Al-Fatihah disedekahkan buat Jurukamera BERNAMATV Noramfaizul Mohd Nor 41 yang telah meninggal dunia ketika membuat liputan berita di Mogadishu Somalia pada Hari Jumaat iaitu kira-kira pukul 11.07 malam waktu Malaysia semalam. Aku baru terbaca kat suratkhabar mengenai Misi kemanusiaan ke Somalia Kelab Putera iMalaysia dan Bakti dua hari lepas tak sangka Misi ini akan mengorbankan nyawa.
Menurut maklumat yang aku terbaca beliau telah terkena tembakan curi dibahagian bahu yang menembusi paru-paru beliau dimana tembakan tersebut sepatutnya ditujukan kearah Trak tentera kerajaan yang mengiringi para media. Ketika kejadian arwah duduk pada bahagian tingkap. Memang dari apa yang aku terbaca sebelum ni, Misi Bantuan mengalami masalah bila keadaan tidak terkawal ketika menyampaikan bantuan.
Ketua Misi Bantuan iaitu Datuk Absul Azeez Abdul Rahim sendiri telah berkata sebelum ni " Kalau itu penyudahannya, ajal maut kami di sini kami terima, itu yang kami janjikan. Bagaimana, semua langkah keselamatan telah kami perhalusi. Selebihnya kami berserah kepada ALLAH" petikan dari BERNAMA. Seolah-olah telah dijangka perkara sebegini (maut) akan terjadi. Aku harap para petugas Misi bantuan dilindungi sentiasa hendaknya.

somalia ni memang... lanun pun dia.. kita nak tolong, ni sampai ada orang kita yang terkorban.. huhuhu
ReplyDeleteinnLILLAH... TU LAA bongkak sombong punya orang, kita nak bagi bantuan bukannye nak menyerang... kalu x trima ok, tp jgn plak bg 'taik' kat pemberi plak.. takziah buat keluarga mangsa, moga keluarganya mampu menerima hakikat walau perit
ReplyDeleteAl-fatihah. .bukan salah sesiapa. .semua ini kehendak Allah,dah takdir dia mcm tue. .Ajal tak akan kmna2,walaupun dia tidak kena tembak or apa. .kalau dh ajal. .tetap dia meningal. .Al-fatihah. .llah,dah takdir dia mcm tue. .Ajal tak akan kmna2,walaupun dia tidak kena tembak or apa. .kalau dh ajal. .tetap dia meningal. .Al-fatihah. .
ReplyDelete