14 September 2011

Gambar Sekitar Sesi Pembikinan Video Klip Fallin In Love Datuk Siti Nurhaliza

Pengambaran Video Klip Datuk Siti Nurhaliza untuk Album Fallin In Love telah berlangsung di Pavillion pada Hari Isnin lepas dan telah berlangsung dengan jayanya.Serius , kalau keluar Video Klip ni aku rasa memang best. Lagu pun sedap. Kalau abangensem turun mau bergelek ala-ala M.Daud kilau rasanya..hehe.Penari pulak punyalah ramai. Orang rumah aku pun join sekali..adoiiiyaii...Layan dulu gambar sekitar pembikinan Video Klip Fallin in Love nie ek.


Sebelum rehearsal, Datuk Siti sempat merakam adegan Staff Production yang sedang melakukan Warming up sebelum pengambaran rehearsal Datuk Siti Bermula. Aku macam bodyguard Datuk Siti pulak rasanya sebab berdiri betul-betul belakang dia..hehe..


Standby, Datuk Siti nak beraksi. Sempoi jer aku tengok Datuk Siti ni, Selamber jer touch up muka dengan bercerminkan kaca kedai Coach..hehe..Memang Cool. Tabik kat Datuk Siti sebab amat selamber..


Sesi Rehearsal bermula. Cuba korang tengok betul-betul gambar Minah Arab berpurdah kat depan aku nie hah. Aku pun tak pasti sama ada dia kenal ke tak dengan penyanyi dari Malaysia terutama Datuk Siti. Aku perhatikan bukan main minat lagi dia dengan Datuk Siti, tak berganjak tuhh..


Rehearsal bersama penari dimulakan. Ambik beberapa take gak pasal ada yang tak kena. Aku tengah bayangkan rupa abangensem menari sebelah Datuk Siti dengan Gelek M.Daud Kilau..hahaha..tetiba aku tak boleh bayangkan sebab tetiba Blackout bila terbayang wajah abangensem terselit dalam video Klip..miahaha


Selesai satu Take untuk pengambaran Video Klip. Berehat sebentar. Masa nilah Datuk Siti Nurhaliza sempat window shopping..hehe (ada masa nanti aku ceritakan entri kemudian). Memang kelas Datuk Siti Nurhaliza nie.



Datuk Siti melihat rakaman video  sesi rehearsal yang telah diambil. Aku sempatlah tengok video dia. Memang ngam. Ni baru sesi rehearsal belum buat betul-betul lagi. Tapi aku tengok memang layanlah Video Fallin In Love nie. Aku rasa abangensem pun boleh Fallin in Love macam nie..hehe..Ok cukup ek nanti aku sambung lagi entri sebab banyak tuhh gambar Datuk Siti..korang minat ke Datuk Siti..hehe?

8 comments:

  1. mmg sempoi...dia pun jenis selamba jer kan...artis rendah diri :)

    ReplyDelete
  2. whoooaaa.... dah gaya macam crew production la pulak ko skang kan...

    ReplyDelete
  3. sama mcm dd... jeles!!ahahaha

    ReplyDelete
  4. jelesnye dapat jumpe siti. depan2 pulak tu. bile la turn ain nak jumpe siti ni. hehe

    ReplyDelete
  5. Memang terbaik dapat jumpa Tokti..Rezeki sesekali jumpa nak wat camner..hehe

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails