19 September 2011

Hari Raya dirumah Abangensem Lokasi tersembunyi

Masih dalam bulan Hari Raya, Kali nie aku sekeluarga ber Hari Raya disebuah rumah orang paling hensem sekitar Shah Alam tak lain tak bukan ABANGENSEM. Terima Kasih atas jemputan. Tak dapat nak lepak lama-lama korek rahsia jutawan hartanah nie pasal kesian kat orang rumah aku yang kepenatan kerana baru balik dari Team Building kat Perak.

TAKLIMAT HARTANAH PERCUMA DIBERI SAMBIL MAKAN-MAKAN

AYAH-AYAH CERIA IN DA HOUSE

Turut hadir sekali CEO GMT iaitu EYRIQAZZ dan Juga bakal Jutawan Hartanah iaitu MAT JOE dengan keluarga. Aku kira Kurang bernasib baik kerana Haniz Zalikha kata dah dijemput tapi tak pasti beliau datang ke idok, tak dapeklah nak bergambo. Tapi takpe aku tetap layan makan, makanan yang sedap dihidangkan oleh tuan rumah.

SPAGETI LICIN DIBEDAL

FUHH..MASAK LODEH SEDAP

Layan Spageti dan juga Masak Lodeh. Terbaik wa cakap lu, nak jer suruh abangensem tapau untuk aku bawak balik tetapi memandangkan jemputan ramai jadi aku batalkan niat aku..hehe. Sempat juga merasa biskut yang sedap yang menurut abangsensem adalah biskut yang dibeli dari Mak Hanis Zalikha iaitu Puan Nani. Fuhhh..suka biskut Coklat yang ada Coklat rice..

 TUH DIA HASIL TANGAN PUAN NANI ROSTAM

Terima kasih sekali lagi kepada Abangensem atas jemputan Hari Raya. Tahun depan sila buat lagi ek..buat malam pulak try buat ayam golek golek pulak..hehe. Memang kenyang balik penat tak henggat, mata kuyu sepanjang perjalanan balik rumah..adoiiyaii. Anyway enjoy raya tahun ni dapat berhariraya dengan blogger-blogger ngetop..

3 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails