21 August 2011

MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA ANAK YATIM ANJURAN UNIVERSAL MUSIC DI SHAZANA PAU

Berkesempatan menghadirkan diri ke Majlis Berbuka Bersama Anak Yatim anjuran UNIVERSAL MUSIC di SHAZANA PAU. Terima Kasihlah kepada UNIVERSAL MUSIC dan juga HILAL kerana sudi menjemput blogger cap kambing gurun ni untuk menjamah makanan untuk berbuka. Kalau boleh tahun depan buat lagi ek. Memang best. Tak caya korang boleh check entri talibarut seperti MAT TIGER,KAK INA, CIKLILY , DAYDECK dan ramai lagi.


Wisma Yayasan Terengganu
77E-GF, Jalan Raja Alang
Kampung Baru, KL
Tel No : 03-26927258

Aku memang perasaan dah SHAZANA PAU ni dari dulu lagi tapi tak pernah nak cuba pulak. Bila dah cuba lepas nie nak kembali lagi. Yelah aku tak sempat nak rasa PAU dia daa..siapa boleh kasi beli dan hantar kat aku nanti..hehe..Aku ingat bolehlah lepak kat sini nanti GENG DORAI hehe. Nampak dari luar mesti harga gilo-gilo tapi bila dah tahu menyesal tak datang dulu..huhu..

 BANYAK PILIHAN DARI SHAZANA PAU

Tak sempat nak ambik gambar makanan sebab orang rumah aku dah start dengan Hobi baru beliau..adoiiyaii. Kena pulak talibarut ramai layan sembanglah sebab lama tak jumpa macam dah bertahun-tahun tak jumpa..hehe..Aku siap makan dua kali tambah jerr..tapi kunyah mengunyah entah tak terkira lagi.

MAKAN ORANG BERDIET..HEHE

Sempatlah bergambar dengan artis-artis yang menyerikan Majlis pada Malam tuh. Antaranya ANA RAFFALI, YAZER, SAUJANA, MAN KIDAL dan beberapa kumpulan penyanyi yang aku tak ingat (dah tua katakan..). Apa-apa pun gua respek dengan ANA RAFFALI. Peramah giler sehh..lepas nie aku jadi pengikut ANA RAFFALI yang tegar..hehe..Nantikan VLOG Hari Raya dari ANA RAFFALI khas buat pembaca teratakarmo ek.. Layan gambar dulu..

 BERSAMA PEMILIK SHAZANA PAU

ANTARA BLOGGER YANG HADIR

BLOGGERS BERSAMA ANA RAFFALI

ORANG RUMAH BERSAMA ARTIS DIBAWAH MAT TIGER RECORDS..hehe

 SILENT READER REDMUMMY

WIFE DENGAN ANA RAFFALI

ME & ANA RAFFALI
 
Serius..Inilah pertama kali aku jumpa artis yang cukup peramah. Tabik kat ANA RAFFALI kerana sudi beramah mesra dengan para blogger yang hadir. Aku heran kalau ada orang yang dengki dengan beliau? Memang seronok berjumpa dengan beliau..uihhhh..kecoh wa cakap lu, sampai si MAT TIGER mengaum sebab terlebih mesra rasanya..hehe

WIFE DENGAN MAN KIDAL

Uihhh...bila nampak MAN KIDAL teringat Zaman ROCK KAPAK..hehe..Zaman Seluar ketat tuhh..Nie bila rakan orang rumah aku lihat gambo nie sure tergolek-golek..Korang tengok jelah gaya orang rumah aku tuhh..Mesti dia teringat zaman Minah Rock dulu-dulu..hehe

YEAHH..YAZERRR YOU ROCK STEADY BRO

Tuh dia..ada sapa-sapa peminat tegar YAZER tak? Ada 2 CD Album YAZER - RAJA dan HAMBA kat aku ni hah. Aku ingat nak buat kontest Simple jerr..tengok mood dan bergantung sambutan aku akan buat. Kalau takde sambutan aku terus bagi jer terutama yang betul-betul peminat setia YAZER..meh..meh..siapa cepat dia dapat..hehe..Mungkin aku akan buat cabutan bertuah dan suruh si NAJUMA pilih..amacam? So koraang tinggalkan nama siapa yang berminat ek..

 WIFE , CIKLILY & KUMPULAN SAUJANA

JUAN DANZA & MAN KIDAL

Keseluruhan Majlis cukup meriah yang diacarakan oleh JUAN DANZA. Aku harap Majlis sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang. Terima kasih kepada UNIVERSAL MUSIC kerana sudi menjemput para blogger dan diharap kepercayaan terhadap blogger sebagai medium perantaraan berterusan hendaknya.

4 comments:

  1. seb bek hazman tak datang.. kalo tak jadi MAN KANAN.. hehehehe

    ReplyDelete
  2. Tu la pasal....tahun nie setiap ari jumaat aku buka pose kat masjid jee... ;-p

    ReplyDelete
  3. ngko memang dah retis bro. cayalah

    ReplyDelete
  4. hak3...man kanan?artis baru in the making...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails