudah-mudahan dipermudahkan..huhu