Penangan Angry Birds.Permainan inilah yang tengah hangat dilayan anak-anak aku sekarang. Bangun awal semata-mata nak main permainan ni.Adoiiyaii. Buat masa sekarang perjanjian telah diikat, mereka cuma boleh bermain Angry Birds Mengikut peraturan aku. Hanya boleh main pada Hujung Minggu dan Kalau aku nak guna Laptop secara Automatik diaorang kena berhenti (Kuasa Veto..hehe)..
NAJUMA awal pagi dah bangun. Semalam dah menangis sebab aku tak bagi main Angry Birds. Yelah dah perjanjian dibuat cuma boleh main hujung minggu Sahaja.Pagi-pagi dia layan sorang-sorang main Angry Birds. Tuh pun lepas aku gunakan Laptop dan aku nak keluar Window Shopping kat Pasar Pagi jap. Jadi dia gunakan Laptop Sepenuh masa yang ada untuk bermain sebelum aku balik.
Aku balik jer, giliran aku pulak menggunakan Laptop. Jadi nak taknak NAJUMA kena mengalah sebab dah terikat dengan perjanjian. Aku bagitahu lepas aku update blog baru dia boleh main. Dah Laptop tak dapat digunakan iPHONE pulak menjadi Mangsa..adoiiyaii. Korang tengok jerr..masalah gak nieh sebab suruh mandi asyik tertangguh-tangguh jerr..aduhh anak-anak.
NAJUMA punya khusyuk layan Angry Birds ni bila aku ambik gambar pun dia buat derkk jer. Memang penuh dengan konsentrasi. Harap-harap tahun depan masuk Sekolah Darjah Satu belajar pun mintak-mintak NAJUMA boleh beri tumpuan sepenuhnya terhadap mata pelajaran. Konsep aku senang jerr..seimbangkan Bermain dan Belajar, kalau asyik belajar pun takleh gak dan kalau terlebih bermain pun susah pulak nanti.

