25 August 2011

Buffet Ramadan 2011 | BANGKOK HOUSE SHAH ALAM

Pertama sekali aku ingin ucapkan ribuan terima kasih kepada MADAMMONDOQ dan juga pemilik Restoran BANGKOK HOUSE atas hadiah kemenangan Majlis Berbuka di BANGKOK HOUSE tempoh hari. Ini merupakan pertama kali aku dapat berbuka di BANGKOK HOUSE dan entri ini dikhaskan buat BANGKOK HOUSE atas jemputan Farah Hassan @ Kanda dan MADAMMONDOQ.

PROMOSI BANGKOK HOUSE

Apa yang dapat aku katakan mengenai BANGKOK HOUSE adalah, makanan sememangnya kena dengan citarasa aku yang minat dengan makanan asli dari THAILAND. Kesegaran lauk pauk terutama makanan laut yang didatangkan khas dari SEKINCAN menarik perhatian aku untuk singgah sekali lagi sekiranya terluang. Pilihan untuk buffet pastinya tidak menghampakan.

PELBAGAI PILIHAN JUADAH DISAJIKAN

KERABU MANGGA

UDANG BERSALUT TELUR (RASA-RASA BUTTER PRAWN KUT..)

AYAM PANDAN DISERIKAN DENGAN NASI NENAS

Apa yang nyata harga buffet yang ditawarkan cukup berbaloi dengan hidangan yang telah disajikan kepada pelanggan. Saranan aku kalau yang berkeluarga memang sesuai untuk berbuka puasa disini kerana tak menang mulut untuk menjamah makanan yang merambangkan mata. Puas hati dengan makanan yang sedap-sedap belaka.

ANTARA JEJAKA DAN SUAMI ORANG YANG TAK KURANG ENSEM DISAMPING ABANGENSEM

BERSAMA FARAH HASSAN @ KANDA (PR MANAGER BANGKOK HOUSE) DAN MADAMMONDOQ

Disini juga aku cukup berterima kasih kepada pemilik kerana sudi menjemput blogger untuk membuat review makanan BANGKOK HOUSE dan untuk pengetahuan pembaca, sebuah lagi Cawangan terbaru BANGKOK HOUSE akan dibuka selepas Hari Raya nanti iaitu lokasi yang bakal dibuka adalah di SUNWAY GIZA MALL, Kota Damansara. Tak sabar rasanya untuk review mengenainya.

PA AKU BERSAMA MADAMMONDOQ..HEHE

Ramai blogger yang telah menghadirkan diri pada Majlis berbuka ini dan banyak sekali gosip-gosip hangat telah diketahui dan disebar. Yang terhangat Jejaka yang menjadi sebutan gadis-gadis satu malaya tak lain tak bukan yang sentiasa ensem iaitu Abangensem pun hadir untuk menyerikan Majlis..hehe.. Korang sila jangan terpedaya dengan kehenseman beliau kerana beliau dah dikawal rapi oleh orang rumah beliau..ahaks.

PARA BLOGGER WANITA DAN ISTERI BLOGGER

PARA BLOGGER YANG TAK KURANG ENSEM DENGAN ABANGENSEM

Selain daripada itu, antara blogger-blogger yang menghadirkan diri pada malam itu adalah Broframestone, Eyriqazz, Sekilas,tetikusrusak,anakperak,uzairothman dan beberapa blogger yang tak sempat aku beramah mesra sebab sibuk mengorek rahsia macamana abangensem menjaga kehenseman poket beliau..hehe..Memang best sebab dahlah makanan sedap dapat pulak jumpa blogger yang hebat.

COMING SOON DI SUNWAY GIZA, KOTA DAMANSARA

Untuk korang yang ingin mencuba untuk berbuka puasa di BANGKOK HOUSE, aku nasihatkan buat tempahan dahulu kerana pada waktu kemuncak memang tempat dipenuhi pelanggan. Untuk kesenangan para pelanggan yan ingin berbuka disini diatas adalah alamat dan nombor talipon yang boleh dihubungi untuk membuat tempahan. Pastinya puas hati bila berbuka disini.

5 comments:

  1. aku datang makan kejap je.. tak perasan jejai ada.. hehhee

    ReplyDelete
  2. kerabu mangga tuh... alamak!... nak kene g serbu nih.... nampak menyelerakan... kat seksyen 19 eh?...

    ReplyDelete
  3. Pergh...memang puas la kan bro dapat melantak juadah yang meriah tue....nasib baik ada Anak perak wakilkan aku....

    ReplyDelete
  4. yes.. seksyen 19 Rinn.. eleh.. Kid tu sila jangan berlakon ye.. haha.. nice entry tok jejai.. and thansk a lot sudi merrier kan majlis..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails