Entri khas aku tujukan kepada mereka yang dalam persediaan untuk membina Masjid..(Kahwin lerr tuhhh..). Sekadar ingin berkongsi dengan semua orang mengenai EKSPO Kahwin KL 2011 (Edisi 4) yang bakal berlangsung pada 30hb September sehingga 2hb Oktober 2011 di Wangsa Walk Mall. Memang memudahkan para pasangan untuk membuat pilihan.
Terdapat lebih kurang 30 Booth setakat ini yang turut serta dan aku rasa booth mungkin akan bertambah sedikit hari lagi sebab permintaan terhadap perkhidmatan perkahwinan pastinya akan bertambah dek Cuti penghujung tahun Cuti Sekolah. Rakan aku Hendra dari MOJOREEL juga akan turut berada disana nanti. Antara Cinematographer terbaik yang pernah aku jumpa. Tak caya korang layan hasil beliau kat bawah nie.
Jadi kepada pasangan yang inginkan perkhidmatan untuk Majlis Perkahwinan mereka terutama yang nak buat Cinematography macam kat atas tuh korang Singgahlah yer kat Booth No C14 MOJOREEL. Yang pasti perkhidmatan daripada diaorang ni memang tidak mengecewakan. Memang terbaik. Antara gambar yang pernah diambil oleh diaorang adalah semasa Konsert Akhir Akademi Fantasia 9 dulu.

haaaa.. suruh abang gua tu pegi ekspo nih..
ReplyDeletehaha betul tu kid, tapi hang kene rekemen calon isteri dulu, kalau tak agak loser pegi sengsorang
ReplyDelete