24 September 2011

Majlis Selamat Hari Raya Rumah Terbuka Maxis @ Kuala Lumpur Convention Centre

Semalam aku telah menerima jemputan ke Majlis Rumah Terbuka Selamat Hari Raya oleh MAXIS kat Kuala Lumpur Convention Center. Terima Kasih MAXIS dan NUFFNANG yang telah mempelawa aku untuk turut hadir ke Majlis ini.Tak pasal-pasal aku kena pakai Baju Batik yang entah berapa tahun lamanya aku tak pakai..hehe

PERSEMBAHAN GAMELAN MENYERIKAN MAJLIS

CIKLILY , YUEN & VIRUSPADU

Memang ramai tetamu yang hadir pada Majlis Rumah Terbuka ini. Antara blogger yang hadir yang aku jumpa adalah CIKLILY dan VIRUSPADU. Seperti biasa aku sampai tepat pada masanya. Jammed di KL tiap hari jumaat adalah Jammed Sedunia rasanya. Nuffies Yuen pun ada, sebab diaorang yang hantar email  jemputan kat aku.

MAJLIS MERIAH DENGAN KEHADIRAN ORAN RAMAI

Memang meriah Majlis Rumah Terbuka ni dengan kehadiran para jemputan. Ramai betul ahli korporat yang aku kenal (sebab dulu aku pernah kerja dibawah satu bumbung..)Nak tegur pun segan. Makanan memang banyak, tak tahu mana satu nak pilih. Lemang, ketupat palas, rendang tok, serunding, Nasi Briyani,Satay dan banyak lagi

NASI BRIYANI, AYAM BRIYANI,LEMANG DAN RENDANG TOK

SATAY AYAM DAN DAGING, NASI IMPIT & MURTABAK

PELBAGAI JUADAH

Korang lihat sahaja hidangan yang dihidang. Rambang mata. Aku suka konsep yang diketengahkan oleh MAXIS ni. Dalam dewan ada rumah dan ia menambahkan seri Majlis Rumah terbuka Maxis. Aku sekadar makan ala kadar jer tak sampai pon 3 pinggan..hehe. Ciklily pun tak sampai 2 pinggan dan selebihnya makan pelbagai cucur yang panas.

CENDOL ICE CREAM (BUATAN SENDIRI)
Lepas puas makan kitaorang cadangan nak ronda-ronda dulu dalam dewan.Macam-macam ada. Gajet Telekomunikasi seperti Laptop 4G, Smartphone dan aku paling suka Komputer Sentuh Skrin yang besar. Gambar komputer kat bawah. Memang terbaik.


Tu dia, korang tengok betapa besarnya Skrin monitor komputer nie. Aku hanggin jer sebab bila ambik gambar adalah pulak tangan mengganggu. Sentap seketika tapi still boleh kontrol lagi. Aku tetap ambik gambar. Masa nilah aku terperasaan yang kameraman sibuk sekali, macam ambik gambar blogger cap kambing gurun..uihh kontrol macho jap..


Ya Ampunnnn..rupa-rupanya penyanyi dari Indonesia iaitu ROSSA duk kacau fokus aku dari tadi masa ambik gambar. Sebelah jer dengan aku. Ingat kalo abangensem ada mesti mengigil kegeraman tengok ROSSA layan aku..hehe

ROSSA DAN NONISWARA

Artis @ pelakon Malaysia pun ado iaitu NONISWARA BAHARUDDIN , tapi aku tak sempat nak ambik gambar dengan beliau. Korang perasaan tak Blogger Artis kat belakang diaorang tuh yang dikategorikan TOP gak tuhh..hehe..Kena tunggu turn nak ambik gambar dengan ROSSA..hehe..

Keseluruhan Majlis Rumah Terbuka dijalankan dengan cukup meriah sekali. Aku disini ingin mengambil kesempatan mengucapkan Terima Kasih kepada MAXIS dan NUFFNANG kerana sudi menjemput aku untuk hadir ke Majlis Rumah Terbuka ini. Harap tahun depan Jemput lagi ek..hehe

4 comments:

  1. kalau aku ada.. mesti diorang sibuk ambik gambar aku.. hahahaaa.. aku kan artis dulu...

    ReplyDelete
  2. kenape, x crop gambo aku? ishkk malu i lah... huahauhauahuaha

    ReplyDelete
  3. hurmmm.... blogger kesayangan HOTLINK rupanya....korang memang geng retis pun....ekekekeeke

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails