04 September 2011

Rebung Madu dari Muar

Hari Raya tetap hari raya, kebun kena jaga gak. Itulah Pak Long aku. Hari raya pertama tetap turun ke kebun beliau. Kali ni Kebun buluh yang menghasilkan rebung madu. Kebun dekat jer dengan rumah. Aku anggarkan dekat 100 pokok jugaklah Pokok buluh yang ditanam untuk dijual. Harga di Muar sekarang ni lebih kurang RM5 sekilo (Bersamaan dengan 3 batang rebung). Aku ingat kalau jual kat KL mau RM10 sekilo.

AKSI PAK LONG DIKEBUN

REBUNG MADU

Aku tiap kali pak long aku turun ke kebun aku suka ikut. Bukan apa saja suka menyibuk..hehe. Menurut Pak Long, rebung ni akan tumbuh 6 ke 7 inci dalam 24 jam sebab tuh kena pantau dan tuai bila dah cukup tempoh. Penjagaan cukup mudah. Memang rasa rebung ni sedap dan manis berbanding rebung biasa. Kalau rebung yang biasa ada miang tetapi rebung jenis ni langsung takde miang pun.

 REBUNG YANG DITUAI

TUGAS SELESAI

Menurut Pak long lagi, benih rebung ni asalnya dari Negara China..alah pokok buluh yang dijadikan makanan untuk beruang panda kat China tu, nilah dia. Pokok dia pun kalau ikutkan , ramai yang kata boleh dijadikan perhiasan. Batang buluh kecik dan tak bermiang, daun buluh pulak memang kecik. Memang sesuai kalau ada ruang tanah depan rumah untuk dijadikan pokok hiasan. Amacam? Korang suka ke bercucuk tanam..hehe

5 comments:

  1. ni pokok buluh yang dlm crouching tiger hidden dragon ke..yg dorang dok kungfu atas pokok tu ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya ni jenis halus kut..yang Crouching Tiger tuh nampak besau rasanya

      Delete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  3. bro...muar katne..igt nak beli tanam kat umah 23 batang je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasa-rasanya pak long gua tak jual kut..muor kat Sg Mati Pantai layang..

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails