16 September 2011

Aku nak LIBAS ROSYAM NOR 29 September 2011 ni boleh gitu?

Hah..boleh gunapakai tak tajuk entri aku nie atau ada peminat Rosyam Nor bising dan angin satu badan..hehe.Alahh..elek arrr. Aku baru nak buat review ni. LIBAS itulah nama filem komikal yang telah dilakonkan oleh Rosyam Nor dan beberapa orang artis yang cukup dikenali. Korang jangan hairan review aku tak ikut standard procedure sebab ni blog aku jadi aku boleh buat apa aku suka..hehe


Sebenarnya untuk sesebuah cerita atau filem yang aku tonton aku lebih suka bercerita secara terbuka dan tak ikut protokol macam yang ada dalam suratkhabar atau mana-mana media online. Dengan cara ini aku rasa lagi mudah untuk korang faham apa yang aku nak sampaikan. Oh ya terima kasih kepada TGV Cinemas kerana sudi menjemput aku dan beberapa orang bloggers untuk hadir premier screening filem LIBAS.

GENG LIBAS @ GENG TALIBARUT - CIKLILY & KAKINAKL


Ok Berbalik dengan cerita LIBAS kenapa aku datang tengok ni sebenarnya pada mulanya mengikut rancangan aku taknak tengok sebab fikirkan filem ditayangkan pada pukul 9.00. Alamat balik tengahmalamlah nampak gayanya dan esok dah  nak pegi kerja lagi. Bila si Mat Tiger bagitahu aku pelakon ROSYAM NOR yang berlakon aku terus hantar SMS kat ROSYAM NOR pada tengahari. Dia tak balas pun.

SIDANG MEDIA SELEPAS TAYANGAN

Jadi aku ingat di tak berlakon, lalu aku googlelah pasal LIBAS ni. Sah ROSYAM NOR berlakon dan pada masa sama ROSYAM tak balas SMS aku tapi dia call aku balik dan mengatakan memang dia berlakon filem nie. Adooiyaii macamana boleh terlepas nie, dah mengelabah aku dibuatnya. Yelah Pelakon Hebat mana boleh tak gi tengok cerita ni. kerugian berjuta-juta tuh. Jadi aku pergilah layan gak cerita LIBAS ni sampai ke penghujung.

SERIUS!! Aku ulang sekali lagi SERIUS!! Lawak gila satu panggung tergelak dengan cerita LIBAS ni. Tajuk jer brutal tapi unsur komedi dia terbaik dengan lakonan selamba si JOHAN RAJA LAWAK dan beberapa pelakon komedi yang cukup menghiburkan. Bila bab serius tuh dah tentu ROSYAM pegang sebab memang watak itulah yang membuat aku tabik dengan beliau. Memang best.

Cerita berkisarkan tentang pertandingan Sepak Takraw ala generasi baru gitu. Teknik CGI aku rasa cuma bola berapi tu agak over sikit tapi its small matter. Dari segi pergerakan menggunakan CGI boleh aku katakan taklah melampau sangat. Nampak macam real pun ado..tabik..tabik ROSYAM Boleh LIBAS beberapa kaki diatas awang-awangan. Pertandingan ni adalah untuk menjadi Pewaris..Pewaris apa? korang kena tonton lerr..

Ok aku rasa cukup review aku ni sebab kalau aku cerita lebih karang korang taknak pegi sebab dah tahu jalan ceritalah pulak nanti. Kepada Peminat Hero Melayu @ ROSYAM NOR, korang mesti tonton. Memang tidak membosankan. Kalau nak bawak satu keluarga lagi elok sebab memang Filem ni cukup sesuai gak untuk Satu Keluarga tapi kalau kanak-kanak tu datang nak tonton kenalah dapatkan bimbingan dari orang dewasa.

Kos pembikinan Filem ni kira-kira RM 2 juta dan aku rasa tak keterlaluan aku katakan memang tak susah nak dapat balik Kos Filem ni kerana ia bakal menjanjikan jalan cerita yang cukup menarik sekali dan tak rugi untuk ditonton. Rata-rata blogger yang aku tengok blog diaorang memberi rating yang cukup mengalakkan iaitu purata 4/5 termasuk akulah tuh. Jadi jangan lupa untuk menonton filem LIBAS yang bakal berada dipawangan pada 29 September 2011 nanti.

Penerbit Eksekutif : Jurey Latiff Rosli

Penerbit : Mohamed Azlan Ghazali & Rosdi Mat Yusof

Barisan Pelakon: Rosyam Nor, Scha Al-Yahya, Johan Raja Lawak, Beego, Fadzly Kamarulzaman, Mohd Razib Salimin, Mohd Zabri Ibrahim, Yuswaisar, Adam Corrie Lee, Sallehuddin Abu Bakar, Zulkarnain Zakaria, Yang Kassim

** Gambar aku tak ambik sebab kamera kat orang rumah..huhu. Nak tengok gambo korang boleh sergah kat SINI

5 comments:

  1. Kalau tak silap cite nie dah siap pertengahan tahun lepas lagi....skang baru dapat tayangan ...anyway aku pasti tengok citer nie ....

    ReplyDelete
  2. Myvitrd - Apa kelas bro..baek gi tgk Screen besau TGV baru puas gelak golek

    ReplyDelete
  3. huahauhauhauhauaua.. aku libas ko kang

    ReplyDelete
  4. geng kipas lipas.. eh silap, libas kipas susah mati.. eh eh.. LIBAS laaaaaa!!!!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails