22 September 2011

Soalan Percubaan Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah 2011 (PMR 2011)

Aku rasa sebagai seorang ayah pastinya sentiasa berdebar-debar lebih-lebih lagi bila saat hampirnya Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah 2011 yang bakal dihadapi oleh anak aku yang sulung. Hanya doa dipanjatkan  dan tawakal semoga anak aku ini beroleh kejayaan. Nasib baik ada rakan-rakan blogger yang bertugas sebagai Cikgu sudi berkongsi soalan-soalan percubaan untuk digunakan sebagai medium ulangkaji.  


Segala Soalan Percubaan terkumpul sekarang ni mudah diperolehi. Terima kasih tak terhingga diucapkan kepada Cikgu Dahlia dan juga Cikgu Liza kerana sudi berkongsi Koleksi soalan percubaan Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah 2011. Untuk melihat Soalan Percubaan PMR 2011 korang boleh pergi ke link yang telah disediakan :


Memang kalau ikutkan soalan-soalan peperiksaan sekarang jauh berbeza sekali sehinggakan ada IbuBapa sendiri mengeluh kerana kurang faham dengan soalan (akulah tuhh..). Apa yang mampu aku buat adalah sokongan tetap diteruskan walau susah sekalipun. Doa diiringkan semoga dipermudahkan segala ujian yang dihadapi. 

Semua ibubapa mengharapkan setiap anak mereka beroleh kejayaan begitu juga aku. Diharap kejayaan menyebelahi anak aku nanti begitu juga kepada semua pelajar yang bakal menghadapi Peperiksaan Penilaian Menengah 2011. Setiap kejayaan pastinya disertakan dengan usaha. Usahalah selagi terdaya. Selamat Berjaya.


** Tips yang berguna untuk Pelajar-pelajar sebelum menghadapi peperiksaan PMR 2011 di SINI

4 comments:

  1. study.. study.. masa untuk cikgu beri tips2... Cikgu KiD dah pencen.. ajar KH aje.. hehee

    ReplyDelete
  2. Kid - Wahh bolehlah aku hantar anak gi tuisen ek dgn ko..tuisen KH..hehe

    Sw33tdarling - Aáh..yang sulung..huhu..risau wehhh

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah bertambah lagi link soalan2 ni.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails