Hari Raya dah dekat aku pasti ramai yang dah mula shopping membeli belah untuk persiapan Hari Raya. Aku pun tak lepaskan peluang sempena cuti hujung minggu bawak keluarga pergi men'yopping'. Letih wehh. Kitaorang jalan selepas temujanji dan berbuka kat Golden Horses health Sanctuary (Ni nanti aku buat entri ek..). Keluar dari The Mines kira-kira pukul 9 lebih.
GOLDEN HORSES HEALTH SANCTUARY
Misi ingat nak pergi jalan Tuanku Abdul Rahman dan Sogo, hari pulak hujan renyai dan jalan perghhh sesak. Nasib baik hujan berhenti sebab destinasi seterusnya pergi ke Uptown Danau Kota. Adoiiyaii pun sama jugak jammednyerrr. Redahlah jugak dah alang-alang sampai. Ingat nak singgah rumah MAT TIGER tapi jam dah menunjuk pukul 10 lebih, takut MAT TIGER mengaum kat rumah jadi aku pergilah kat Uptown jerr..hehe
RAMAINYA ORANG...
ADA GAK YANG MURAH..
Terus mencari apa yang dihajati untuk anak-anak. Memang ramai orang, naik pening kepala aku. Nak memilih pun agak sukar sebab orang ramai sangat. Banyak pilihan tetapi aku rasa harga boleh tahan gak mahalnya. Entahlah kalau sebelum musim perayaan harga pun sama ker. Yelah aku pun dah lama tak pergi ke Uptown ni. Pusing punya pusing sampai kepala naik pusing. Beberapa baju untuk anak sempat dibeli.
AGAK MAHAL BAGI AKU UNTUK YANG TAK BERJENAMA..
AKSI TAWAR MENAWAR..
Aku rasa harga barangan kat Uptown ni agak mahallah. Apa pendapat korang? Mungkin lepas nie kena Survey Shopping Kompleks pulak, sebab aku rasa harga lagi murah kut berbanding yang kat Uptown nie. Takpe buat survey dan compare dulu. Mana yang murah itulah yang akan aku belikan. Raya-raya gak ,berjimat cermat perlu kalau idak lepas Hari Raya mau makan serdak biskut jer nanti..hehe.. Korang dah start shopping lom? Meh..meh..reramai kita gi shopping..hehe


uptown mahal laa bang.. orang nak sewa dan untung lagi.. cuba pegi pavillion, mesti murah.. hehehehe
ReplyDeleteapsal tak singgah rumah eden?
ReplyDeleteKid - Wei..wei..PAVI tak pernah lagi gua leburkan duit kat sana..mana gua mampu wehh. Entahlah gua rasa harga terlebihlah..gua pun pernah berniaga gak seluar immitation ni dan harga pada masa ni agak melampau..keuntungan toksah ceritalah bisa bikin orang terperanjat..hehe
ReplyDeleteEyriqazz - Lewat sangatlah bro..gua pun risau dari jauh dah dengar ngauman..hehe
beli kat tesco je... saya tk suka g tempat ramai org..
ReplyDeletesmlm jalan2 malam kat senawang..rambang mata..nasib baik duit xde..hahaha..kalau x....
ReplyDeleteuish.. tak dan lah kalau nak shiping bersesak-sesak ni..
ReplyDelete