19 July 2011

TERKENANG KEMBALI PERTAMA KALI BALIK KAMPUNG..

Korang pernah tak memiliki harta ni..hehe..Tandas Kampung. Ni antara peninggalan bersejarah tuhh. Dah berpuluh tahun gak tandas nie masih gagah berdiri cuma dah tak digunakan lagi. Agak-agak ada muzium sudi nak ambik tak untuk dijadikan bahan sejarah.Kalau ada bolehlah dibincangkan.


Teringat aku bila balik kampung orang rumah aku untuk kali pertama kat Pantai Layang. Tandas lebih kurang macam nielah. Kalau Malam memang boleh mengalahkan nak masuk rumah hantu. Memang seram sebab suasana gelap gelita kat luar ditambah bunyi-bunyian unggas.

Kalau dah terpaksa, redahlah juga sebab dah terdesak. Nak ditahan menyeksa diri baiklah berserah, apa nak jadi, jadilah. Memang kalau buat filem Horror confirm tak payah guna special effect. Korang duduk kat dalam diam-diam boleh meremang bulu roma kalau tak biasa..hehe



8 comments:

  1. dulu kat kampung nenek aku, toilet mmg kat luar.. scray giler nak membuang time malam.. heehehe.. sekarang semua dah bikin baru dah..
    Tips Jadi Blogger Tegar!

    ReplyDelete
  2. kalau i, mmg sanggup la tahan.. oh tak sanggup.. mmg bole buat citer horror! tak pun, nak balik kampung kena bawak spotlight.. haha!

    Chelsea Training Pass Giveaway

    ReplyDelete
  3. bila time balik kampung arwah atuk aku, aku suka sangat melawat rumah uni ni semata2 nak buat 'bisnes' walaupun dah ada tandas moden tapi selepas tengok citer Kak Limah...aku tak sanggup lagi melawat rumah unik ni lebih2 lagi waktu malam..

    ReplyDelete
  4. dulu aku membesar pon mcm ni. tu yg jadi berani sekarang di malam gelita

    ReplyDelete
  5. aku dulu dekat kg pon ada bro. toilet jenis ni.. dekat 100 meter jauh dari rumah.. memang menyeramkan kalau malam.. hehehe

    ReplyDelete
  6. ini kira ok lagi bro.. sebelah tu je rumah.. tandas kat kampung i tu kene jalan dalam 200 meter kat celah hutan tau.. lagi seriau arr!!

    JOM BACA NI : ALICE THAI RESTAURANT MELBOURNE

    JOM BACA NI : MADAMMONDOQ DI MALAM GALA SIMPLYSITI

    ReplyDelete
  7. heheh...harap2 pembangunan yang kerajaan nak buat di kawasan pendalaman boleh buat mereka senang ati siket.....:)

    ReplyDelete
  8. Kid - Tuhlah pasal. Bila gua kenangkan memang boleh buat horror Movie..hehe

    Bella - kalo ada Spotlight pun takleh gi gak. Kena ada serkup telinga dek kerana bunyi-bunyi yang boleh buat bulu roma meremang..hehe

    Ladybird - Hehehe..rumah neneak kamek kat Kampung Lntang lagik Klasik..kena jalan atas jambatan sebelum sampey rumah kecik. Didebah sungai..hehe

    MatJoe - Yer ker ko berani? Jom kita lepak2 MALI'S pukul 10 malam sampai 2 pagi...ahaks3

    Myvitrd - Hahaha..dengar bunyi pelik hang terus lari 100 meter gak..hehe

    Madammondoq - Hahaha..mau tak seriau, 200 meter alamt lari macam watson nyambeklah nampak gayanya..hehe

    Yutaka - Memang pon sekarang dah jarang jumpa tandas camni. Boleh dimasukkan jadi baha n sejarah tuhh

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails