Gempar seketika berita mengenai CUT TARI telah meninggal dunia. Adooiyaii. Aku tak tahu kesahihan cerita tetapi Rakan-rakan aku sibuk bertanya dengan aku betul ker CUT TARI meninggal dunia? Diaorang rujuk kat akulah pulak dah macam pemberita retislah pulok. Ok untuk pengetahuan semua dari apa yang aku ketahui CUT TARI masih hidup dan berita atau Khabar angin mengenainya yang tersebar luas melalui pesanan ringkas BLACKBERRY hanyalah berita palsu yang berbunyi begini :
“Inalillahi, berita duka daripada artis Indonesia yang terbabit dalam kes video lucah Cut Tari menghembuskan nafas terakhir di Hospital Medistra Tebet Jakarta Selatan
jam 2.27 petang ini. Dia dibawa ke hospital sejam sebelum itu dalam
keadaan tidak sedarkan diri. Semua doktor yang merawat beliau belum
dapat menyatakan punca kematiannya, manakala keluarga Allahyarham
meminta agar jenazahnya dibedah siasat.”
Siapalah punya kerja ni. Aku sendiri terperanjat pada mulanya dan setelah melayari beberapa blog ternyata ia hanya khabar angin sahaja.Ternyata berita sensasi yang tidak betul ini membuat ramai yang keliru. CUT TARI pelakon dari aceh yang pernah memenangi ujian tilawah AL-Quran peingkat daerah telah menjadi tajuk hangat bila dikaitkan dengan rakaman video kontroversi dengan Ariel Peterpan dahulu kini menjadi tajuk hangat bila berita kematian beliau disebarkan.
Diatas adalah pengesahan Tweet dari pengurusan CUT TARI mengenai maklumat mengenai artis ini.Jadi Spekulasi ini hanyalah khabar angin semata-mata.Mungkin ada yang tidak puashati dengan beliau tetapi tak perlulah menyebarkan khabar angin sebegini. Ini adalah pendapat aku bagaimana pula pendapat korang?

adat manusia, ada saje perkara yang tak memuaskan hati mereka? by the way, nice info :)
ReplyDeleteJom baca entri hot! : Kenapa Lelaki Mudah Kalah Dengan Perempuan Cantik?