Ok. Keputusan Muktamad telah diambil. Mesyuarat tergempak antara aku, orang rumah aku dengan anak-anak aku telah sepakat dan mereka bersetuju untuk memberi sokongan padu kepada aku terhadap Misi untuk bertanding didalam pertandingan Blogger MasterChef Yang Pertama. Sebuah Pertandingan yang julung-julung kali diadakan khas buat blogger. Agak teruja bercampur risau sebab aku bukanlah Chef atau tukang masak yang memiliki kelayakan untuk memasak.
Aku taklah pandai sangat memasak tetapi aku suka memasak sebab tu aku ingin turut serta. Kalah menang adalah adat pertandingan namun secara jujur kemenangan aku idamkan. Peraduan yang dianjurkan oleh Nuffnang Sdn Bhd dan Mindshare Malaysia bersempena dengan Program MasterChef Malaysia yang bakal keudara pada 22hb Oktober 2011 setiap Sabtu - Rabu dan diikuti Master Class setiap hari Jumaat pada pukul 9.00 Malam akan disiarkan Astro Ria di Saluran 104.
Aku dengan gaya berani (dalam hati sapa tahu..) akan mempersembahkan resepi turun temurun sejak aku tahu masak iaitu resipi AYAM MASAK MERAH aku yang cukup dikenali oleh anak-anak aku..hehe. Resipi yang cukup simple hinggakan orang bujang yang baru nak belajar memasak boleh buat. Kat sini aku sertakan aksi bakal peserta Blogger MasterChef Yang Pertama sekiranya terpilih.
AYAM PERLU DIGORENGKAN DULU
Resipi aku ni kira sesuai untuk semua orang, semua kaum tak mengira budak kecil atau orang dewasa boleh menikmatinya. Kebiasaannya aku akan gorengkan ayam dahulu. Ada yang suka masak terus tanpa goreng, tetapi aku lebih suka gorengkan ayam dahulu untuk elakkan daripada hancur bila masak dengan kuah nanti..
TUMISKAN SEGALA REMPAH TUMIS DENGAN SENYUMAN..
Setelah ayam goreng siap, sekarang nie barulah ditumiskan segala rempah tumis, bawang, halia dan daun pandan untuk membuat kuah Ayam Masak merah. Kebiasaannya aku akan bubuh air lebih sikit tunggu sehingga kering @ pekat. Kenapa? Sebab rasa ayam yang digoreng akan terasa (serap) bila kuah dia pekat nanti (alah kira macam korang nak buat Stok Ayam gitu)..
SIAP UNTUK DIJAMU KEPADA TETAMU
Siap sudah. Ayam Masak Merah Style Jejai adalah antara masakan yang tersimple dan korang boleh mencubanya bila-bila masa korang nak. Tak perlu tunggu kenduri kahwin ker atau nak beli kat pasar. Buat sendiri lagi puas hati. Ayam Masak Merah nie sesuai dimakan dengan Nasi Minyak ataupun Nasi Ayam.
GAMBARAN LEBIH JELAS.,INGIN MENCUBA?
Aku rasa semua orang dah tahu fenomena MasterChef ni dan kepada yang tak tahu, MasterChef merupakan sebuah fenomena yang hangat diperkatakan di Amerka Syarikat dan juga Australia. Rancangan Realiti memasak ini diadili berdasarkan undian dari penonton dan ia juga merupakan Rancangan Realiti yang telah berjaya memecah rekod jumlah penonton yang paling ramai di kedua buah Negara ini iaitu Amerika Syarikat dan Australia dan kini ia akan ditayangkan di Malaysia bermula 22hb Oktober 2011.
Ia merupakan rancangan dimana para peserta terdiri daripada tukang masak yang amatur macam aku lerr. Ia buka hanya semata-mata mengenai makanan yang dipersembahkan. Aku rasa inilah yang menyebabkan rancangan ini menjadi rancangan yang cukup menarik ditonton kerana bagi aku ia umpama menguji kebolehan sesorang dari takde apa-apa menjadi seorang yang tampak lebih profesional. Untuk mengikuti perkembangan semasa korang boleh semak kat FACEBOOK MASTERCHEF dan juga mengikutti TWITTER Masterchef .
Dengan keluarnya Entri ini maka secara rasminya aku akan turut serta memeriah dan mengambil bahagian didalam Blogger MasterChef Yang Pertama sekiranya terpilih. Para peserta aku lihat boleh tahan belaka namun prinsip aku selagi pertandingan belum diketahui siapa pemenang, aku akan berjuang habis-habisan. Kepada Chef Spagetikiddo @ Shakiddo jom kasi hangat suasana..hehe..ehh..agak-agak boleh terpilih ke idok ayam aku nie..adeyy




Syabaslah bro.. aku masih takut nak join.. hehehe.. takut terbakor dapur dekat sana nanti.. heheehe
ReplyDeleteFuuuuuu~ sedap nampak ni abam Jejai!.. bertandang ke rumah makan sedap gak neh.. hehe
ReplyDeleteall the best abam Jejai!! Viva GTB!!
fuiyoh!!! caiyok2!
ReplyDeletesemoga masuk dlm list!
tgk gambo da tau sedapp nie.
ReplyDeleteHmm.ley try..alamakk daun pandan x de :D
good luck bro!! terliuq ku tengok masakan tok tu..
ReplyDeletewah wah seronoknya lelaki berani join programe masakkan ni .. gud luck!
ReplyDeletesaya sokong anda!!!! undi LOVE,. LOVE.. LOVE...
ReplyDeletetengok ayam tu dah mantap bro..ada chance ni..
ReplyDeletesedap x ayam tu? bak sini nk rs sket..
Myvitrd - Alah bro cuba jer, tak reti ker tak menang ker janji turut serta. Mana tahu hang masak menjadi hari tuhh..hang masaklah telur 3 suku masak..hehe..
ReplyDeleteShahrul - Hahaha..Masak merah nilah menu rumah terbuka gua dulu bro..tunggulah ada rezeki dapatlah merasa..hehe
makdara Terdiva - Terima kasih wehhhhh..mintak-mintaklah dapat masuk. nak uji kemampuan diri dalam bidang masakan.
Juanita - Hahaha..bolehlah..kita daun badan memang tanam sendiri..meh..meh nak berapa helai..hehe
madammondoq - Terima Kasih..hahaha..lain orang lain citarasa. Masakan orang Sarawak selalunya manis lebih kurang macam makanan orang kelantan.
Puanbee - Tuhlah..saja nak tengok kemampuan diri macamana. Selagi ta dicabar diri nie selagi tuh tak tahu kemampuan kita..
Kid - Pewiiiitttt..i lap you..i lap you..muah..muah..muahh lagi..miahahahaha. Jomlah join bro..
JMR - Rasanya fight jugak bro, blogger yang lain ramai yang berbakat, namun belum cuba belom tahu..hehe..buleh-buleh nanti buat potluck..hehe
Cayalah.... ada gak wakil untuk contest nie.... next time ko kena kasi aku buat food testing....
ReplyDeleteehem!!!nampak macam sedap!
ReplyDeletenak tryyyyyyyyy!