Usia dilanjutkan ke umur 60 tahun. Apa pendapat korang? Ni hah pasal Umur Minima Persaraan baru Sektor Swasta.Dari umur 55 tahun melonjak naik tambah lagi 5 tahun. Wajar ke tak wajar usia @ umur persaraan ni dilanjutkan.Mengikut statistik jangka hayat umur untuk lelaki adalah 73 tahun dan untuk wanita adalah 76 tahun. Kalau ikutkan mengikut perkiraan mudah sekiranya kita bekerja bermula umur 20 tahun bermakna separuh kehidupan kita adalah untuk bekerja.
Ada kebaikan dan juga keburukan perlu dilihat sekiranya umur persaraan 60 tahun ini diteruskan. Kajian menyeluruh perlu dibuat secara teliti terutama tujuan perlaksanaan Had Umur Minima Persaraan ini dilakukan. Apakah impak yang bakal dihadapi? Perlukah dilanjutkan? Berapa ramai yang setuju dengan perlaksanaan Had Minima Persaraan 60 tahun ini? Apa yang dapat aku lihat, rata-rata golongan muda kurang bersetuju dengan perlaksanaan ini.
Pada pendapat aku had 60 tahun ok tapi pekerja perlu diberi optional @ pilihan sama ada mampu teruskan atau tidak. kebiasaanya umur atas 50 tahun keadaan kesihatan mungkin satu punca masalah nanti. Selain daripada itu Masalah utama sekarang ni adalah mengenai graduan @ pekerja-pekerja yang muda. Mungkinkah akan berlakunya pengangguran dan tekanan kepada pekerja-pekerja muda seperti aku ni tertekan dek kerana tak naik pangkat, kalau orang nak pencen macam Mat Tiger takpelah..hehe..Apa pendapat korang?
sy tak setuju! cewah tande seru kemain. dgn pressure keje zaman sekarang ni, sy rase sy akan retire umur 50. tapi sape yg mampu, sihat dan kuat nak tambah duit simpanan utk anak dan diri sendiri, kot anak masih kecil, yg belajar terumatanya mungkin setuju.
ReplyDeleteHahaha!.. bro.. lebih kurang je tajuk entry kite nih..
ReplyDeletetak setuju laa umur had persaraan dilanjutkan...berilah peluang kat golongan muda bekerja pulak..lagipun golongan veteran skrn nie kalau suruh buat keja lebih sket mulalah bagi alasan kami dah tua tak larat bekerja. tapi bila suruh pencen taknak pulak..
ReplyDeletelupa nak cakap...cantik header baru jejai
ReplyDeletekalau larat kerjalah..sekarang ni bukan boleh harap duit anak-anaklah
ReplyDelete55 ke 60 tu pkir buat ibadah la,jg kesihatan badan tu,yg ad penyakit org kaya tu jaga la permakanan tu...bg laluan kat org muda yg dah tua tu tolong nasihat yg muda buat utk kepentingan agama,bangsa dan negara bukan utk kepntingan diri sendiri..yg muda kena kerja pasal nak bayar PTPTN...
ReplyDeletekalau dapat kerja sampai larat nak harap .pencen pun belum ada lagi,kalau ada pencen tak apa ada belanja hari tua nanti
ReplyDelete