04 October 2011

Gua Tempurung Keindahan Alam Semulajadi Memukau mata

Saja nak dikongsikan dengan semua. Kisah ni dah berlaku beberapa minggu lepas bila orang rumah aku pergi Kursus anjuran Syarikat beliau.Semasa berkursus di Trolak beliau berkesempatan untuk menjelajah Gua Tempurung. Aku sendiri tak pernah sampai Gua Tempurung.Memang beruntung cuma sayang aku tak dapat ikut sekali. kalau pergi mesti banyak gambar keindahan semulajadi aku ambik..


Orang rumah aku berkesempatan mengambil gambar didalam Gua Tempurung. Kualiti gambar agak terjejas, mungkin disebabkan cahaya kurang kut. Lagi pun ambik gambar pakai Kamera Kompak jer. Tapi aku tengok cantik juga suasana didalam Gua Tempurung ni. Kalau ada rezeki nak jer aku bawak anak-anak aku pergi menjelajah Gua Tempurung nie untuk menyaksikan keindahan Alam Semulajadi. Layan dulu gambo ek.

SESI WAJIB POSING DULU..HEHE

KADAR YANG DIKENAKAN

MAKLUMAT TREK GUA TEMPURUNG

SUASANA DIDALAM GUA

Bila aku lihat gambar dalam Gua Tempurung ni, teringin pulak nak merasai suasana kat dalam gua. Mesti sejuk dan suasana mesti nyaman. Kalau buat blogger Gathering kat dalam gua ni pun ok gak ek..hehe..Ada yang pernah masuk Gua Tempurung tak? Ini jajahan Bro Framestone mungkin dia tahu kut serba serbi tentang gua ni..

5 comments:

  1. Gua tempurung tak pernah masuk.. gua lain pernahlah aku jelajah.. hahaha

    ReplyDelete
  2. Setakat nie aku pernah masuk GUA KELAM jee....

    ReplyDelete
  3. Boleh la Gua Tempurung buat Blogger Gathering..

    ReplyDelete
  4. gua tempurung? pernah g mase kursus kat kedah dulu kalo x silap... tp gua itik lg mencabar... air paras tengkuk gajah...

    ReplyDelete
  5. aku dah pergi jelajah dah.. masa lepas spmv dulu.. hehhee

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails