26 September 2011

F&N Big Fun Fest 2011 @ Bukit Bintang

Penganjuran tarian MOB terbesar oleh F&N telah berjaya menarik perhatian orang ramai disekitar Bukit Bintang pada hari sabtu. Dengan tema F&N Big Fun Fest 2011 dan pengacara yang cukup diminati ramai iaitu Awal Ashaari dan Jamie,kemeriahan cukup terasa dengan pelbagai aktiviti yang telah dijalankan. Bermula dari pukul 2.00 tengahari sehinggalah ke malam hari.

GEMPAK!!

PENGACARA AWAL ASHAARI & JAMIE

Sejak dari petang lagi orang ramai dihiburkan  dengan persembahan dari BBoy Battle, Parkour Raiders, pertandingan Beatbox dan kinect Dance-off.Pada malam pula pengunjung dihiburkan dengan persembahan dari penyanyi Faizal Tahir, BunkFace dan juga turut disertai oleh pengacara rancangan 8TV Quickie Prem dan Megan. Penyampai HotFM Faizal dan Chad pun turut sama memeriahkan Majlis ini.

 ANTARA AKTIVITI YANG DIJALANKAN

 ORANG RAMAI YANG TURUT SERTA

ALAM & WAKAKA CREW

KUMPULAN PELUKIS GRAFITI


Aku berkesempatan merasai kemeriahan dan turut berada disekitar Bukit Bintang sabtu lepas. Kemeriahan korang dapat lihat dari gambar yang telah aku ambil hari tuh. Memang meriah dan banyak aktiviti yang telah dijalankan. Acara utama adalah tarian Mob terbesar tapi sayang aku tak berkesempatan untuk menyaksikannya berikutan jadual amat padat. Anda suka F&N? Meh like kat SINI.

4 comments:

  1. Waa... Pergi juga kaa...
    Nampaknya Header telah bertukar.. terbaik...

    ReplyDelete
  2. aritu ada gak si jamar ajak aku menembak kat sini...tapi tak sihat la pulak kan...

    ReplyDelete
  3. woo nilah punya jalan kena tutup tu ye.. hehehe

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails